Sunday, January 11, 2015

Tanggungjawab Seorang Peminat Kpop


Baru tadi Cik Iman ternampak beberapa gambar yang di post di Facebook. Ada satu band Kpop (tak pasti yang mana satu, Cik Iman bukannya kenal semua band, Super Junior je dalam hati ekeke) sedang buat fanmeeting kat Malaysia dan gambar menunjukkan beberapa muslimah bertudung berpelukan dan di-cium di dahi oleh beberapa member band nie. (Cik Iman tak letak gambar sebenar sebab Cik Iman rasa itu akan mengaibkan peminat-peminat nie, tak pasal-pasal Cik Iman tambah saham dosa)

Masya-Allah, begitu senang mereka nie bagi je badan dipeluk, disentuh, dicium macam tu je. Dah la depan khayalak ramai, ye la, fanmeeting kot. Cik Iman nie peminat K-pop gak tapi kalau la Cik Iman jumpa Kim Heechul (Kim Heechul dari Super Junior banyak guna body language dan suka sentuh orang, bukan secara pervert ye) face-to-face, tak denya Cik Iman nak sambut sentuhan dia bagai. Minat memang minat, tapi Cik Iman tahu Cik Iman ada batas. 

Pastu Cik Iman baca komen berapi kat post tu. Memang diorang tambah cili padi kot sebab diorang start cakap pasal "Kpop tu haram" la, "Kpop melalaikan" la, hapa la. Macam muzik lain tak melalaikan kot.

Pada pendapat Cik Iman la kan, kenapa nak salahkan Kpop? Artis belah Korea apa tahu pasal adab tatasusila orang Islam, orang Melayu? Diorang buat apa yang diorang tahu je. Kita nie, peminat-peminat Kpop nie yang patutnya ingat siapa kita. Kita nie muslim, muslimah. Kalau yang disentuh, dipeluk, dicium tu peminat lelaki tak pe la juga, Yang muslimah-muslimah kita nie. Kenapa pakai tudung tapi rela dipegang, disentuh senang-senang macam tu je? Bagi malu peminat muslimah yang lain. Kalau artis tu tak paham, kenapa tak cakap je kat artis tu "I'm a Muslim woman, my religion prohibit me to touch anyone other than my family and my husband". Kalau tahu bahasa Korea lagi bagus.

Paling koman pun, baik jangan gi konsert atau fanmeeting kalau tahu korang lemah bab pegang-memegang nie. Korang kena pukau kot masa jumpa face-to-face dengan artis tu. Gamam. Agaknya artis tu pakai sihir apa la kat korang sampai korang tak leh pikir untuk diri sendiri.

Kita nie muslimah, sayang oi. Jangan sebab korang biarkan badan korang dipegang sana sini, orang Korea label kita "easy" atau "senang nak dapat" ataupun paling kejam pun "murah". K-pop tu K-pop la jugak tapi ingat korang sape.

Sekian bebelan seorang peminat tegar Super Junior  감사합니다 (kamsamnida)~

Update: Group tu B1A4 rupanya. Video diorang peluk-peluk, cium pegang peminat pun dah diupload kat Facebook. Tu pun kalau korang nak tengok la kan. Ada satu Tweet yang cakap member group tu dah tanya dulu peminat-peminat nie "boleh ke sentuh-sentuh nie" (lebih kurang gitu la). Yang Cik Iman herannya macam mana la minah-minah nie leh bagi kebenaran. Dah minat tu cukup la, tak payah nak pegang bagai.

----------------------

26 comments:

  1. Hahahaha sokong . Tak salah nak minat, asalkan tak langgar batas batas agama. hohohoh. sara tak minat kpop . Tapi sara minat drama korea jee! he he he btw jom singgah comment di entry sara pula :D

    http://sarahhijabista.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. woahhhh dasyatnya. agak2 la kalau minat pon jgn lah smpai terlupa batasan yg telah ditetapkan agama. dunia akhir zaman, mcm2 jd. hailaaa~~ saya pon minat jgk kpop tp takdak la nak taksub sgt. =.=

    ReplyDelete
  3. natrah pun minat kpop jgak .. dsebabkan hal ni , natrah pun kena tempiasnya . tapi natrah diam2 ja .. hee :D tapi sedih la tengok perangai mcm ni , :(

    ReplyDelete
  4. sha minat kpop tapi tak laa terlampau sangat camtu..malu masyarakat tengok and kutuk..huhu

    ReplyDelete
  5. tak salah minat musik apa pun, yang penting kawal diri dari nafsu. memang la dia tu hensem, tapi tak payah tergedik sangat. Kita nampak dia macam dewa, dia pulak pandang kita macam mana ?

    ReplyDelete
  6. Betul3 :3 hancur luluh hati mak bapa kalau dorng dapt tau!
    #Assalamualaikum! cik Iman hana singgah sini
    ->Esok skolahhh!!

    ReplyDelete
  7. kalo minat cmne pon, kena jaga batas jgakla kan cik iman kan

    ReplyDelete
  8. Baru lepas tengok video tu, hmm, :(
    tak tahulah. Semoga kita sama-sama ambil pengajaran dengan apa yg berlaku.

    ReplyDelete
  9. AllahuAkbar...speechless.
    Semoga Allah menjauhi kita dari fitnah sebegini.

    ReplyDelete
  10. Syupeo Junieo tetap di hati..setuju sangat..x faham kenapa org salahkan B1A4 -,-

    ReplyDelete
  11. Syupeo Junieo tetap di hati..setuju sangat..x faham kenapa org salahkan B1A4 -,-

    ReplyDelete
  12. tu la saya pon kadang2 layan jugak kpop . huhuu

    ReplyDelete
  13. apabila hati tak seiring dengan akal fikiran waras.. erkk..
    maybe diorang pun dah regret, bertindak luar sedar sebab terlalu obses dan teruja barangkali bila bertemu mata dengan that kpop.. I minat GD.. Hehehe

    ReplyDelete
  14. semoga apa yang jadi bagi pengajaran buat semua. ^^

    ReplyDelete
  15. Betul sangat,Zati setuju walaupun kita minat gila dengan kpop, kita kena fikir baik buruk sesuatu perkara.. Minat-minat jugak tapi jangan OVER pula, jaga diri sendiri tu penting >_<

    ReplyDelete
  16. jadi keruh keadaan..siapa nak di salahkan..hanya mmapu berdoa moga genarasi baru akan insaf

    ReplyDelete
  17. yap betul, daripada pegi concert baik shopping ke melancong gi korea (i mean visit korea, bukan visit artis korea haha xP) ke hahah lg bagus en. apapun kpoper juga perlu lebih profesional mungkin? hoho :D

    ReplyDelete
  18. apa yg bestnyer artis kpop ni..???pelik jugak...

    ReplyDelete
  19. kpop tak kpop, depend pd peminat tu sndri,, pandai2 la nk control,,hehe

    ReplyDelete
  20. Tedi tak layan K-Pop ni... xdela rasa best pun... :)
    Tapi honestly Tedi setuju konsert ia haram (macam muzik2 lain juga) sebab bergaul lelaki pompuan, pastu kalau yg group perempuan lak dedah aurat.
    Kalau setakat dengar sendiri2 okay la kalau x lalaikan.

    Cikgu Tedi pernah cakap, dengar nasyid pun kalau sampai buatkan kita lupakan ibadah khusus... haram juga.

    ReplyDelete
  21. hanya mampu baca sambil sengih je.
    BTW saya ada kucing untul dijual.
    http://kucenmaster.blogspot.com/2015/02/kucing-parsi-untuk-dijual.html

    ReplyDelete
  22. salam kenal :) . sokong sangat . kita yang tengok pun rasa malu ,tak tahu la zaman sekarang .Jemput singah blog amy http://luahanfarhana.blogspot.com/

    ReplyDelete
  23. jemput tengok telekung & tudung cantik.Raya n puasa dekat dah.hadiahkan satu pd bakal isteri, pd mak, atau utk pakai sendiri?

    ReplyDelete

Meow meow meow?