Saturday, November 1, 2014

5 Minit

Hari Sabtu biasanya Cik Iman gi kelas tapi tak sempat pulak Cik Iman nak pam susu sebab terbangun lewat (apa punya mak da). Kelas start pukul 9 pagi dan biasanya Cik Iman pam pukul 7 pagi tapi nak buat macam mana. Overslept~


Dah 3 hari guna pam Lacte Solo, setakat nie alhamdullillah tak de yang rosak ke apa ke :)


Balik rumah terus pam. Masa nie tengah main laptop. Rasanya tak sampai pun 1 minit (sekejap je) tetiba Cik Iman tengok botol susu dah 2 oz. Eh. Tak pernah dalam hidup Cik Iman, pam kejap je dah dapat 2 oz. Kalau nak dapat 2 oz sebelum nie kena makan satu jam gak walaupun pakai pam elektrik.

Minit ke 5, Cik Iman check balik, eh! 4 oz dah. Gila. Nie mesti sebab tak pam pagi tadi, dia dah berkumpul banyak sangat sampai ke tengah hari (time Cik Iman pam nie)


Nak masuk 5 oz tu payah sikit, kena urut, kena marmet semua baru penuh botol. Baru puas hati.


Alhamdullillah murah rezeki Iman Jr hari nie. Bagi dia kenyang, gemuk dan sihat. Amin. 

-------------------------

3 comments:

  1. Alhamdulillah...semoga iman jr sihat dan jadi anak yg cergas ...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah ^^

    sikit atau banyak ianya tetap rezeki utk iman Jr kan?

    Semoga berjaya penyusuan ibu sehingga 2 tahun. :)

    ReplyDelete
  3. bestnye...happy breastfeed ur baby :)

    ReplyDelete

Meow meow meow?