Saturday, October 11, 2014

Resipi Cerita Hindustan Yang Dijamin Box Office

Resipi turun temurun nie telah digunakan berzaman-zaman dan tidak pernah mengecewakan:

  • Perempuan jumpa lelaki. Lelaki jumpa lelaki. Biasa la tu. (Baca ikut irama lagu Skater Boy oleh Avril Lavigne)
  • Ucapan keramat I lap you, you lap me. Nie penting. Kalau tak cakap I lap you, tak lengkap. Scene tergantung.
  • Berlari kat padang rumput ke arah pasangan dalam keadaan slow motion, sebab pergerakan yang biasa nampak kekok. Fast motion nampak terlampau kelakar lak. Slow motion nampak lagi romantik der. Korang apa tau.
  • Menyanyi lagu secara spontan. Macam main pantun la ikut budaya melayu nie.
  • Tetiba menari macam orang professional padahal tadi cakap tak reti menari. Gelek la macam-macam gaya sebab itulah cara menunjukkan betapa dia cintaikan pasangannya. Dengan bantuan orang ramai yang entah macam mana tahu koreografi tarian tu.
Kesimpulannya korang kena buat benda extreme untuk menyatakan cinta anda kepada pasangan anda, dijamin sukses.

Sekian terima kasih.

---------------------------------------

2 comments:

  1. salam kenal cik iman. selamat berhujung minggu bersama keluarga tersayang.. ^^

    resipi kat atas ni memang tepat sama sekali. paling tak boleh blah, kalau ada scene kahwin, tiba-tiba je dorang dapat nyanyi lagu tu bersama-sama beramai-ramai. sape buat lirik bila practice bila rehearsal takde pulak tunjuk.. ~.~'

    tapi sebab dah biasa tengok citer hindustan, akhirnya saya faham yg nyanyian itu cumalah simbolik kpd perasaan dlm hati hero/heroin/watak utk match dgn situasi dlm filem tu.

    let say lah dorang jatuh hati and biasalah pasangan bercinta, make love bukanlah satu benda baru kan.

    so, instead of tayang kat penonton perbuatan tak senonoh tu, director akan gantikan dgn scene lagu.

    begitulah.......

    faham ke idok maksud saya.. huhuhu..

    ReplyDelete

Meow meow meow?