Showing posts with label adik cik iman. Show all posts
Showing posts with label adik cik iman. Show all posts

Wednesday, December 17, 2014

Kakak VS Adik

Ibunda Cik Iman pernah cakap masa kitorang kecik dulu, Cik Iman suka rampas mainan adik perempuan Cik Iman tiap kali tengah main, pastu mula la minah nie nangis kuat-kuat, ngadu kat ibunda. Cik Iman lak memang kejenya merampas barang adik, tak nak mengalah (wekekeke) memang bergaduh la nak kan mainan tu. Riuh satu rumah.


Dua-dua dah kawen dah huhu, sorang tu mak orang, sorang lagi tu on the way 
nak jadi mak orang ekeke

Memang tipu la cakap kitorang dah berenti bergaduh bila kitorang besar. Tak sah tak gaduh, pasal benda kecik pun nak bergaduh, bertekak. Tapi disebabkan kitorang selalu bergaduh la kitorang lebih rapat sebab tahu apa yang masing-masing suka dan tak suka. Bergaduh tu la cara kitorang tunjukkan kasih sayang. Ye la, dia sorang la satu-satunya adik perempuan Cik Iman. Yang lain lelaki.

Kalau ikutkan, sebenarnya dia lagi matang walaupun dia lagi muda dari Cik Iman. Cik Iman nie perangai macam budak sikit walaupun dah beranakkan Iman Jr. Cik Iman jiwa muda, nak buat macam mana. Ada orang cakap diorang ingat Cik Iman nie adik pada adik Cik Iman padahal Cik Iman nie anak sulung. Memang nampak sangat kot perangai kebudak-budakan Cik Iman nie hahaaha Mengada tol Cik Iman.

Tapi Cik Iman tahu kitorang saling perlukan sesama sendiri. Contoh minah nie semacam ada fobia nak lintas jalan. Tak tau la kenapa. Nampak kereta melintas je jerit. So setiap kali dia nak lintas jalan, dia akan pegang tangan Cik Iman dan suh Cik Iman lead the way.

Kali terakhir Cik Iman bagi sokongan pada adik Cik Iman yang sorang nie masa time nak nikah hari tu. Nervous yang terlampau. Dok sapu-sapu tangan dia yang sejuk kat tangan Cik Iman. Serious sejuk. Tu baru nikah, belum lagi nak bersalin. Lagi seksa. Sekarang dah pegang tangan suami, tak perlu dah kot dia mintak bantuan Cik Iman nak lintas jalan kan. Sedih tak.

Jauh lagi perjalanan kita berdua, wahai adik. Baru nak bina keluarga sendiri. Kita betul-betul mentah tapi Cik Iman tahu kita akan saling bergantung bila kita perlukannya.

Sayang kau ketat-ketat.

p.s: Bagi la sepupu kat Iman Jr cepat-cepat ekekee

------------------------

Tuesday, December 16, 2014

14122014: Kakak Pengantin Bercerita

Nikahnya hari Ahad lagi, tapi sebab penat tak hilang, aktiviti berblogging terpaksa ditangguhkan ekeke. Tapi serious penat. Walaupun sekadar jadi kakak kepada pengantin je. Isk isk isk.

Al-kisah, pagi tu Cik Iman kena gi kelas sebab markah tak cukup untuk kelas tu. Cik Iman dah bagitau awal-awal dengan lecturer Cik Iman kena balik awal sebab adik Cik Iman nak nikah hari tu. Pas dah bincang pasal assignment dan sign kedatangan, Cik Iman berlari ke kereta. Serious, memang Cik Iman berlari sebab Cik Iman tahu kitorang nak kena hantar banyak barang gi masjid sebelum bawak 'rakyat' (ahli keluarga la tu).

Tengah hari semua barang dan rakyat dah sampai masjid kecuali ibunda Cik Iman, nenek Cik Iman, Iman Jr dan pengantin. Entah kenapa wali/MC (a.k.a adik lelaki Cik Iman) kitorang suh beli pinggan plastik dengan senduk takut tak cukup. Cik Iman pun gi la beli tapi sampai ke sudah tak pakai. Hampes.

Pengantin sampai dalam kul 2.15pm, padahal keluarga belah lelaki dah sampai lama dah, dok lepak dalam masjid. Resah gak menunggu minah nie sampai tapi sebab diorang bawak nenek Cik Iman yang lumpuh separuh badan, memang paham la kenapa lewat.


Tak banyak gambar yang Cik Iman tangkap sebab sibuk layan tetamu. Gambar lain semua kat kamera girl dan kamera guy kitorang.

Nampak je tenang minah nie tapi sebenarnya bapak nervous. Nak masuk dewan masjid pun kena tunggu orang ramai masuk sekali. Time tok imam baca apa entah, dia dok pegang tangan Cik Iman. Memang sejuk beku tangan dia masa tu. Ice ice baby. Gila gelisah kau. Ye, Cik Iman paham. Cik Iman pernah lalui semua tu ekeke. Baru kau tahu kan.


Dari kiri: Pengantin lelaki (jubah putih), laki baju kuning tu tak tau sape, baju merah tu wali kitorang, kamera girl tu sepupu kitorang, dan baju biru tu adik kepada kamera girl, sepatutnya dia kamera guy kitorang tapi tetiba lak jadi saksi nikah wakakakaa. Sabo je la~


Dengan sekali lafaz, sah jadi suami isteri. Malu-malu dua orang nie. Cik Iman paham. Cik Iman pun pernah lalui semua tu wakaka. Yes, finally ada adik ipar ekeke Muka je tenang tapi serious cakap, diorang nervous kot.


Nie la wali/MC kitorang hari nie. Nie gambar selepas habis tetamu semua makan. Dia lak dok layan tetamu dan bagi doorgift. Habis semua, baru leh makan agaga. Sedihnya la.


Nie lak pengantin hari tu. Yang nie sibuk gak layan tetamu dengan si suami. Ke hulu hilir dok cakap terima kasih sebab datang. Macam tak penat.


Tapi kalau bab amik gambar, tetap nombor satu.

Iman Jr tu sebenarnya mamai lagi tu. Nasib baik je kamera sempat amik gambar time mata dia terbukak besar. Dia start menangis time akad nikah tengah berlangsung, entah berapa kali Cik Iman dengan mak sedara Cik Iman keluar untuk tenangkan dia, last-last ibunda Cik Iman take over jaga Iman Jr.

Apa-apapun, selamat pengantin baru kepada adik Cik Iman yang comel terlajak nie~ Moga tahun depan dapat le sepupu sorang bagi kat Iman Jr wekeke

-------------------------

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...