Showing posts with label arts and crafts. Show all posts
Showing posts with label arts and crafts. Show all posts

Tuesday, December 2, 2014

Jam Kain

Cik Iman jenis tak suka pakai jam tangan sebab tangan Cik Iman cepat berpeluh, tau je la dah kena permukaan besi jam tu, mesti basah. Rimas ae. Bukan tak pernah pakai sarung tangan tapi kadang-kadang hilang gak sarung tangan tu sekali dengan stoking agagaga. So apa yang Cik Iman buat, kebetulan satu hari tu Cik Iman terjumpa DIY kat mana entah, gantikan bahagian strap tu dengan kain. Senang je. Boleh korang tukar-tukar gaya, tak de la asyik pakai jam tangan sama je. Bosan ae.

Tapi kalau korang sayang jam korang, tak payah la baca post nie ye. Sakit mata kang.

Mula-mula mesti la korang kena ada jam kan. DIY nie takkan jadi dengan jam Rolex atau strap yang diperbuat daripada material yang tak leh dipotong langsung. Kalau getah macam kat bawah nie, yes, boleh. Jam RM10 je pun. Ekekeke.


Pisahkan strap dari tempat bersambung dengan badan jam.


Nie rupanya bila dah dipisahkan.


Apalagi, masukkan tali kat ruang kecik tu. Pastikan material tali licin dan nipis. Kalau tebal dan permukaan kasar sangat, tak leh masuk.


Buat satu loop macam gambar kat atas.


Dah siap! Senang je kan?


Nie cara Cik Iman pakai jam tangan. Sangkutkan tali yang part panjang tu kat loop yang kita buat tadi pastu tarik.


Lebihan tu korang pusingkan kat pergelangan tangan dan masukkan hujung tali kat dalam ataupun ikat kalau korang rajin. Nak lebih rajin, buat la apa-apa ikatan kreatif ikut citarasa korang. Cik Iman jenis nak cepat je ekekeke


Tali nie sebenarnya tali seluar pajama tapi dah terkeluar dari seluar. Daripada dibuang baik Cik Iman guna.


Bukan setakat tali je, kain handkerchief atau kain perca pun korang leh guna. Tapi pastikan material kain tu nipis dan licin. Baru leh masukkan dalam lubang tu. Kalau tak, leh tersangkut. Rosak kain nanti.


Nie rupanya kat bahagian belakang jam.


Macam guna tali tadi, pusingkan kat pergelangan tangan dan masukkan hujung kain kat dalam. Siap! Insya-allah leh serap peluh tak bagi banjir rumah.

Dah boleh bergaya kat IOI City Mall dah jeng jeng jeng poyo nak gi IOI City Mall omma Iman Jr nie

---------------------------

Sunday, November 16, 2014

Anak Bulus Crochet 2

Hari tu Cik Iman ada cerita pasal kawan Cik Iman sorang nie yang buat accesory crochet yang terlajak comel. Boleh rujuk post nie kalau rajin la kan agaga. Masa buat post tu, Cik Iman baru order, belum siap lagi barang. Sekarang dah siap barang, dah bayar sume, meh Cik Iman tunjuk kat korang. 


Keychain kucing nie sebenarnya nak bagi kat adik Cik Iman yang nak nikah bulan depan tapi Cik Liana cakap kalau beli lebih sikit, postage free. So apa lagi, sambar lagi satu keychain kucing lain untuk adik sebab Cik Iman suka keychain kucing yang telinga pink nie (buruk siku sungguh Cik Iman nie)


Keychain kucing beli dari Cik Liana. Keychain "Diabetic" tu hadiah dari best friend Cik Iman a.k.a kakak Cik Liana sendiri. Apasal tulis Diabetic? Nak bagitau satu dunia la kita ada diabetes. Tu je la kot. Mana tahu Cik Iman tiba-tiba pengsan ke, tolong la bawak hospital ek. 


Credit gambar: Cik Liana

Cik Iman order topi baby warna putih tu dengan bow biru, heart warna merah dan bunga kuning, nak jadikan hiasan atas topi tu. 


Tapi Cik Iman pakaikan pin tu sendiri sebab masa Cik Iman mintak Cik Liana pakaikan pin, dia dah bungkus cantik gini haa. Tapi tak kisah la kan, boleh buat sendiri pun. Pin kat rumah banyak je.


Gambar casing phone Cik Iman sebelum dibling-blingkan. Sekarang kucing Reno tu jadi peneman casing phone. 


Setiap pembelian Cik Liana akan sertakan ayat-ayat al-Quran sebagai peringatan untuk kehidupan korang. 


Accessory yang bakal jadi pin tak lama lagi.


Ada citer pasal topi nie. Kakaknya Cik Liana hari tu datang ziarah Iman Jr (sebab nak gomol dia macam kucing) sambil bawakan barang-barang order nie. Sekali pakaikan topi tak muat lak pala dia. Iman Jr dah jerit semacam dah. Kena la bawak balik kat Cik Liana selepas diukur saiz kepala Iman Jr. Cik Liana hantar pakai pos laju dan nasib baik la muat kaw-kaw.


Nie dia keychain kucing untuk adik Cik Iman. Beli yang putih sebab sinonim la putih dengan pengantin baru kan? Kan? Kan?


Dan Cik Liana takkan lupa sertakan ayat-ayat al-Quran bersama setiap pembelian.


Ini dia model tak berbayar Cik Liana (ceh enter frame sungguh budak kecik nie)


Model nie mentang-mentang la tak bayar, free of charge punya perkhidmatan, dia gi golek sana golek sana. Susah nak amik gambar. Dia pike "suka hati la nak golek ke apa, omma dah bagi susu ke belum haaa"


Jelir lidah pulak. Sabo je la omma.


Credit gambar: Cik Liana dan anak patung Mawmot-nya

Patung yang Cik Liana pegang tu dia sendiri yang buat tau, jangan terkejut lak. Banyak lagi anak patung yang di-display kat Instagram Cik Liana. Cekidaut~

Apa-apa pun, Cik Iman boleh dikatakan perkhidmatan Cik Liana sangat da best da bomb da cantek menarek tertarek punya. Selain barang yang sedia siap, dia juga ada perkhidmatan buat barang custom ikut citarasa korang (macam topi baby Iman Jr tu). Kalau ada yang tak betul ke, korang boleh pulangkan balik untuk dibetulkan. 

Baru-baru nie juga Cik Liana buat anak patung comel-tomey untuk diberi kepada anak-anak Syria yang ditempah khas. Best tak.



So apa lagi? Kalau berminat, sila la berasap-asap dengan Cik Liana untuk tempahan atau boleh tengok-tengok barang yang sedia ada di Instagram Cik Liana ye kalau korang nak usha dulu~

-------------------------

Saturday, November 8, 2014

Cara Nak Meriahkan Casing Phone Korang

Cik Iman bosan terlajak sebenarnya dengan casing phone Cik Iman. Tu yang nak menghiaskan lagi benda nie. 

Nie kira macam projek pendidikan seni korang la jugak, cumanya tak de test ke hape yang Cikgu akan uji. Budak umur 4 tahun pun boleh buat (agaknya la)

Mula-mula gi kedai alat tulis dan cari sticker bling-bling nieh. 


Ada macam-macam bentuk, macam-macam warna. Pilih ikut cita rasa korang. Beli berapa banyak yang korang rasa perlu.


Dan juga korang perlukan casing phone yang korang nak hiaskan tu (ye le, takkan nak hias muka korang lak). Pastu start la menghiaskan ikut kreativiti korang. 


Nie Cik Iman punya. Tak nampak professional sangat sebab kotak-kotak tak berapa nak lurus sangat. Hias kat depan je sebab bahagian lain kena lipat so susah la sikit. Bukan tak boleh tapi amik masa la sikit. Sticker nie leh re-adjust balik kalau korang rasa macam design korang tak berapa nak best. Korang dah puas hati, leh la pakai gam UHU supaya design tak tertanggal.


Tapi comel gak kan daripada dok tengok satu warna je ekekek Kelas ko Jah~

------------------------


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...