Thursday, October 30, 2014

Review: Lacte Solo

Tak. Cik Iman tak silap taip. Breast pump nie namanya Lacte Solo, bukan Lacte Duet (memang mimpi la nak beli yang Duet tu hewhewhew) Mentang-mentang sume orang dok pakai Lacte Duet, dok ingat tu aje.

Nie la benda yang Cik Iman nak review-kan hari nie. Bahagian features yang diorang claim leh buat tu korang baca la sendiri. Ye ke tidak, kita akan tahu bila kita try natang nie. 

Mula-mula tu macam was-was gak la tengok brand yang kita tak pernah dengar nie, nak-nak review untuk breast pump nie belum lagi banyak. Kalau Lacte Duet, bertimbun macam gunung. Tapi Cik Iman tak perlu sangat pun breast pump heavy duty macam Lacte Duet so Lacte Solo lebih sesuai dengan keadaan Cik Iman yang sekali sekala pam susu, dengan nak siapkan final projek lagi, memang tak terkejar la. 

Lacte Solo nie single pump dan breast pump nie kat Tateh RM229 untuk non-member, member leh dapat harga RM217 gitu. Bukan tak jumpa kedai yang jual murah, ada je yang jual RM190 kat Instagram, tapi kena pre-order dan tunggu stok ada ke tidak. Ataupun memang dah harga murah tapi kena bayar postage lak. Kalau campur bayar postage, sama je harga RM229 juga. Bengongz. Pandai korang trick customer kan. Baik beli kat kedai teruih. 

Cik Iman terus beli lepas tengok review Lacte Solo di blog Cik Adila dan dapatkan pendapat owner blog tersebut. Kondifen je Cik Iman kan. 

Warning: Banyak gambar kat dalam post nie. 

Ah sudah, plastic bag Tateh yang comel lote. 


Apasal la korang suka buat Cik Iman tergoda dengan plastic bag korang nie haaa. Menyampah Cik Iman tau. Cait. (Cik Iman tak dibayar oleh pihak Tateh untuk promote kedai diorang sekian terima kasih)


Kotak Lacte Solo pun comel gak. Apasal la Cik Iman suka beno warna putih dengan pink. Pandai kan orang-orang nie design supaya leh tarik pelanggan. Bijak, bijak.


Di dalam disertakan kad waranti untuk 1 tahun dan manual. Jangan hilangkan kad waranti tu lak. Nanti rosak ke hapa, leh hantar motor dengan kad tu kat kedai yang korang beli breast pump dan diorang akan send ke company Lacte untuk dibaiki. Simpan ketat-ketat tau. Mana tahu apa-apa jadi kang, naya.


Serious motor dia comel macam telur burung lak. Tangan Cik Iman kat situ untuk comparison size. Serious la kecik. Dah la kecik. comel sesangat. Arrgghh. Terjatuh cinta lak. Ekeke. (Apasal gemok an hodoh beno tangan Cik Iman nie. Camera murah, biasa la~)


Kat belakang motor leh letak 4 bijik bateri AA, sesuai kalau korang tengah travel dalam kereta ke, mana-mana la. Very portable. Saiz kecik leh bawak mana-mana je korang nak gi.


Nie kabel untuk dipakai pada soket rumah.


Tapi yang paling best kabel yang nie. Sebab leh guna power bank ataupun laptop (Cik Iman dah try kat laptop, memang boleh guna, so jimat la soket korang kat rumah tu)


Asalnya parts semua dah pasang dalam kotak tapi berterabur gini sebab Cik Iman gi sterilize dulu haha. Semak jadinya.


Nie parts yang korang perlu basuh. Dari nie semua ...


... jadi gini. Tak susah nak pasang pun. Very straight forward. Tak pun korang leh refer manual. Apa susah.



Corong breast pump adalah untuk wide neck punya botol. Itu sebab dapat botol wide neck macam nie sejibik.


Tapi jangan risau. Diorang sediakan satu botol converter untuk botol macam Autumnz.


Pasang je kat corong bawah tu dan siap. Korang leh la pakai botol Autumnz, Bumblee Bee etc korang. Tak de susah hati pun. Senang kan?


Dalam kotak nie diorang sediakan gak membrane dan tube connector extra (kot-kot la jadi apa-apa kan) dan of course, tubenya.


Macam mana nak operate, leh tengok gambar di atas nie. Ataupun tengok video kat bawah nie. Tak banyak pun butang nak tekan. 


Basically korang start dulu stimulation dengan level 1 dan 2. Bila dah ada let down (susu keluar), boleh korang up-kan lagi ke level 3, 4 dan 5. Memang straight forward. Sesuai untuk beginner moms yang tak pernah cuba breast pump (yang dah cuba breast pump pun nak cuba gak wekekkekee)



Cik Iman pasti korang nak dengar yang kononnya Cik Iman dapat banyak nie dalam masa yang singkat. Tak. Cik Iman takkan tipu korang. Cik Iman dapat banyak nie pun amik masa gak. Time nak let down bagi Cik Iman lambat sikit sebab Iman Jr dah lama tak menyusu direct so macam baru nak mula menyusu balik. Badan dah tak biasa dengan sucking yang konsisten (tipu breast pump manual leh konsisten kan) so kena biasakan balik. Serious lambat. Dalam 5 minit la gak untuk stimulation. Pastu laju je susu keluar. Dalam lebih kurang setengah jam la juga.


Motor tu Cik Iman sambungkan pada laptop Cik Iman sebab malas nak gi soket jauh-jauh ahaha. (pemalas sungguh rupanya Cik Iman nie)


Dah siap pumping, bahagian atas yang bersambung dengan tubing tu tak perlu basuh pun sebab tak kena susu.


Kalau transfer dalam botol Autumnz, banyak nie la yang Cik Iman dapat. Jumlah nie memang normal untuk Cik Iman. Pakai Unimom Mezzo pun dapat banyak nie biasanya, tapi tak letih la tangan. Siap leh tengok video macam-macam kat Youtube. Video kucing ada, video baby comel ada, video masak-masak makanan lagi la ada. 

Apa pendapat Cik Iman pasal breast pump Lacte Solo? 

Serious la Cik Iman bukan tak pernah try Medela Freestyle tapi hari tu Cik Iman pakai yang mak sedara punya, dia punya sucking tu macam nak tak nak je. Sekadar bergetar je, stimulation and expression phase. Mak sedara pakai pun gitu gak, tapi tak tau la rosak ke hapa. Tapi pakai Lacte Solo nie terus boleh dapat susu. Mungkin bergantung pada orang la kot kan. 

Beli breast pump mahal-mahal tak semestinya serasi. Kadang-kadang jenama yang jarang kita dengar tu la yang akan jadi peneman kita. Breast pump nie bagus untuk ibu-ibu baru yang tak pernah pakai breast pump atau yang baru nak berjinak dengan breast pump elektrik selepas guna manual (macam Cik Iman)

TAPI! Eh ada tapi lak, Cik Iman nie. 

Kena ingat, nie bukan breast pump heavy duty macam Lacte Duet. So tak leh pakai sekerap Lacte Duet. 2 kali sehari leh lak kot (berdasarkan dari apa yang Cik Adila cakap). Motor memang akan berhenti dalam satu-satu masa kalau lama sangat pasang. Kalau Cik Adila tak cakap pasal tu, mungkin Cik Iman dah panik sebab ingat motor rosak ahaha.  

Rumusan Cik Iman tentang breast pump Lacte Solo:

Yang best pasal Lacte Solo
  • Sesuai untuk pumping 1 atau 2 kali sehari
  • Portable dan ringan (serta comel terlajak)
  • Harga mampu milik. Murah terlajak (berapa kali guna perkataan terlajak daaa terlajak laris tu)
  • Spare part senang cari sebab sama model dengan Eve Love dan Autumnz
  • Kalau tak de elektrik, korang leh pakai bateri (kalau ada la)
  • Serious senyap motor dia, bukan la tak dengar langsung tapi sikit je la, tak de la macam dengar lagu rock bukak volume tinggi-tinggi tuuu
  • Leh buat breast pump spare kalau la breast pump utama korang kena hantar gi servis ke, rosak ke
  • Tangan tak lenguh. Pegang je pastu gi la tengok video ke, movie ke. 
  • Leh leka bila pumping. Dah la senyap, sucking pun tak sakit, lembut je. Tengah tengok video, eh eh botol dah separuh penuh.
  • Sesuai untuk nipple sensitif sebab corong dia dibuat dari silicon yang lembut. Best giler.
Yang tak best pasal Lacte Solo
  • Bukan untuk heavy duty pumping/tak tahan lasak (jangan korang buat breast pump nie macam Medela Freestyle lak)
  • Banyak la jugak parts nak basuh (Cik Adila cakap sikit je, tapi Cik Iman rasa banyak sebab dah biasa dengan Unimom Mezzo yang sikit), tapi banyak lagi parts untuk Medela. Medela memang gila babeng banyak parts dia. 
  • Kena pakai elektrik nak hidup. Kalau tak de elektrik, pandai-pandai korang la cari bateri (tu pentingnya breast pump manual. Nasib baik ada Unimom Mezzo ekeke promote Unimom Mezzo nampak)
  • Motor akan berhenti kalau korang pakai lama-lama. Tapi jangan risau, leh hidup balik dengan menekan butang on je. Dia stop pun atas sebab keselamatan je.
  • Tak tau dah berapa lama korang pam sebab tak de display time pada motor. Kena la amik phone korang nak keep track masa korang pam. 
  • Corong akan tercabut kalau pakai handsfree time botol susu penuh sebab berat.
So untuk breast pump nie, Cik Iman bagi dalam 3.5 markah out of 5 (Tak tinggi sebab sikit sangat butang level suction dan tak de butang untuk kawal kelajuan tapi nak buat macam mana). Ceh tinggi tu. Thumbs up untuk Lacte Solo. 



Nak best lagi? Breast pump nie buatan Malaysia macam brand Eve Love dan Autumnz. So sokong la produk buatan Malaysia~ Majulah sukan untuk negara


Kalau tak yakin lagi, leh la tengok video-video review nie.



-------------------------

27 comments:

  1. Selamat berkenalan.

    First time sy tgk org review bp ni. Saya pengguna setia medela swing hampir setahun 10 bulan dah. 2 kali motor dia rosak. Yg first dpt tuka baru terus sbb still waranti.

    Same mcm lacto solo,medela swing pun bukan untuk heavy duty. Tu yg rosak 2x. Hehehe...

    Jom singgah blog saya..
    http://dilakazuha.blogspot.com/2014/10/segmen-bloglist-november-by-dilakazuha.html

    ReplyDelete
  2. Salam.
    Cik Iman malu pulak kite ni awak buh review kite sekali hehe

    Tp betul la part last tu, xde timer so susah sikit nak tahu brp lama dah ngepam.

    Mohon share utk para pelaggan saye ye :)
    Lps guna, terus sign contract nak jual :p

    ReplyDelete
  3. Wah.......saya pun nak guna juga lah..org lelaki pun kena ada...maklum lah skrng ni..org prmpuan bnyk yg bekerjaya

    ReplyDelete
  4. oh pernah tengok therapist guna. tapi dari jauh la. heheh

    ReplyDelete
  5. Macam best je...tapi sy guna rumble tuff....ok jugak rt tu

    ReplyDelete
  6. salam kenal,,,,

    thanks info nya www.curhatku.tk

    ReplyDelete
  7. Macam comel jer breast pump ni...cute bebenor rupa dia :)

    ReplyDelete
  8. Fiza mmg tgh cari info psl breast pump nie.. tak th nak beli yg mcm mn.. time kasih atas info..

    ReplyDelete
  9. kira basically agak sesuai dgn kebanyakkan ibu la ni kan?

    ReplyDelete
  10. terima kasih dengan info nih. ^_^

    ReplyDelete
  11. oooo lebih kurg mcm sy pakai yg Spectra M1

    ReplyDelete
  12. review yang menarik..mana tau ada rezeki satu hari nanti..
    tapi saya berkenan dengan Unimom..

    ReplyDelete
  13. so far tak de experience lagi :) hihi. but a nice review.

    ReplyDelete
  14. Wow, bestnya breast pump ni. Konsep dia mcm Mini Electric medela.

    ReplyDelete
  15. nice blog..skang pun tgh mencari2 pump susu mne yg sesuai utk menyusu nnt

    ReplyDelete
  16. suka baca review pasal breast pam ni...sgt2 support breastfeeding :). skrg senang dah nak dpt breast pam yg best2 kan dan harga pun mampu milik kalau nak compare dgn 5 tahun lepas..teringat zaman anak 1st dulu tak byk breast pam yg best2 mcm ni..kalau ada pun terpaksa invest medela fs yg mahal tu..tak pun spectra...

    ReplyDelete
  17. nak jelaskan dua point:
    1. motor solo ni memang sama dgn motor Duet (jantung sama la)- same performance! sama sama lasak la tu... yg beza dia Solo satu motor dan Duet dua motor tambah lagi display. itu aje.
    2. yg pasal motor tu berhenti kalo pakai lamatu bukan over heat atau tak lasak.... sbb kalau ikut manual dia , sekali pakai kan dia coundown 30minutes lepas tu stop.... sama dgn duet juga. kalo nak pakai lagi takde masalah pun...

    ReplyDelete
  18. Salam, cik iman best review ni. rehan dah ada manual pump Avent dgn electric pump Ameda, ada electric pump Spectra3 jugak tp jarang guna sbb single pumping. tp Ameda tu besar la pulak sbb ada ruang utk diaphragm tu kan, kalau kat rumah mmg seksi meksi masa pam. kalau kat opis nak seksi sgt tak boleh. rehan tak pernah dgr jenama Lacte. tp kalau harga menarik mcm ni, nak jugak cuba.

    jemput baca entri rehan, macam mana rehan pilih breastpump:
    http://www.noraihanqusyairi.com/2013/09/tips-petua-memilih-breastpump.html

    tq :)

    ReplyDelete
  19. MUKENA MURAH BERKUALITAS
    Mukena Fatin Cornely, Mukena Abutai Polkadot, Mukena Mahkota Dewa, Mukena Ayu Tingting, Mukena Anak Karakter Frozen.
    Cek di toko kami di Mukena Berkualitas Cek juga harga lainnya di Web Harga

    ReplyDelete
  20. Kite pakai jenama Autumnz Bliss je

    ReplyDelete

Meow meow meow?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...