Monday, November 17, 2014

Ketam Ajar Anak Lari Marathon

Tetiba lak teringat time beranakkan Iman Jr malam raya puasa hari tu.

Nurse-nurse tu punya la larang mak-mak yang baru beranak nie bagi botol kat baby-baby baru lahir nie kononnya nak jadikan hospital tu mesra breastfeeding. Kalau nampak je kitorang bagi botol kat anak, terus diorang pegi kat katil kitorang suh letak balik botol tu. Kalau nampak kitorang bagi air kosong atau susu formula, lagi la diorang berkejar dengan kitorang.


Nak tahu apa yang irony-nya kat sini?

Nurse nie gak yang bagi botol susu kat anak Cik Iman sejurus lepas dia keluar dari perut Cik Iman. Tak tunggu lama pun pas potong tali pusat tu, dia dah sodok botol susu. Susu pun bukannya susu badan Cik Iman. Susu formula gak yang dia bagi. Ye Cik Iman paham diorang kena bawak Iman Jr gi NICU tapi takkan la tak leh tunggu Cik Iman dulu. Bukannya nak mintak izin Cik Iman dulu ataupun suruh Cik Iman perah susu badan ke hapa.

Nak ajar kitorang, tengok diri sendiri dulu ye akak-akak nurse.

--------------------------

No comments:

Post a Comment

Meow meow meow?