Showing posts with label autumnz. Show all posts
Showing posts with label autumnz. Show all posts

Tuesday, November 18, 2014

Giveaway Special Mama & Bayi bernilai RM 750.00

Cik Iman terpaksa buat blog baru semata-mata nak join giveaway nie. Blog utama Cik Iman buat hal pulak. Sedih tau tak. Tapi tak pe la. Semangat nak menang tu yang penting ekekeke.




--------------------------------------------

Tuesday, November 11, 2014

Oh Botol Oh Plastik

Cik Iman nak buat pengakuan. 

Cik Iman tak sepenuhnya bagi susu badan pada Iman Jr. Hari pertama Iman Jr dah "dibawak lari" oleh nurse kat hospital untuk dihantar ke NICU (wad kanak-kanak) sebab nak pastikan dia tak de diabetes. So satu malam gak la dia berjauhan dengan Cik Iman dan lebih menyedihkan, dia dah diperkenalkan dengan puting botol dulu sebelum Cik Iman sempat bagi nenen kat dia. 

Pas nurse "pulangkan balik" Iman Jr ke katil dalam wad Cik Iman, Cik Iman sedaya upaya bagi direct feed kat dia. Dah macam-macam teknik, macam-macam cara bagi dia nenen, tapi dia nangis gak sampai kitorang suakan puting botol. Sedih tak, sedih tak. Dah la time tu dia kuning. Nurse lak dok pressure bagi susu. Ironinya bila dia cakap ibu jangan stress, nanti tak de susu. Nurse cakap macam tu lagi la Cik Iman stress. Tapi pastu alhamdullillah boleh la direct feed. 

Time pantang, ada la sekali sekala dia boleh nenen tapi kebanyakan masa time dia menangis gila-gila, memang tak nak dah direct feed. Menjerit sampai hilang suara pun ada. Bila sua puting botol, nak pulak kau kan. 

Ada satu masa tu Cik Iman ingat kitorang belum beli formula milk lagi. Dia tengah menangis kaw-kaw dan memang tak nak direct feed. Bunda Cik Iman suruh perah susu. Time nie belum ada lagi breast pump. Bayangkan. Guna marmet bukannya cepat. 0.5oz pun tak sampai. Tapi macam tu la kitorang bagi susu kat dia. Dapat la 0.5oz tu, bagi kat Iman Jr. Pastu amik botol baru sementara dia tengah menyusu dan perah lagi 0.5oz dan ulang balik procedure yang sama sampai dia kenyang. Time tu dah start pike pasal nak beli breast pump. Tapi sebab tak de pengetahuan masa tu, beli la breast pump elektrik Fiffy yang sakit tu. 2 kali pakai terus simpan buat display muzium. 

Last-last beli la formula milk nak top up. Tapi tak bermakna Cik Iman tak bagi susu badan. Perah tetap perah. So 50% formula milk, 50% susu badan. Sekarang Iman Jr memang dah tak direct feed dan Cik Iman rasa itu lebih baik kot sebab Cik Iman pun dah start sambung belajar so nak tinggalkan tak perlu risau dah. Orang yang bagi botol je. Senang. Kalau anak orang mungkin ada masalah tak nak puting botol. Alhamdullillah senang ada anak macam Iman Jr wekeke. 



Gambar diambil semalam sebab nak tunjuk kat mak sedara. 

Lepas beli breast pump yang lebih baik, dapat la Cik Iman buat stok at least untuk 2-3 hari. Paling koman pun pam hari nie, esok minum. Memang gitu la hari-hari. Kais pagi makan pagi, kais petang, makan petang. Tapi disebabkan stok makin banyak, botol Autumnz tu lak dah tak cukup. 10 bijik tu masa mula-mula beli rasa macam banyak. Bila dah bertambah stok, mak ai, sikit sangat 10 bijik nie. Iman Jr lak minum bukan sebotol sehari. Tu belum kira yang tak terminum lagi sampai basi dibuatnya. Tension tension.



So Cik Iman pike memang dah kena pakai plastik bag nie dah. Lama dah beli yang nie time OKBB ada warehouse sale kat Puchong hari tu, tapi ingat tak nak guna sebab lagi senang guna botol je. Tapi peti sejuk lak tak muat. Dengan ayamnya, ikannya, sayurnya, buahnya. Plastik bag ada dalam 20 helai kot? Kotak dah buang lama dah ekeke.  


Bag plastik Autumnz nie percuma 5 keping beli dengan 10 bijik botol Autumnz tu. Nasib baik tak buang lagi. 


Kiri: Bag plastik Autumnz
Kanan: Bag plastik OKBB


Comel pulak plastik bag nie ekeke Pink la katakan. Semua nak pink agaga poyo la Cik Iman

Dan inilah plastik pertama yang Cik Iman guna untuk simpan susu Iman Jr (baru buat hari nie agagaga). Macam kelakar lak nombor 2.7 tu sebab Iman Jr lahir mula-mula dulu berat dia 2.7kg. Dia lahir pada 27 haribulan. Nombor 27 tu nombor bertuah dia kot? Jeng jeng jeng. 


Extra gambar Iman Jr minum susu dengan gaya yang sangat dramatik dan penuh aksi. Mabuk susu la kot orang panggil nie kan. Tak pe, tak pe, asalkan anak omma sihat. Moga berkat usaha mengepam Cik Iman buat susu Iman Jr. Amin ya rabbal alamin.

----------------------------

Saturday, November 1, 2014

5 Minit

Hari Sabtu biasanya Cik Iman gi kelas tapi tak sempat pulak Cik Iman nak pam susu sebab terbangun lewat (apa punya mak da). Kelas start pukul 9 pagi dan biasanya Cik Iman pam pukul 7 pagi tapi nak buat macam mana. Overslept~


Dah 3 hari guna pam Lacte Solo, setakat nie alhamdullillah tak de yang rosak ke apa ke :)


Balik rumah terus pam. Masa nie tengah main laptop. Rasanya tak sampai pun 1 minit (sekejap je) tetiba Cik Iman tengok botol susu dah 2 oz. Eh. Tak pernah dalam hidup Cik Iman, pam kejap je dah dapat 2 oz. Kalau nak dapat 2 oz sebelum nie kena makan satu jam gak walaupun pakai pam elektrik.

Minit ke 5, Cik Iman check balik, eh! 4 oz dah. Gila. Nie mesti sebab tak pam pagi tadi, dia dah berkumpul banyak sangat sampai ke tengah hari (time Cik Iman pam nie)


Nak masuk 5 oz tu payah sikit, kena urut, kena marmet semua baru penuh botol. Baru puas hati.


Alhamdullillah murah rezeki Iman Jr hari nie. Bagi dia kenyang, gemuk dan sihat. Amin. 

-------------------------

Friday, October 24, 2014

Botol Simpan Susu Autumnz - Sebuah Cerita Seram

Hari tu Cik Iman ada beli satu set milk storage jenama Autumnz, beli yang 10 bijik punya sebab murah berbanding jenama lain. Dok baca review-review mak-mak kita kat blog, dengan kondifennya Cik Iman beli, kononnya ini la pembelian yang terbaik Cik Iman buat. Kan?

Sekali ...

Sealing disc dia tak leh tutup rapat. Ingatkan satu botol je yang macam tu. Semuanya tak rapat. Wadepak.


Nak dijadikan citer, hari tu Cik Iman panaskan botol susu nie dari periuk berisi air. Pas dah panaskan, Cik Iman alihkan la periuk berisi botol Autumnz nie ke sinki. Sekali botol jatuh. Air susu bercampur air panas dalam periuk. Menjerit Cik Iman dalam dapur hari tu. 

Geram tau tak. Boleh pulak sealing disc tu terbukak time-time kritikal nie. Anak aku nak minum susu laa.

So, selepas kejadian yang menyayat hati dan disebabkan dah beli banyak, takkan nak buang lak. Cik Iman terus letak selotap kalis air (duct tape) macam nie kat semua penutup Autumnz. Baru puas hati Cik Iman. 

Kesimpulan: Check dulu sealing disc pada botol jenama tertentu tu tutup rapat ke tak. Kalau tak, menangis korang tengok susu bercampur air. Sedih tau. 

Sekian terima kasih.

---------------------------------------------

Monday, October 13, 2014

Kasih Ibu

Al-kisah (keluar dah ayat femes), hari Rabu minggu lepas Cik Iman sepatutnya ada kelas tapi classmate mesej bagitau ayah lecturer meninggal lak (innalillah) so tak de kelas hari tu. So alang-alang Cik Iman dah keluar tu, Cik Iman teringin lak nak gi beli botol susu Tommee Tippee yang kiut miut tu.



Alah yang nie la. Sebab apa Cik Iman dok berkenan kat botol Tommee Tippee nie? Cik Iman usha review mak-mak Blogger, diorang cakap puting dia seiras dengan nenen ibu. So nak elak budak konpius antara puting botol dengan nenen mak, baik guna botol nie. Iman Jr dah tak nak directfeed lagi dengan Cik Iman tapi Cik Iman takkan give up. Dah cuba macam-macam tips nak bagi dia directfeed balik. Try sua nenen time dia mengantuk la, apa la. Sume Cik Iman dah buat. Tak berjaya jugak. Kalau gini botol nie tak berjaya pun tak pe lah. Dah ikhtiar kan? 



Destinasi pertama Cik Iman ialah kedai baby yang paling besar kat area Bangi, Manjaku. Mula-mula tu dok keliling satu kedai sebab tak jumpa mana diorang letak produk Tommee Tippee so pi la tanya pekerja. Harga satu bijik botol nie dalam RM41. Kalau beli yang dua bijik satu kotak tu dapat la RM51.20 (tu pun tengah promosi tu). So baik beli dua botol, kan kan kan. 


Pastu nak gi Tateh (dekat-dekat je kedai-kedai baby nie), nak beli milk storage jenama Autumnz yang 10 bijik tu. Sekali Cik Iman ternampak sesuatu sebelum sampai kat kedai Tateh nie. 



Eh, ada lagi kedai baby? Namanya Kasih Ibu. Nie memang hit-and-miss Cik Iman cakap. Selalu je Cik Iman lalu area deretan kedai nie bertahun-tahun, apasal Cik Iman tak perasan langsung kedai nie. Sebab warna dia tenggelam berbanding Tateh kot. Serious Cik Iman tak perasan. Maafkan daku wahai Kasih Ibu. Cik Iman betul-betul tak tahu kewujudanmu di situ (padahal satu deret kedai je dengan Tateh, poyo la Cik Iman)

Disebabkan Cik Iman nie suka usha harga barang, Cik Iman pi la masuk kedai Kasih Ibu nie. Mungkin sebab hari tu hari keje, tak ramai orang datang. Masa Cik Iman datang tu ada la sepasang suami isteri dengan anak kecik, beli carseat.


Curik gambar dari website Kasih Ibu ekeke sori~ Nie la rupanya kedainya dari dalam. Banyak stok dan banyak pilihan dari Manjaku dan Tateh. Macam-macam ada.

Banyak barang diorang. Breastpump pun diorang display kat depan, dekat dengan pintu masuk. Cik Iman ada tanya kalau nak bagi costumer try leh ke. Diorang kata tak leh, diorang leh bagi demo je. Ades. Tak pe la.

Sekali Cik Iman tengok stok Unimom Mezzo, Unimom Allegro dengan Unimom Forte berlambak. Bukan macam Tateh, malu-malu nak display. Nie BAM haa semua ada. Amik je dari rak almari tu pastu bayar. Tak de la macam Tateh hari tu, tak de stok, kena tunggu minggu seterusnya. Adui. Tapi harga biasa Unimom Mezzo sini RM118. Dia kena daftar fan club Kasih Ibu baru leh dapat harga murah (Cik Iman rasa semua kedai baby Cik Iman dah daftar jadi ahli hahahaha) Bayar RM5 untuk masuk fan club Kasih Ibu.



Kat kedai nie, Cik Iman beli la milk storage Autumnz 10 bijik yang warna jernih (tak suka yang ada kaler, putih bersih suci konon wekeke), harga member Kasih Ibu RM36. Dan Cik Iman ada jugak beli cekak kepala untuk Iman Jr. Saje nak cantikkan anak dara Cik Iman sorang nie.

Balik rumah, terus try botol Tommee Tippee.


Rasanya Cik Iman yang terlebih teruja nak pakai botol nie. Serious la kiut botol nie. (padahal semua botol Cik Iman dok usha, botol Avent la, botol MAM la, botol kaca la)


Sedapnya susu omnomnomnom

Alhamdullillah Iman Jr tak cerewet pasal botol. Asal leh minum sudah. Baru tadi Cik Iman kononnya nak latih dia directfeed balik, sekali eh dia directfeed betul, tak de nak meraung ke apa. Ya Allah bestnya feeling keibuan Cik Iman masa tu. Tapi sayang, tak lama pastu dia menangis balik sebab Cik Iman dah pam keluar susu agaga. Poyo la Cik Iman. Dera anak ke hapa. 

Hari Sabtu Cik Iman gi Tateh, nak survey Avent punya milk collection shell dengan botol susu kaca. Terperanjat diorang dah ada stok Tommee Tippee. Aduyai. Sabo je la, 

------------------------------

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...