Wednesday, December 31, 2014

Aktiviti Baru Iman Jr


Biarlah video berbicara~ (cewah)

----------------------------------------

Hari Terakhir Pada Tahun 2014


Gambar ehsan Encik Google

Masa kecik dulu, Cik Iman selalu bayangkan kita akan memasuki tahun yang seterusnya macam game Portal tu. Tembak kat dinding, kita masuk dalam lubang tu pas tu kita akan berada di tempat lain. Kononnya masuk tahun baru nie macam gitu la. Macam masuk tempat lain. Kot-kot la gempak cara nak masuk hari tu kan. Tapi akhirnya Cik Iman kecewa sebab bukan macam tu tahun baru yang Cik Iman fikirkan. Ia hanyalah seperti hari yang biasa kita lalui sekarang. Bosan tak.

Canggih betul fikiran time kecik dulu kan. 

Apa-apa pun Cik Iman harap tahun 2015 nanti adalah tahun yang lebih baik dari tahun nie. Jumpa korang tahun depan ye~ (Padahal tahun depan tu esok je ekekekek)

--------------------------------

Tuesday, December 30, 2014

Mana Hadiah Aku Woi


Misal kata lah, korang join giveaway kat dalam Blogger nie, dan korang menang sesuatu, tak kira la hadiah utama ke, saguhati ke.

Tapi sponsor hadiah tak bagi hadiah tu kat korang. Korang ingat mungkin beberapa hari lagi dia pos laju la hadiah tu kat rumah korang kan, tapi berbulan-bulan jugak korang tunggu, tak sampai-sampai gak.

Apa pendapat korang tentang sponsor yang perangai macam nie dan apa tindakan korang?

------------------------------

Esok Nak Masak Apa



Tadi Cik Iman beli megi kari sebab kempunan nak makan wekeke. Dah bosan makan versi sup, Cik Iman ingat nak try buat benda baru dengan megi nie.

Murtabak megi dah buat.

Burger megi dah buat.

Megi goreng pun dah pernah buat.

Pike punya pike, tetiba Cik Iman tanya diri sendiri "Kalau buat cekodok sedap ke?". Dengan pantas Cik Iman gi google kot-kot ada orang dah buat. Yes, memang dah ada orang buat.


Leh try nieh

Dalam tengah membaca entry orang buat cekodok megi, ada entry yang selitkan cekodok planta. Yang tu memang Cik Iman tak pernah dengar tapi macam menarik je sebab Cik Iman suka planta dan Cik Iman suka benda manis. Ke google la Cik Iman.


Tetiba lak ada resepi lain. Masak la nak guna semua esok agagaga. 

Tengok la esok Cik Iman masak apa ekeke.

---------------------------

Monday, December 29, 2014

Kesilapan Dalam Bintang Kita

Tak tahu kenapa rasa macam nak edit gambar lama nie. Sebab rasa macam kosong pulak background tu. Nie gambar Cik Iman dengan best friends Cik Iman sebelum kitorang gi praktikal tahun 2010 dulu.


Gambar asal. Cik Iman yang paling kiri tu. Apa yang digelakkan pun tak tahu.


Gambar edit

Nampak macam album lagu pulak. Kita jadi band nasyid jom wakakaka

Sepohon kayu daunnya rimbun~

-----------------------------

Glucometer: Accu-Chek Perfoma

Selepas kitorang kemas rumah hari tu sebab adik Cik Iman nak kahwin, glucometer (alat nak check gula dalam darah untuk pesakit diabetes) hilang. Entah salah letak mana entah. Time kemas memang dah tak hingat. Terpaksa beli baru sebab nenek Cik Iman memang sangat perlukan benda tu. Cik Iman yang memang sedia kencing manis tak pe la, nenek Cik Iman yang penting tu. So dia bagi duit suh belikan glucometer baru. 

So sepanjang hari juga la Cik Iman round tempat Cik Iman dok compare harga dan jenama glucometer yang ada. Tapi balik-balik beli gak jenama yang sama. Bukan tak mo beli yang murah, tapi sepanjang pengalaman beli glucometer, ada je certain glucometer yang kadang-kadang tu tak de stock test trip pulak. Adoi. Ada pun kena gi jauh baru dapat. Aih, sabo je la. 

Entry kali nie Cik Iman nak perkenalkan glucometer untuk korang. Moga jadi ilmu yang manfaat kalau-kalau la ada sesape yang tak tahu apakebenda nie. Kat hospital atau klinik pun, kalau korang disahkan kena kencing manis, nurse atau doktor akan ajar korang macam mana cara guna benda nie. Tapi dalam entry Cik Iman just nak tunjuk barang dia dulu sebelum tunjuk cara guna ya.


Nie dia glucometer Accu-Chek Perfoma (Promo Kit) yang Cik Iman beli untuk nenek. Sebijik macam yang hilang tu. Masa Cik Iman beli tu, harga dia murah, dalam RM145 sebab Cik Iman masuk wad sebab diagnos kencing manis dan kena dengar ceramah/taklimat dari pegawai kencing manis. Pastu dia akan bagi kertas, dia tulis jenama glucometer nie, letak cop rasmi kat kertas tu dan dia suh gi farmasi kat hospital untuk beli. Tapi sekarang Cik Iman bukan pesakit so tak dapat la cop tu kan so dapat la harga asal dalam RM195. (maksudnya korang kena jadi pesakit la kot nak dapat harga murah agagagaga)


Set nie dia bagi 30 test strip. Kalau test strip dah abis, korang boleh beli lagi kat farmasi dengan harga RM50 (lebih kurang, bergantung pada kedai) untuk 25 batang (RM2 untuk sebatang test strip). Pastikan korang dapat test strip ikut brandnya. Jangan sesuka hati beli test strip brand lain untuk masuk dalam glucometer brand lain.


Nie User's Manual untuk tunjuk korang nak guna meter tu. Dia juga akan tunjukkan cara nak setting time dan date kalau korang nak check, contohnya 2 hari lepas, paras gula korang macam mana. Yes, meter nie akan rekod bacaan paras gula korang untuk sekurang-kurangnya seminggu.


Dulu Cik Iman beli, tak de pulak warranty card nie. Memang patut la harganya RM195 wakakaka. Kalau korang rajin, isi la.


Nie User's Manual versi kecik yang korang leh bawak atau letak dalam beg yang disediakan.


Nie kertas yang menunjukkan paras bacaan gula, bacaan mana yang okay, bacaan mana yang tak okay dan membahayakan nyawa. Nie sila letakkan dalam beg yang disediakan gak. Senang orang yang tak tau pasal paras gula untuk buat reference.


Cik Iman lupa nak amik gambar bacaan kat dalam kad tu so Cik Iman rembat bacaan nie dari google wakakakaak



Alcohol swab nie untuk bersihkan jari yang korang nak cucuk untuk pasti jari korang bersih. Alcohol swab nie tak wajib. Korang bersihkan tangan pakai sabun dan keringkan betul-betul pun dah okay.


Nie dia beg yang disediakan supaya senang bawak.


Nie meternya. Dia ada lagi satu yang warna merah tapi tak pernah pulak Cik Iman tengok kat kedai yang warna merah tu. Biasa Cik Iman nampak warna merah tu kat dalam hospital. Nurse selalu pakai.


Tapi tak kisah la kan warna apa pun. Asalkan boleh guna kan?


Butang nak bukak kat sebelah kanan atas tu.


Display selepas korang tekan butang.


Nie bekas letak test strip korang.


Nie test stripnya.


Benda cucuk jari nie orang panggil "lancet". Design terbaru nie ada 6 jarum sekaligus. Tak macam dulu, ada satu je untuk satu masa. Yang baru nie senang. Nak tukar ke jarum baru just pusing pemegang dekat nombor 6 tu dan ia akan bertukar jadi nombor 5 dan seterusnya sampai nombor 1. Setiap nombor melambang berapa lagi jarum yang belum digunakan.


Nie jarum spare baru dari Accu-Chek. Ada 6 jarum so tak yah la korang susah-susah nak tukar jarum hari-hari.

Insya-Allah, lepas nie Cik Iman akan tunjukkan cara nak guna glucometer. Nantikan~

----------------------

Lima Bulan


Iman Jr masa dia keluar dari perut Cik Iman, masya-Allah kurus kering tangannya, nampak tulang kakinya. Rasanya time mengandungkan dia dulu dah banyak dah makanan yang Cik Iman makan. Tak tau la makanan sampai ke tak kat dia. Apasal kecik semacam je budak nie? Macam nak patah pulak tulang dia Cik Iman tengok. Time dia tak banyak benda yang dia reti nak buat. Mata dia melilau ke kiri ke kanan tapi dia tak mampu nak gerakkan tangan atau kaki dia. Tak kuat lagi. Lemah betul time tu.

Sekarang tak nak belajar meniarap, nak berdiri terus. Itu pun maknya la kena tolong berdirikan wekeke. Bila orang suh meniarap, menangis. Anak-anak dah advance, tak mo tateh-tateh dulu. Mentang-mentang peha dia penuh lemak, dah kuat nak tendang semua orang. Omma dia gak dia tendang. Amboi.

------------------------------------

Friday, December 26, 2014

Rintihan Anak Kucing


Hari Krismas semalam, kitorang gi melawat adik Cik Iman dengan suami dia kat Gombak, bawak Iman Jr sebab adik Cik Iman dah meroyan sebab dah lama tak jumpa dengan anak sedara kesayangan. 

Dah jumpa semua, balik rumah, on the way tu singgah 7-Eleven jap. So Cik Iman suruh adik lelaki Cik Iman jaga jap. Dah beli apa-apa yang patut, Cik Iman keluar dari kedai dan terdengar bunyi anak kucing. Cik Iman toleh kanan, toleh kiri tapi tak de pulak anak kucing tu.

Pastu Cik Iman perasan. Rupa-rupanya tu suara Iman Jr tengah menangis dari dalam kereta. Adoi. Macam mana boleh jadi serupa anak kucing lak suara dia.

-----------------------

Wednesday, December 24, 2014

Banjir Besar di Kelantan 2014

Sedih hati Cik Iman tengok gambar yang sedara mara Cik Iman share kat Whatsapp keluarga perihal banjir kilat kat kampung kitorang. Nasib baik kitorang dah bawak nenek tinggal kat rumah kitorang. Kalau dia ada kat kampung, macam mana nak jaga sebab dia lumpuh. Memang naya. 

Gambar-gambar yang di-share oleh sedara mara.




Gambar dari Masjid Beijing. 


Gambar dari Masjid Beijing.







Sekeliling rumah tu asalnya padang padi. 







Dari luar Masjid Beijing.


Nasib baik lagi sekolah nie, dengarnya baru kuar berita ada satu sekolah banjir naik 4 tingkat dah. Ya Allah.






Gambar seterusnya adalah rumah nenek, dulunya kedai tapi lepas arwah Atuk meninggal, dah tak meniaga dah, jadi rumah je. Nie gambar lepas air surut. Tapi tak tau la kemungkinan air akan balik tu ada ke tak.


Mula-mula sedara bagi gambar nie, Ya Allah tumbang dah garaj tempat kitorang sewa orang kampung meniaga. Tu tempat makan tu. Kitorang selalu gak tumpang beli makan sarapan kat situ.


Ada lopak pulak depan tu, Ya Allah.


Tetiba jadi seram lak rumah nie.


Banyaknya nak baiki semula nie, Ya Allah.


Ya Allah, kau permudahkanlah urusan saudara-saudaraku di sana. Besar sungguh dugaan yang kau beri kepada mereka. Ringankanlah ujian mu ini, Ya Allah. 
-----------------------------------


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...