Sunday, November 23, 2014

Duit Syiling Berteraburan

Entah apasal semalam mimpi kutip duit syiling kat banyak tempat. Kat lantai, kat almari, kat rak buku. Kalu google "mimpi kutip duit syiling", ada yang cakap impian tak tercapai la, perkara buruk akan berlaku, ada orang nak mati la, apa la. Bukan la Cik Iman nak caya sangat mimpi-mimpi nie tapi sebelum arwah Abah meninggal dunia, selalu Cik Iman mimpi cabut gigi. Bukan sehari dua, berbulan-bulan sebelum dia meninggal lagi. Kalau mimpi pasal gigi biasanya orang akan cakap pasal kematian tapi Cik Iman doakan tak de la keburukan yang akan menimpa keluarga atau orang-orang yang Cik Iman sayang, insya-Allah. 

Aish melarat gi cakap pasal mimpi lak. Sebenarnya nak cakap pasal benda lain. Gini, setiap kali Cik Iman kemas rumah, mesti ada je duit syiling sesat. Tak kira la 5 sen ke, 10 sen ke, 20 sen ke. Padahal Cik Iman kemas banyak kali dah, ada lagi duit syiling sesat nie. Lepas Cik Iman tanya family kalau diorang ada hilang duit syiling ke apa, diorang kata tak, Cik Iman akan letak dalam tabung syiling (tapi kalau duit kertas RM50, semua ngaku dia punya agagaga)


Nie kebetulan tengah makan tadi ternampak syiling 5 sen nie. Dah tanya semua orang, semua tak nak, Cik Iman pun ambil la nak masuk dalam tabung. (eh, tua-tua gini ada tabung lagi ka Cik Iman?) mesti la ada, tapi simpan syiling sesat je la ekekeke. Lagipun sape nak curik duit syiling, korang nak?


Nie lak syiling hasil baki membeli-belah. Cik Iman jenis suka letak baki syiling dalam dompet selepas buat pembayaran. Ada sekali tu memang tahap malas nak kemas dompet, berat dah dompet tu, penuh dengan syiling aje, dah tak nampak dah mana duit kertas, mana kad sume. So time teringat nie, Cik Iman keluarkanlah untuk dimasukkan dalam tabung.

Tabung Cik Iman rupanya macam mana ya?


Nie dia tabung syiling Cik Iman yang sangat glamer wakakaka. Terpaksa tulis "Letak Duit Syiling Dalam Nie TQ" tu sebab kat rumah Cik Iman ada banyak tin biskut nie (family kuat makan biskut, nak buat macam mana). Takut tersalah masuk syiling lak, campur biskut.

Orang lain ada tabung canggih-manggih, kita pakai tin biskut. Recycle la katakan~

---------------------------------------

2 comments:

Meow meow meow?