Wednesday, December 10, 2014

Lima Puluh Empat

Tengah scan laptop sebab masalah virus banyak betul. Cik Iman mengaku Cik Iman tak pandai jaga laptop, entah berapa kali kena virus. Tu la, tekan link mengarut aje keje. Nak siap final projek macam mana gini. 

Tengok tarikh hari nie 10 Disember. 

Eh, birthday Abah la hari nie. 

Sayang. Orangnya dah tak de. 


10 Disember 1960 - 3 Mac 2009

Kalau dia hidup lagi sekarang, umurnya 54 dah. Kalau dia hidup lagi, mesti dia tengah main dengan Iman Jr. Iman Jr tak sempat nak tengok atuk dia yang sorang nie. Dok bayang Abah bawak Iman Jr gi main kat playground, gi jogging dengan Iman Jr, gi panjat bukit dengan Iman Jr (??? gilo nok panjat bukit dengan cucu), gi mancing dengan Iman Jr.

Tahun dia meninggal tu, Ustaz Asri dari kumpulan Rabbani meninggal gak. Abah lak suka betul kumpulan Rabbani. Dok ulang 100 kali kaset Rabbani kat dalam kereta tiap kali balik kampung. Bukan tak de kaset lain, tapi Rabbani gak yang dia pasang banyak kali. Setiap kali dengar lagu Rabbani, mesti teringat Abah.

Tahun dia meninggal la Cik Iman first time bukak Blogger. Konon nak escape dari realiti. Nak luahkan perasaan, tapi jadi benda lain pulak postnya ades.

Tipu Cik Iman cakap Cik Iman tak rindu Abah. Tapi bila dah ada anak nie, mungkin agak distracted la jugak. Ye la, hari-hari dok memerintah omma dia je huhu. Sabo je la. Nasib baik la Iman Jr comel terlajak.

Apa-apa pun, moga Allah tempatkan Abah dengan orang-orang yang beriman.
--------------------

5 comments:

  1. Smoga Abah kepada Cik Man ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan di SisiNya..Doakan yng baik2x untuk nya..Al Fatihah

    ReplyDelete
  2. salams iman,

    ALfatihah buat abah iman, moga dia tenang dan ditempatkan dikalangan org2 yang beriman....aminnnnn

    ReplyDelete
  3. Selamat hari lahir buat ayah cik iman
    moga dipnjangkan umur n dikurniakan kesihatan y baik2 selalu

    ReplyDelete
  4. dia pergi pada usia muda ye? simpati saya membacanya
    apapun moga ayah cik iman ditempatkan dikalangan orang yang beriman

    ReplyDelete
  5. alahai akakpun baru kehilangan ayah.. terasa sangat2... memang dulu masa ada ayah bila orang cerita pasal macam gini kita sedih juga tapi sekarang lebih2 lagi rasa macam kerinduan yang tiada batasannyer.. kalau dulu sedih macamana masih boleh dengar suara dia boleh jumpa dia kini semuanya dah tiada... al fatihah untuk ayah cik iman ...

    ReplyDelete

Meow meow meow?