Showing posts with label keluarga Cik Iman. Show all posts
Showing posts with label keluarga Cik Iman. Show all posts

Wednesday, December 17, 2014

Kakak VS Adik

Ibunda Cik Iman pernah cakap masa kitorang kecik dulu, Cik Iman suka rampas mainan adik perempuan Cik Iman tiap kali tengah main, pastu mula la minah nie nangis kuat-kuat, ngadu kat ibunda. Cik Iman lak memang kejenya merampas barang adik, tak nak mengalah (wekekeke) memang bergaduh la nak kan mainan tu. Riuh satu rumah.


Dua-dua dah kawen dah huhu, sorang tu mak orang, sorang lagi tu on the way 
nak jadi mak orang ekeke

Memang tipu la cakap kitorang dah berenti bergaduh bila kitorang besar. Tak sah tak gaduh, pasal benda kecik pun nak bergaduh, bertekak. Tapi disebabkan kitorang selalu bergaduh la kitorang lebih rapat sebab tahu apa yang masing-masing suka dan tak suka. Bergaduh tu la cara kitorang tunjukkan kasih sayang. Ye la, dia sorang la satu-satunya adik perempuan Cik Iman. Yang lain lelaki.

Kalau ikutkan, sebenarnya dia lagi matang walaupun dia lagi muda dari Cik Iman. Cik Iman nie perangai macam budak sikit walaupun dah beranakkan Iman Jr. Cik Iman jiwa muda, nak buat macam mana. Ada orang cakap diorang ingat Cik Iman nie adik pada adik Cik Iman padahal Cik Iman nie anak sulung. Memang nampak sangat kot perangai kebudak-budakan Cik Iman nie hahaaha Mengada tol Cik Iman.

Tapi Cik Iman tahu kitorang saling perlukan sesama sendiri. Contoh minah nie semacam ada fobia nak lintas jalan. Tak tau la kenapa. Nampak kereta melintas je jerit. So setiap kali dia nak lintas jalan, dia akan pegang tangan Cik Iman dan suh Cik Iman lead the way.

Kali terakhir Cik Iman bagi sokongan pada adik Cik Iman yang sorang nie masa time nak nikah hari tu. Nervous yang terlampau. Dok sapu-sapu tangan dia yang sejuk kat tangan Cik Iman. Serious sejuk. Tu baru nikah, belum lagi nak bersalin. Lagi seksa. Sekarang dah pegang tangan suami, tak perlu dah kot dia mintak bantuan Cik Iman nak lintas jalan kan. Sedih tak.

Jauh lagi perjalanan kita berdua, wahai adik. Baru nak bina keluarga sendiri. Kita betul-betul mentah tapi Cik Iman tahu kita akan saling bergantung bila kita perlukannya.

Sayang kau ketat-ketat.

p.s: Bagi la sepupu kat Iman Jr cepat-cepat ekekee

------------------------

Tuesday, December 2, 2014

Krik Krik Krik

Kali terakhir rumah kitorang bising dengan suara anak-anak masa adik beradik Cik Iman kecik dulu. Bangun pagi gi sekolah, berebut nak masuk bilik air, gosok baju last minit (kadang-kadang arwah Abah tolong gosokkan sambil suruh kitorang siap benda lain macam mandi dan makan), main game kat komputer lama kitorang, main PS1 (otai tau), main gelongsor, main buaian, tunggang basikal 2 orang dari bukit kecik sampai terjatuh dan luka badan, kena kejar anjing. Semua kitorang dah buat. Semua kitorang dah lalui. 

Keadaan jadi agak sunyi sejak adik beradik Cik Iman sambung belajar kat tempat yang berbeza selepas amik SPM. Berjauhan masing-masing. Sorang kat hujung negara, sorang kat tengah negara, sorang kat situ, sorang kat sana. Masing-masing buat keje sendiri. Bertambah sunyi lagi selepas arwah Abah meninggal. Semacam tak lengkap rasanya masa tu. Kosong sungguh hati kitorang masa tu. 

Tetiba datang minah nie. 


Uik omma kutuk kitew ke?

Budak nie masa mula-mula sampai kat rumah kitorang, dia suka betul bangun 2,3 pagi time orang tengah nyenyak tido. Dok perintah satu rumah bangun. Pastu tak nak tido balik. Dalam satu jam gak ler kena nyanyi dan selawat macam-macam (nak suh kitorang qiamullail kot, ye la nak ingatkan orang suh banyakkan ibadat). Banyak kali gak kitorang rasa tension sebab kitorang ngantuk pastu dia nak stay up lak. Time siang dia tido pulun-pulun. Bergilir gak dengan family nak jaga dia kalau tak cukup tido, sakit kepala ke apa. Pastu tension lak sebab dia taknak direct feed. Belum ada breastpump sebab jahil sangat time tu. Basah lencun baju tiap malam. 

Tapi entah kenapa rasa macam bahagia sangat bila dia ada. Kitorang ada masalah setinggi gunung pun, bila tengok mata terbeliak dia, langsung tak rasa stress. Dia nangis kuat-kuat pun tak stress. Lagi kita gelak ada la (tapi of course kena tenangkan dia, stopkan dia dari menangis, kang sawan lak)

Tadi ibunda Cik Iman bawak budak nie gi nursery. Tetiba macam awkward pulak rumah kitorang. Betul-betul rasa macam masa arwah Abah meninggal dulu. Dah biasa dengar dia merengek, menangis, dok AAA UUUU AAWW EWWW, tetiba sunyi sepi. Adik Cik Iman nak masak pun rasa semacam tak kena tak de budak nie. Rasa tak tenang langsung. Padahal bila kita riuh rendah, otak serabut macam wayar charger bergumpal. 


Malu la kitew omma ekeke

Dari hari dia hanya tahu cakap "eh" sampai la keluar bahasa German, bahasa Korea, bahasa Spanish, bahasa Arab, bahasa Inggeris, bahasa AAA AAUUWWW EWWWW OOOOOHHHH dia, dair hari dia hanya leh angkat tangan sahaja sampai ke tahap leh angkat kepala, angkat kaki, angkat punggung,  dari tak tau nak buat dengan jari sampai la dia gi makan jarinya sendiri, semuanya dah kitorang tengok. Betapa cepatnya masa berlalu. Betapa lajunya dia belajar untuk kenal ahli keluarga kami. Siapa kami untuk dia. Dari otak yang kosong sampai la diisi dengan kenangan dan pengetahuan. 

Agaknya tu sebab kot orang cakap bayi baru lahir nie datang dari syurga, bau pun dari syurga. Rasa tenang sangat bila dia ada. Arwah Abah pun tak nak kitorang bersedih lama-lama. Ada hikmah kot Allah hantar budak kecik nie kat dalam rumah kitorang yang dah lama menyepi. 

Syukur ini untukMu, Ya Allah.

--------------------------------------

Thursday, November 20, 2014

Proses Mengambil Gambar

Apa dua benda yang susah nak diambil gambar? Kalau ambil pun, tak cantik dan kena ulang banyak kali?

  1. Binatang.
  2. Bayi

Tipu kalau Cik Iman cakap Cik Iman amik gambar sekali je gambar dah cantik. Dalam phone Cik Iman paling koman mesti ada 100 keping gambar Iman Jr pada waktu yang sama sebab dia asyik gerak sana, gerak sini. Memang tak leh dok diam. Dalam 100 tu, ada la 2 atau 3 keping yang Cik Iman rasa Instagram/Facebook worthy. 

Semalam Cik Iman pakaikan tudung kat Iman Jr, nak tunjuk kat nenek Cik Iman. Tetiba nenek Cik Iman suh pakaikan tudung kat dia sebab nak amik gambar dengan Iman Jr. Cik Iman pun amik la tudung yang paling dekat bagi kat nenek dan letak Iman Jr kat tangan nenek. Sesi fotografi pun bermula.


Nenek dah posing baik punya. Tapi Iman Jr gi pusing kat tempat lain lak. 


Nie pasal apa pun tak tau la.


Kan dah cakap dia tak leh dok diam. Dok angkat punggung dia nie. 
Pastu tendang-tendang kaki. Torbaik.


Huk aloh nok nangis pulok.


Dalam banyak-banyak gambar, nie je yang paling best sebab dua-dua senyum.

Agak-agak macam mana la orang yang keje kat kedai gambar layan budak-budak kecik nie time photoshoot? Mesti penat kan. Sabo je la~

-------------------------------

Wednesday, October 29, 2014

Rindu Seorang Omma

Note: Omma tu maksudnya mak dalam bahasa Korea. Sesaje je. 

Hari nie hari pertama Cik Iman terpaksa lepaskan Iman Jr untuk dihantar ke nursery kat sekolah ibunda Cik Iman sebab Cik Iman tak leh fokus pada final projek bila budak kecik tu ada.Final projek tak dak progress langsung. 

 Sedih pulak rasa bila kena lambai goodbye kat budak kecik tu tapi demi masa depan kita sekeluarga, terpaksa juga Cik Iman lupakan anak buat sementara waktu. 3-4 bulan je lagi nak abis belajar. Memang kena berkorban gila-gila kali nie. 

Cik Iman bukan apa. Takut bila dia mula-mula berdiri ke, merangkap ke, bercakap ke, Cik Iman tak de masa tu. Nak capture that moment. Ye la, dia dok dengan Cik Iman sejak lahir lagi kot. Susah nak pisah. Masa dia mula-mula cakap oh ah oh ah eh, Cik Iman ada. Masa kaki dia kuat sampai dia leh tolak badan dia gi ke tepi katil, Cik Iman ada masa tu. Semuanya time Cik Iman ada. 

Tapi apakan daya. 


Unimom Mezzo yang setia menemani (ceh) Silicone massager dengan shield cover tak pakai sebab malas nak basuh parts banyak-banyak wekekeke

Tapi senang la nak pumping bila dia tak de ekeke. Kalau tak, kena stop halfway sebab dok menangis nak orang pegang. Balik rumah nanti Iman Jr hisap susu je. Senang. Harapnya dia dapat bersosial dengan anak-anak cikgu lain kat nursery tu. Kononnya nak cari kawan sebaya la tu. 

Iman Jr: Eh ah oohhh ahh ahhh
Kawan: Ohhh ahhh eh eh eeehh
Iman Jr: Aaaaaaa
Kawan: Oooooooo
Iman Jr: Uweeekkkk
Kawan: Uweeeekkkkkkkk

Lebih kurang macam tu la kot perbualan diorang kat nursery tu. 

--------------------------------

Tuesday, October 14, 2014

Lelaki Berlari

Hari raya korban hari tu, sedara-mara datang mengejut singgah rumah Cik Iman. Mak sedara Cik Iman nie pi la ketuk pintu depan, bagi salam sume, tak de orang jawab. Dia pi tanya jiran mana semua orang, jiran kata kitorang ada je, tak kuar-kuar pas gi semayang raya pagi tu. Mak sedara Cik Iman pi ke pintu belakang, ketuk pintu sliding pun tak de orang jawab, tapi bunyi TV ada je. Dia tak give up, dia pegi la ketuk tingkap bilik, kebetulan Cik Iman ada kat dalam tu dengan Iman Jr. Nasib baik Cik Iman tak tido masa tu, kalau tak naya ahaha.


Aik apa kena mengena Running Man dengan Raya Haji lak nie, Cik Iman? 

Kitorang pun bukak pintu dan bawak masuk semua sedara mara ke ruang tamu. Mak sedara Cik Iman nie pantang nampak baby, dia terus gi amik Iman Jr. Dodoi segala benda. Kebetulan Running Man tengah main kat TV masa nie.

Sepupu: Sape tengok citer nie?
Cik Iman: Entah. Bukan kamu ke yang tengok tadi? (Cik Iman dari dapur)
Sepupu: Tak minat la citer Korea.
Cik Iman: Aish, takkan tak penah tengok Running Man kot.
Sepupu: Apa tu?
Cik Iman: Eh, citer paling popular nie, takkan tak tahu kot?
Sepupu: Tak tau. Memang tak minat la.
Cik Iman: Pergh rugi la tak layan natang nie.
Sepupu: Diorang buat apa dalam citer nie?
Cik Iman: Main kejar-kejar. Satu team gi kejar team yang satu lagi pastu amik nametag diorang.
Sepupu: Ooo ... Sape diorang nie?
Cik Iman: Penyanyi ada, pelawak ada, semua la.
Sepupu: Patut la popular. Minat ae show Korea nie?
Cik Iman: Aaa, minat sesangat. Semua drama, game show, boy band, girl band tahu.
Mak sedara: Patut la anak kamu muka macam orang Korea.


Gee Gee Gee Gee Baby Baby Baby Baby~

Perli ka mak sedara Cik Iman nie. Doa kot. Ye laa, orang Korea kan putih melepak. Tu kot maksud dia. Amiiinnn.

-----------------------------------------

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...