Thursday, October 16, 2014

Susu Batalkan Solat

Haa? Macam mana susu tu leh batalkan solat, Cik Iman? 

Sebenarnya nie dilema seorang mak yang sedang menyusukan anak. Kan selalu susu menitis kalau tak pam. Kadang-kadang terfikir gak kalau susu nie keluar time kita tengah sembahyang ke, time tengah amik wuduk ke, time baca Al-Quran ke, batal tak?

Cakap pasal susu, Cik Iman terfikir, adakah pahala kita berkurang kalau kita tak directfeed anak? Sekadar bagi susu yang diperah je? 

Lepas tu Cik Iman tertanya-tanya adakah kurang pahala seorang ibu kalau dia melahirkan secara c-section dan mengambil epidural? Adakah pahalanya kurang berbanding ibu yang bertarung nyawa macam nak gila semata-mata nak lahirkan anak? 

Cik Iman bukan ustazah so memang tak tau la jawapannya. Otak Cik Iman nie banyak benda yang nak ditanya tapi tak pernah ada jawapan. Nanti Cik Iman tanya ustaz yang pakar untuk jawab soalan-soalan nie. 

Korang pun boleh kongsi pendapat korang pasal benda nie. Cik Iman amat mengalu-alukan. 

----------------------------------

No comments:

Post a Comment

Meow meow meow?