Showing posts with label Cik Iman bengong. Show all posts
Showing posts with label Cik Iman bengong. Show all posts

Thursday, January 15, 2015

Selpie Sikit

Kalau korang tengok layout blog Cik Iman asyik tukar je, tu maksudnya Cik Iman tengah buat experimen. Ye la, kena test gambar bergerak okay ke tidak, saiz dia sesuai ke dengan blog, pastu nak pilih kaler palette lagi. Memang sibuk kat situ je ekeke. Cik Iman memang suka buat experimen memanjang, bagi tengok kalau warna nie cantik tak, saiz nie sesuai ke tak. Cik Iman nak tengok semua pilihan sebelum pilih satu. 

Meh Cik Iman selitkan gambar selpie pulak, sekali sekala.


Nie gambar lebih kurang 2 minggu sebelum final presentation kot. Nampak mata 
Cik Iman macam tak cukup tido? Memang tak cukup tido pun wakkaka 
Sabor je la. 

Susah nak selfie dengan budak kecik sebab dia dok gerak sana, gerak sini, pegang stering wheel (dalam kereta nie). Poning omma gini. 


Tapi kalau tangkap gambar dia sorang, pandai pulak posing agaga. Anak omma, anak omma. Nak kat dia sorang je, tak mau ada orang lain. 

Ada gaya model tak. 

-------------------------

Tuesday, January 13, 2015

Penipuan Paling Controversi Alaf Baru Ini


Setiap kali beli benda alah nie, langsung tak ingat pengalaman yang sebelum nie. Dah berjuta-juta kali guna, walaupun dah cermat, dah berhati-hati, tapi akhirnya kecundang jugak.

Hari tu Cik Iman beli gam gajah, ada la projek kraf yang merepek-repek Cik Iman tengah buat sekarang nie. Punya la kondifen guna gam gajah macam guna gam biasa yang kita pakai kat sekolah tu. Kat kotak dia siap tulis "dijamin melekat dalam masa 10 saat". Tapi Cik Iman tengok amik masa beberapa minit nak melekat. Penipu tol.

Benda lain dia tak melekat cepat, tapi kalau kena kat kulit kita, amboih, laju. Habis kuku melekat kat daging. Entah macam mana boleh terkena. Rasanya dah sangat berhati-hati tahap gaban handle benda alah nie.

Gam yang buat hal, gajah yang dimarahnya.

-----------------------

Thursday, December 18, 2014

Separuh Pizza

Sejak dua menjak tigak menjak nie terasa kempunan pulak nak makan pizza. Kali terakhir Cik Iman makan pizza time pantang hari tu (makan senyap-senyap ekeke). Dah famili beli banyak-banyak pastu makan pizza depan Cik Iman. Minggu ke-dua kot masa tu. Kuang asam tol la. Tak de time lain ke nak beli pizza. Hampes tol punya famili. Time sume orang dah tido, ada lebihan pizza, so Cik Iman pun curik-curik makan wekeke (cam bengong tak Cik Iman)

Pastu Cik Iman pantang betul-betul. Tak main-main dah. 

Dah nak dekat 5 bulan beranak takkan tak leh makan pizza lagi ekekeke. Kebetulan Domino's tengah ada promosi 50%. Serious 50%!


Dia tak tulis kat situ tapi tadi Cik Iman gi kedai dia, diorang cakap yang large pun potong harga 50%. Mak ai. Sape tak nak weh. Tapi dia tak tulis promosi sampai berapa haribulan. Belasah je la. Asalkan ada poster nie, boleh la kot 50% tu kan. (walau bagaimanapun diorang akan charge lebih sikit kalau korang tukar crust dia)


Cik Iman beli yang large terus. Topping mana yang Cik Iman beli?


Meat Mania!

Ini memang untuk peminat tegar daging sebab toppingnya adalah ayam, daging, sosej dan buah zaitun. Pergh mengancam.


Sengaja Cik Iman amik gambar close-up nak bagi mulut korang meleleh,


Cantek menarek tertarek tak? Ekekekek


Siap dapat kupon lagi haaaa. Best tak? Lain kali leh makan lagi kat Domino's. 


Masa Cik Iman menunggu pizza nak masak, Cik Iman gi beli majalah Pa&Ma yang ada gambar anak Che Ta tu. Comelnya la dia kan.


Tengah sedap baca Pa&Ma, tetiba nampak seseorang yang familiar. Eh, nie Mama Kembar 3 la!


Apa-apa pun, kalau korang nak merasa pizza pada harga murah, baik korang pegi sekarang sebelum diorang letak harga asal ekekee


Cik Iman ado dah. Korang hado?

---------------------------

Wednesday, December 17, 2014

Kakak VS Adik

Ibunda Cik Iman pernah cakap masa kitorang kecik dulu, Cik Iman suka rampas mainan adik perempuan Cik Iman tiap kali tengah main, pastu mula la minah nie nangis kuat-kuat, ngadu kat ibunda. Cik Iman lak memang kejenya merampas barang adik, tak nak mengalah (wekekeke) memang bergaduh la nak kan mainan tu. Riuh satu rumah.


Dua-dua dah kawen dah huhu, sorang tu mak orang, sorang lagi tu on the way 
nak jadi mak orang ekeke

Memang tipu la cakap kitorang dah berenti bergaduh bila kitorang besar. Tak sah tak gaduh, pasal benda kecik pun nak bergaduh, bertekak. Tapi disebabkan kitorang selalu bergaduh la kitorang lebih rapat sebab tahu apa yang masing-masing suka dan tak suka. Bergaduh tu la cara kitorang tunjukkan kasih sayang. Ye la, dia sorang la satu-satunya adik perempuan Cik Iman. Yang lain lelaki.

Kalau ikutkan, sebenarnya dia lagi matang walaupun dia lagi muda dari Cik Iman. Cik Iman nie perangai macam budak sikit walaupun dah beranakkan Iman Jr. Cik Iman jiwa muda, nak buat macam mana. Ada orang cakap diorang ingat Cik Iman nie adik pada adik Cik Iman padahal Cik Iman nie anak sulung. Memang nampak sangat kot perangai kebudak-budakan Cik Iman nie hahaaha Mengada tol Cik Iman.

Tapi Cik Iman tahu kitorang saling perlukan sesama sendiri. Contoh minah nie semacam ada fobia nak lintas jalan. Tak tau la kenapa. Nampak kereta melintas je jerit. So setiap kali dia nak lintas jalan, dia akan pegang tangan Cik Iman dan suh Cik Iman lead the way.

Kali terakhir Cik Iman bagi sokongan pada adik Cik Iman yang sorang nie masa time nak nikah hari tu. Nervous yang terlampau. Dok sapu-sapu tangan dia yang sejuk kat tangan Cik Iman. Serious sejuk. Tu baru nikah, belum lagi nak bersalin. Lagi seksa. Sekarang dah pegang tangan suami, tak perlu dah kot dia mintak bantuan Cik Iman nak lintas jalan kan. Sedih tak.

Jauh lagi perjalanan kita berdua, wahai adik. Baru nak bina keluarga sendiri. Kita betul-betul mentah tapi Cik Iman tahu kita akan saling bergantung bila kita perlukannya.

Sayang kau ketat-ketat.

p.s: Bagi la sepupu kat Iman Jr cepat-cepat ekekee

------------------------

Wednesday, December 10, 2014

Ikan: Cerita Seorang Budak Yang Trauma


Pada suatu hari, seorang budak makan nasik dan ikan goreng yang dimasak oleh ibunya pada waktu tengah hari. Tapi entah kenapa hari tu lain sikit jadinya. Nak dijadikan cerita, budak nie tercekik tulang ikan dan merana selama beberapa hari sebab tulang tu melekat kat tekak dan tak mau keluar walaupun macam-macam dah buat. Telan kepal nasik dah, telan air banyak-banyak dah. Tak tau la bila tulang tu terkeluar. 

Dan disebabkan itu, budak nie trauma tak mau makan ikan. Bukan tak suka ikan, tapi tulang ikan yang melekat kat tekaknya menghantui sepanjang hidup. Kalau ada orang tolong pisahkan tulang dari daging ikan tu, dia akan makan kerana rasa lebih selamat. Nak pisahkan tulang dari ikan tu, dia tak percayakan diri sendiri. Takut tercekik lagi. 

Budak nie dah besar pastu kawen dan dapat anak. Time pantang, dia terpaksa makan ikan bakar sebab banyak pantang-larang yang entah hapa-hapa. Memang pasrah budak nie melalui time pantang nie. Ye la, nak sembuh lepas beranak. Ikan aje hari-hari. Balik-balik muka ikan gak dia dok ngadap.

Tapi kali nie entah kenapa terjatuh cinta pulak dengan ikan selepas dah makan hari-hari. Dulu kuat makan ayam. Sekarang tengok ikan pun meleleh.

Cuma ada la beberapa jenis ikan yang terlampau banyak tulang yang budak nie tak berapa nak makan sebab susah nak keluarkan tulang banyak-banyak. Tak pasti ikan apa, yang warna merah, bersisik-sisik tu. Ikan tu memang budak nie tak mau ikan. Paksa la macam mana pun, orang tolong keluarkan tulang pun, budak nie tak nak.

Walaupun dah suka makan ikan, budak nie takkan lupa pengalaman tercekik masa dia kecik dulu.

Budak nie diberi nama Cik Iman.

------------------------------

Wednesday, November 5, 2014

Ego

Cik Iman ada kelas berkenaan persuasive communication dalam menjaga sumber hutan pagi tadi, tapi perbincangan menyimpang pula ke tudung Fareeda (lecturer bagi contoh tudung Fareeda sebab konon topik nie semua perempuan suka kan)


Cik Iman berkenan dengan tudung yang warna biru lembut dengan warna pink nie. Kalau labuh sikit, dah lama Cik Iman beli ekekeke

Selama nie Cik Iman tertanya-tanya gak kenapa ramai yang minat tudung Fareeda walaupun mahal. Cik Iman tak kisah sangat part design dia, berlian ke, apa ke. Yang Cik Iman tahu, kalau duit tak cukup, tak perlu beli.

Pastu lecturer tanya agak-agak apasal diorang beli tudung nie. Adakah sebab modelnya yang menyebabkan pelanggan rasa tergugat sebab diorang pike "kalau aku tak beli tudung nie kang orang cakap aku kolot"? Tapi bila kita pakai, tak secantik model kat billboard setinggi 10 tingkat bangunan tu. Adalah sebab mutiara berlian emas bagai yang dia letak kat tudung tu?

Ada sorang classmate cakap setiap design tudung Fareeda adalah unik and one of a kind (maksudnya takkan ada dua tudung yang sama). Sampaikan ada orang nak let go tudung Fareeda tu dan jual lebih mahal daripada harga asal. Itupun ada gak orang beli. Dalam pikiran Cik Iman "patut la diorang nie ye ye beratur kat luar kedai nak beli tudung". Dan secara tak sengaja Cik Iman cakap kat lecturer,

"Diorang nie nak sesuatu yang orang lain tak de kot?"

Dan itulah jawapan kepada soalan lecturer tadi. Semua orang nak jadi unik. Kita suka bila kita sorang je dah ada Galaxy Note 4 tapi dalam beberapa bulan, sume orang dok pakat beli Galaxy Note 4 jugak. Rasa macam kita dah tak istimewa di mata orang. Macam juga seorang anak, sebelum adik dia lahir, semua perhatian kat dia, tetiba adik dia dah ada, tumpuan semua beralih pada si adik. Anak nie rasa terbiar sesangat walaupun kononnya mak ayah cakap kasih sayang diorang sama je kat semua anak.

Kita nak sesuatu yang kita boleh cakap "Nie aku punya. Aku sorang je ada tau" secara tak sedar. Nak identiti sendiri yang tak de orang leh fotostat.

p.s: Kot ye pun nak perhatian, takkan sampai sanggup perabis duit kat tudung kot.

--------------------------

Wednesday, October 29, 2014

Rindu Seorang Omma

Note: Omma tu maksudnya mak dalam bahasa Korea. Sesaje je. 

Hari nie hari pertama Cik Iman terpaksa lepaskan Iman Jr untuk dihantar ke nursery kat sekolah ibunda Cik Iman sebab Cik Iman tak leh fokus pada final projek bila budak kecik tu ada.Final projek tak dak progress langsung. 

 Sedih pulak rasa bila kena lambai goodbye kat budak kecik tu tapi demi masa depan kita sekeluarga, terpaksa juga Cik Iman lupakan anak buat sementara waktu. 3-4 bulan je lagi nak abis belajar. Memang kena berkorban gila-gila kali nie. 

Cik Iman bukan apa. Takut bila dia mula-mula berdiri ke, merangkap ke, bercakap ke, Cik Iman tak de masa tu. Nak capture that moment. Ye la, dia dok dengan Cik Iman sejak lahir lagi kot. Susah nak pisah. Masa dia mula-mula cakap oh ah oh ah eh, Cik Iman ada. Masa kaki dia kuat sampai dia leh tolak badan dia gi ke tepi katil, Cik Iman ada masa tu. Semuanya time Cik Iman ada. 

Tapi apakan daya. 


Unimom Mezzo yang setia menemani (ceh) Silicone massager dengan shield cover tak pakai sebab malas nak basuh parts banyak-banyak wekekeke

Tapi senang la nak pumping bila dia tak de ekeke. Kalau tak, kena stop halfway sebab dok menangis nak orang pegang. Balik rumah nanti Iman Jr hisap susu je. Senang. Harapnya dia dapat bersosial dengan anak-anak cikgu lain kat nursery tu. Kononnya nak cari kawan sebaya la tu. 

Iman Jr: Eh ah oohhh ahh ahhh
Kawan: Ohhh ahhh eh eh eeehh
Iman Jr: Aaaaaaa
Kawan: Oooooooo
Iman Jr: Uweeekkkk
Kawan: Uweeeekkkkkkkk

Lebih kurang macam tu la kot perbualan diorang kat nursery tu. 

--------------------------------

Monday, October 27, 2014

Cik Iman Naik Angau

Sejak dua menjak nie, Cik Iman demam yang sangat kuat sangat sampai terbawak ke mimpi. Mimpi apanya Cik Iman sampai teruk sangat tu.

Mimpi nak beli breast pump lagi wekeke. Ceh, ingatkan apa. 

Tido tak lena, makan tak kenyang, mandi tak basah dok pikir pasal breast pump Medela Harmony dengan Unimom Forte (padahal Unimom Mezzo ada je lagi kat rumah tu)


Rasa kempunan sangat nak try Medela Harmony. Paling murah leh dapat RM199


Oh Unimom Forte idamanku. Harga RM420

Walaupun Cik Iman ada pengalaman ngeri dengan breast pump elektrik tapi ia tak bermakna Cik Iman tak nak try Unimom Forte nieh. Heavy duty tu. Kalau ada duit, nak gak sambar satu, buat bekalan susu untuk Iman Jr nie, selepas dia dah tak nak nenen Cik Iman lagi. 

Argh, nafsu nafsu. 

p.s: Dah macam Mama Mujahidah lak Cik Iman nie. Gila breast pump. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...