Showing posts with label in loving memory. Show all posts
Showing posts with label in loving memory. Show all posts

Wednesday, December 10, 2014

Lima Puluh Empat

Tengah scan laptop sebab masalah virus banyak betul. Cik Iman mengaku Cik Iman tak pandai jaga laptop, entah berapa kali kena virus. Tu la, tekan link mengarut aje keje. Nak siap final projek macam mana gini. 

Tengok tarikh hari nie 10 Disember. 

Eh, birthday Abah la hari nie. 

Sayang. Orangnya dah tak de. 


10 Disember 1960 - 3 Mac 2009

Kalau dia hidup lagi sekarang, umurnya 54 dah. Kalau dia hidup lagi, mesti dia tengah main dengan Iman Jr. Iman Jr tak sempat nak tengok atuk dia yang sorang nie. Dok bayang Abah bawak Iman Jr gi main kat playground, gi jogging dengan Iman Jr, gi panjat bukit dengan Iman Jr (??? gilo nok panjat bukit dengan cucu), gi mancing dengan Iman Jr.

Tahun dia meninggal tu, Ustaz Asri dari kumpulan Rabbani meninggal gak. Abah lak suka betul kumpulan Rabbani. Dok ulang 100 kali kaset Rabbani kat dalam kereta tiap kali balik kampung. Bukan tak de kaset lain, tapi Rabbani gak yang dia pasang banyak kali. Setiap kali dengar lagu Rabbani, mesti teringat Abah.

Tahun dia meninggal la Cik Iman first time bukak Blogger. Konon nak escape dari realiti. Nak luahkan perasaan, tapi jadi benda lain pulak postnya ades.

Tipu Cik Iman cakap Cik Iman tak rindu Abah. Tapi bila dah ada anak nie, mungkin agak distracted la jugak. Ye la, hari-hari dok memerintah omma dia je huhu. Sabo je la. Nasib baik la Iman Jr comel terlajak.

Apa-apa pun, moga Allah tempatkan Abah dengan orang-orang yang beriman.
--------------------

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...