Sunday, November 23, 2014

Salin dan Tampal


Encik Google bagi gambar nie wekeke

Sejak Cik Iman rajin blogwalking nie, Cik Iman ada terperasan beberapa blog yang ada artikel atau post sama dengan blog lain. Bukannya taip sikit-sikit dan amik idea dari blog orang lain tapi copy paste terus satu post sejibik, satu huruf ke satu huruf, satu perkataan ke satu perkataan.

Kalau daftar masuk Blogger nie semata-mata untuk copy paste orang punya post, baik tak payah masuk terus Blogger nie. Mentang-mentang la nak banyakkan traffik dan nak menambahkan duit, korang sanggup curik orang punya hasil perah otak sampai lenyai yang ditulis 24 - 72 jam. Dah curik, tak reti pulak bagi kredit kat penulis asal. Memang tahap pemalas over 9000 sungguh.

Cik Iman kalau nampak je artikel yang sama tapi dari blog lain, memang Cik Iman takkan baca dan Cik Iman takkan pegi balik kat blog tu. Orang nak sesuatu yang original, bukannya benda yang dah dibaca 10 kali. Nak amik idea tu boleh tapi tolong la try buat ayat yang paling original yang korang boleh tuliskan. Allah dah bagi otak, perahkanlah otak tu macam korang perah buah oren ke apa.

Tak guna la korang buat karangan yang cikgu suruh buat time sekolah dulu pastu tak nak buat karangan kat Blogger pulak. Tulis surat cinta kemain berjela.

-----------------------------

4 comments:

  1. Blog mcm ni katanya nak dapat income melalui blog..isi copy paste dan iklan terapung sana sini...hmm

    ReplyDelete
  2. tak suka blog copypaste
    lagi tak suka bila tulisan kita pula dicopypaste sesuka hati

    ReplyDelete
  3. Betul2 setuju. Kalau nak share cerita pun, sila bagi kredit kat link asal.

    ReplyDelete

Meow meow meow?