Sunday, November 2, 2014

Sebelum Korang Beli Breast Pump Tu ...

Cik Iman tulis post nie berdasarkan pengalaman Cik Iman dalam membeli breast pump dalam keadaan yang begitu innocent (tak tau apa-apa pasal breast pump) dan tak tahu apa-apa sehingga lah sekarang. Khas buat ibu-ibu muda yang tengah pike nak beli breast pump yang mana, perlu ke tak breast pump nie dan macam-macam lagi. 

1. Perlu ke tak breast pump nie? 



Breast pump nie biasanya orang guna bila mak-mak kena gi keje balik pas abis pantang. Pam susu kat opis pastu bawak balik rumah kasi anak minum ataupun tambah stock susu dalam peti sejuk untuk kemudian hari. Tu biasa la kita dengar kan.

Ada lagi jenis yang korang kena tahu. Korang leh direct feed baby tak? Ingat senang ke nak direct feed baby? Sua nenen kat baby pastu kondifen je diorang dah pandai latching? Oh tidak. Kadang-kadang ada kes dia tak nak langsung. Haa, nie la pentingnya breast pump. Dia tak nak nenen kita, fine. Tapi kita kena pam jugak sebab dia lapar. 

Korang tak perlu breast pump kalau korang tak de masalah direct feed dan ada banyak masa nak menyusukan anak secara direct, atau korang expert teknik marmet (pam guna tangan) ataupun korang nak bagi formula milk. 

2. Jangan beli yang murah tapi menyakitkan

Ye Cik Iman paham kita nie tak banyak duit, kedekut sesangat sebab minyak kereta naik, harga barang makanan naik, sume naik. Tapi jangan la korang kedekutkan duit untuk breast pump korang. Benda nie melekap kat badan korang kot. 

Kalau korang rajin terjah post-post Cik Iman yang sebelum nie, Cik Iman dah merasai kesakitan pakai breast pump yang rasanya bukan bertujuan untuk keluarkan susu, tapi keluarkan darah. Kejenya sucking aje, tapi tak release. Dia gi tarik, tarik, tarik sampai keluar darah. Macam mana kerajaan leh luluskan breast pump macam nie. Seksa tau tak. 


Sakit woo pakai breast pump nieh. Lelaki pun tak leh handle.

Cik Iman nak bagi warning untuk korang yang tak tahan sakit tapi nak beli gak breast pump murah di bawah RM200, tolong la jangan beli breast pump elektrik Fiffy dengan Pureen. Kalau korang leh handle sakit, beli la, tapi Cik Iman sangat-sangat tak rekomenkan. Dah la sakit, bunyi motor dia satu rumah leh dengar. Bayangkan korang guna benda nie time keje. Tak ke malu. Kalau nak beli brand nie pun, amik yang manual please. 

Kalau korang nak yang elektrik, harga dalam lingkungan RM200, breast pump yang Cik Iman yang guna sekarang nie la yang terbaik setakat tahun 2014 nie. Breast pump nie baru je beberapa bulan keluar kat market. 


Cik Iman pernah buat review kalau sesape nak usha breast pump nie. 

3. Rajinkan diri tanya orang 

Orang kat sini banyak. Contohnya kawan-kawan yang dah pernah pakai breast pump. Zaman nie tak mungkin tak de at least sorang pun yang tak pernah pakai breast pump. Zaman mak-mak kita pun ada je breast pump, tapi yang belon merah tu la kan. 

Orang-orang kat blogger pun banyak gak bagi review breast pump yang diorang pakai, sekadar berkongsi pengalaman. Bukan susah pun sekarang. Apa guna korang beli laptop atau tablet mahal-mahal tapi tak guna untuk cari maklumat. Cari pun untuk kebaikan korang gak. 

Dan tanya la jugak pekedai yang jual breast pump, diorang leh bagitau breast pump bestseller yang popular kat kedai diorang, maksudnya breast pump apa yang mak-mak selalu beli kat sana. Jangan ingat bestseller nie maksudnya Medela Freestyle (tu salah satu brand yang popular la) tapi ada gak mak-mak yang beli brand Malaysia pun puas hati dengan resultnya (macam Cik Iman ekeke) Tanya la sekali bunyi pam dia kuat ke tak (penting gak nieh, kang tak pasal-pasal tarik perhatian yang tak diingini)


Kalau kat Tateh, nie la breast pump bestseller diorang

Sambil-sambil korang tanya brand apa best, alang-alang tu tanya la kalau kedai diorang bagi try breast pump. Kalau kedai tu bagi try, amik la peluang tu. Macam PumpOnTheGo, diorang sediakan satu bilik khas untuk ibu-ibu try, mana la tau serasi ke tak kan. 

4. Brand popular tak semestinya serasi dengan kita

Credit gambar: PumpOnTheGo

Cakap pasal breast pump, mesti korang pike Medela, Ameda dan Avent. Tiga nie mesti ada kat atas. Jenama lain semua dok bawah. Tapi korang pernah terfikir ke kalau badan korang leh terima breast pump nie? Kita dah berkenan dah dengan design dan functionnya. 

Sekali ... 

Cakap tak serupa bikin. Tapi kena ingat, kita tak serasi dengan breast pump tak bermakna tak de langsung orang lain leh guna. Sekali lagi Cik Iman nak ingatkan, ia bergantung pada badan puan-puan ye. Itu sebab kalau ada peluang nak cuba breast pump kat kedai, tolong la cuba ya. Takut menyesal lepas beli. 

5. Tahu jenis breast pump yang kita perlukan

Ye Cik Iman tahu ada 2 jenis breast pump: Manual (pakai tangan) dan elektrik. Tapi maksud sebenar Cik Iman ialah penggunaan breast pump dalam kehidupan korang. Korang bekerja? Korang masih sambung belajar? Korang suri rumah? Korang agak berapa banyak masa yang korang ada nak pam? 



Kalau korang bekerja atau belajar macam Cik Iman dan selalu berjauhan dengan baby, baiklah korang beli breast pump yang leh buat double pumping dan heavy duty macam Medela Freestyle, Lacte Duet, Unimom Forte, Spectra Dew dan macam-macam lagi. (tapi Cik Iman tak beli la heavy duty sebab ongkos tak cukup nak cover ekeke) 

Tapi kalau korang sekadar dok rumah, selalu ada dekat baby atau jenis sekali-sekala pumping, mana-mana breast pump selain yang heavy duty pun boleh (kalau nak beli heavy duty gak, beli la, tak halang pun). TAPI. Kalau misal kata korang kena tinggalkan baby pada satu-satu masa, korang still kena ada stok susu ready. 

6. Antara manual dan elektrik

Nak guna manual pam senang sebab tak perlu elektrik dan senang nak bawak mana-mana. Tapi manual nie jangan guna ganas sangat. Kang rosak parts dia. Ada orang cakap sampai patah handle la, koyak valve dan diagphram la. Macam-macam. Itu sebab diorang rekomen pakai manual sekali-sekala. Kalau korang buat ganas gak, alamatnya kena beli spare part selalu. Pam manual amik masa la juga nak penuhkan botol dengan susu. Tapi pam manual lagi murah dari elektrik. 




Pakai brand OKBB je kot. Boleh je dapat susu.

Elektrik pulak mempercepatkan lagi proses mengepam korang. Dan tangan tak lenguh nak pam susu. Tapi ramai cakap walaupun cepat tapi production susu tak sebanyak menggunakan manual. Kalau korang rajin urut in-between pumping, insya-Allah, tak kira la manual ke, elektrik ke, mesti banyak susu keluar. Keep a positive mind!

7. Jangan mindset terus nak beli Medela Freestyle

Sebenarnya ikut korang la nak beli Medela Freestyle ke, Ameda ke, Avent ke, duit korang kan, tapi cuba consider option lain. Mentang-mentang la Medela Freestyle tu brand international, korang tolak brand Malaysia mentah-mentah. Cer try test dulu, mana tahu terjumpa idaman kalbu yang lebih murah. 



Cik Iman takut jadi macam yang Cik Iman dan mak sedara Cik Iman rasakan masa pakai Medela Freestyle dia. Suction dia slow sangat. Baik guna pam manual kalau gitu. 

8. Beli la mahal mana pun breast pump, ia akan rosak jua

Maksud Cik Iman tak de la sehari korang beli dan pakai, esok dah rosak. Tu brand bengong kalau gitu. Maksud Cik Iman suatu hari nanti (berbulan? bertahun? ataupun anak-anak buat main bola sepak pastu terhempas ke lantai atau dinding) ia akan rosak juga. So jangan expect dengan penggunaan kita yang kerap, motor takkan rosak. Motor Medela Freestyle pun akan rosak walaupun ia heavy duty dan tahan lasak, inikan pulak brand-brand lain. Sama je. 



So jangan stress kalau rosak. Simpan kad waranti breast pump supaya kalau ada masalah, leh hantar kedai. 

9. Tak sah beli breast pump kalau tak de aksesori lain

Jangan pike korang cukup dengan beli breast pump tu je. 



Mana nak simpan stok susu kalau tak beli botol susu lebih kan? 



Nak beli cooler bag lagi untuk yang pumping kat tempat kerja. Kena ada ice pack lagi dalam beg tu nak bagi susu sejuk dan tak rosak kalau korang malas nak letak dalam peti sejuk kat tempat keje. 




Handsfree bustier lagi kalau nak multitask. Pumping sambil tengok tv, pumping sambil layan Facebook, pumping sambil buat post baru kat Blogger pun boleh. Tapi kalau korang kedekut sangat, cer try buat handsfree sendiri guna baju dalam atau baju dalam sukan korang yang dah tak pakai tu. Dah jimat berapa ringgit dah kat situ. Tapi kalau korang kedekut tahap babeng, leh gak try handsfree pumping guna getah rambut. Ye, getah rambut. Lagi la jimat. 

10. Memiliki lebih dari satu breast pump adalah perkara biasa

Tipu la mak-mak cakap cukup satu breast pump je. Mesti ada lebih. Tu pun sebab trial and error. Mula-mula diorang ingat breast pump tu okay untuk dia, last-last cam bangang. Beli pulak breast pump jenama lain, kes sama macam kat atas jugak. Begitu la juga breast pump yang seterusnya. Bukan ibu nie tak buat research, dah survey kat macam-macam tempat. Punya la tak tido semata-mata nak baca review pasal breast pump kat Blogger. Bila dah beli, frust menonggeng pulak. 


Credit gambar: PumpOnTheGo

Jangan give up kalau breast pump tu tak serasi dengan kita. Kalau tak serasi, apa susah, jual semula kat internet. Mesti ada yang serasi kat luar sana yang menunggu tuan baru. Malaysia nie besar, puan-puan. Dah jual, beli breast pump lain pulak sampai kita dapat "The One".

Tapi ada gak dia serasi dengan semua so dia pakai la semua. Satu manual dan satu elektrik. Bergantung pada penggunaan la kot. Guna manual sekali-sekala ke, time black out ke. Yang elektrik lak untuk bersantai tengok tv ataupun nak siapkan keje. 

Cik Iman dah ada 4 breast pump tau. Tapi gunanya satu je wekekeke. 

11. Jangan fikir hanya dengan menggunakan breast pump sahaja kita leh dapat susu banyak melimpah ruah

Kena ingat, breast pump nie hanyalah alat bantuan untuk mak-mak menyusukan anak dengan lebih cepat. Macam kat tempat keje, keje kena buat tapi susu kena pam jugak kan. So kena multitasking (dan di sini la pentingnya bustier tadi) Bab susu banyak tu kena tengok diri kita gak. Kita makan makanan yang sihat tak? Kita bersikap positif tak? Kita relaks tak? Tak guna beli breast pump tapi kita tension hari-hari. Pastu marah-marahkan breast pump sebab sikit susu keluar. 



Pastikan korang tenang bila mengepam. Cari "happy place" korang. Korang happy bila tengok kucing? Pike pasal kucing. Korang happy bila shopping online? Korang gi web online shopping. Korang happy berchatting dengan orang? Chatting la. 

Pastikan korang tak stress~ Tak stress, lagi banyak susu keluar~

p.s: Cik Iman happy bila makan ais krim vanilla

-----------------------------

6 comments:

  1. sori cik iman..sy baru buka blog saye..hehe takpe..amik la pic breast pump jenama babyOK tu..silakan...sy follow blog u..nnti follow la sy plak hehe

    ReplyDelete
  2. Saya ada 4 jenis pump... Medela swing maxi.. Medela swing..autum n spectra... Tapi yg serasi dgn saya cuma brand medela... Sedutnya x menyakitkan yang penting jimat masa.. Dlm 10 minit je dh penuh botol... Kwn saya ada lacte tapi lama n lambat mkn stgh jam ke 1 jam..sbb slow sedutnya... Last saya bgi dia pinjam medela saya..fia suka sbb cepat dan x sakit... Okey nak ckp yg medela free style pun okey...saya start pkai medela lps kwn bgi pinjam medela freestyle dia...

    ReplyDelete
  3. Saya ada 4 jenis pump... Medela swing maxi.. Medela swing..autum n spectra... Tapi yg serasi dgn saya cuma brand medela... Sedutnya x menyakitkan yang penting jimat masa.. Dlm 10 minit je dh penuh botol... Kwn saya ada lacte tapi lama n lambat mkn stgh jam ke 1 jam..sbb slow sedutnya... Last saya bgi dia pinjam medela saya..fia suka sbb cepat dan x sakit... Okey nak ckp yg medela free style pun okey...saya start pkai medela lps kwn bgi pinjam medela freestyle dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy memang pakai madela dari anak 1st smpai ke 3.. sbb sy slalu outsation. Pnh nak tggal flight sbb punp kat surau.. slalu10 minit settle 5oz.. pnh kdg2 mood x brapa ok lambt sket.. sy akan tekan func utk stimulate blk so nanti memancut kluar susu tu..In Shaa Allah.. niat & dia penting.. mcm adik pakai spectra.. tp kerja dia bkn jenis mcm saya.. dia kata so far ok juga..

      Delete
  4. Saya ada 4 jenis pump... Medela swing maxi.. Medela swing..autum n spectra... Tapi yg serasi dgn saya cuma brand medela... Sedutnya x menyakitkan yang penting jimat masa.. Dlm 10 minit je dh penuh botol... Kwn saya ada lacte tapi lama n lambat mkn stgh jam ke 1 jam..sbb slow sedutnya... Last saya bgi dia pinjam medela saya..fia suka sbb cepat dan x sakit... Okey nak ckp yg medela free style pun okey...saya start pkai medela lps kwn bgi pinjam medela freestyle dia...

    ReplyDelete
  5. Cik iman ni dalam berkongsi yang bagus-bagus, banyak jugak mencarut ya. Adoi.... Terskip2 saya baca sbb takmau sebut perkataan tu

    ReplyDelete

Meow meow meow?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...