Monday, December 29, 2014

Glucometer: Accu-Chek Perfoma

Selepas kitorang kemas rumah hari tu sebab adik Cik Iman nak kahwin, glucometer (alat nak check gula dalam darah untuk pesakit diabetes) hilang. Entah salah letak mana entah. Time kemas memang dah tak hingat. Terpaksa beli baru sebab nenek Cik Iman memang sangat perlukan benda tu. Cik Iman yang memang sedia kencing manis tak pe la, nenek Cik Iman yang penting tu. So dia bagi duit suh belikan glucometer baru. 

So sepanjang hari juga la Cik Iman round tempat Cik Iman dok compare harga dan jenama glucometer yang ada. Tapi balik-balik beli gak jenama yang sama. Bukan tak mo beli yang murah, tapi sepanjang pengalaman beli glucometer, ada je certain glucometer yang kadang-kadang tu tak de stock test trip pulak. Adoi. Ada pun kena gi jauh baru dapat. Aih, sabo je la. 

Entry kali nie Cik Iman nak perkenalkan glucometer untuk korang. Moga jadi ilmu yang manfaat kalau-kalau la ada sesape yang tak tahu apakebenda nie. Kat hospital atau klinik pun, kalau korang disahkan kena kencing manis, nurse atau doktor akan ajar korang macam mana cara guna benda nie. Tapi dalam entry Cik Iman just nak tunjuk barang dia dulu sebelum tunjuk cara guna ya.


Nie dia glucometer Accu-Chek Perfoma (Promo Kit) yang Cik Iman beli untuk nenek. Sebijik macam yang hilang tu. Masa Cik Iman beli tu, harga dia murah, dalam RM145 sebab Cik Iman masuk wad sebab diagnos kencing manis dan kena dengar ceramah/taklimat dari pegawai kencing manis. Pastu dia akan bagi kertas, dia tulis jenama glucometer nie, letak cop rasmi kat kertas tu dan dia suh gi farmasi kat hospital untuk beli. Tapi sekarang Cik Iman bukan pesakit so tak dapat la cop tu kan so dapat la harga asal dalam RM195. (maksudnya korang kena jadi pesakit la kot nak dapat harga murah agagagaga)


Set nie dia bagi 30 test strip. Kalau test strip dah abis, korang boleh beli lagi kat farmasi dengan harga RM50 (lebih kurang, bergantung pada kedai) untuk 25 batang (RM2 untuk sebatang test strip). Pastikan korang dapat test strip ikut brandnya. Jangan sesuka hati beli test strip brand lain untuk masuk dalam glucometer brand lain.


Nie User's Manual untuk tunjuk korang nak guna meter tu. Dia juga akan tunjukkan cara nak setting time dan date kalau korang nak check, contohnya 2 hari lepas, paras gula korang macam mana. Yes, meter nie akan rekod bacaan paras gula korang untuk sekurang-kurangnya seminggu.


Dulu Cik Iman beli, tak de pulak warranty card nie. Memang patut la harganya RM195 wakakaka. Kalau korang rajin, isi la.


Nie User's Manual versi kecik yang korang leh bawak atau letak dalam beg yang disediakan.


Nie kertas yang menunjukkan paras bacaan gula, bacaan mana yang okay, bacaan mana yang tak okay dan membahayakan nyawa. Nie sila letakkan dalam beg yang disediakan gak. Senang orang yang tak tau pasal paras gula untuk buat reference.


Cik Iman lupa nak amik gambar bacaan kat dalam kad tu so Cik Iman rembat bacaan nie dari google wakakakaak



Alcohol swab nie untuk bersihkan jari yang korang nak cucuk untuk pasti jari korang bersih. Alcohol swab nie tak wajib. Korang bersihkan tangan pakai sabun dan keringkan betul-betul pun dah okay.


Nie dia beg yang disediakan supaya senang bawak.


Nie meternya. Dia ada lagi satu yang warna merah tapi tak pernah pulak Cik Iman tengok kat kedai yang warna merah tu. Biasa Cik Iman nampak warna merah tu kat dalam hospital. Nurse selalu pakai.


Tapi tak kisah la kan warna apa pun. Asalkan boleh guna kan?


Butang nak bukak kat sebelah kanan atas tu.


Display selepas korang tekan butang.


Nie bekas letak test strip korang.


Nie test stripnya.


Benda cucuk jari nie orang panggil "lancet". Design terbaru nie ada 6 jarum sekaligus. Tak macam dulu, ada satu je untuk satu masa. Yang baru nie senang. Nak tukar ke jarum baru just pusing pemegang dekat nombor 6 tu dan ia akan bertukar jadi nombor 5 dan seterusnya sampai nombor 1. Setiap nombor melambang berapa lagi jarum yang belum digunakan.


Nie jarum spare baru dari Accu-Chek. Ada 6 jarum so tak yah la korang susah-susah nak tukar jarum hari-hari.

Insya-Allah, lepas nie Cik Iman akan tunjukkan cara nak guna glucometer. Nantikan~

----------------------

4 comments:

  1. wahhh..bagus ada alat ni kan cik iman.. :)

    ReplyDelete
  2. waah. tak penah check glucose sendiri. tak seram ke *penakut* huhu

    sincerely,
    Najlaa 'Aqilah

    ReplyDelete
  3. Mana nk cari y terpakai ek..x jumpa plk dlm online y baru

    ReplyDelete
  4. Tdi cik iman kata cik.iman sudah bukan pesakit jadi harga mahal.nak tanya cik iman mcm mana bole hilang penyakit tu? Lagi satu kalau beli mesin y lain tapi sama jenama nya kalau kita pakai kertas y bukan utk mesin tu tapi jenama y sama bole ke ?

    ReplyDelete

Meow meow meow?