Antara produk yang dijual adalah keychain-keychain binatang nie. Letak kat phone korang mesti bertambah comel kan. Orang tengok mesti diorang tertanya-tanya kat mana korang beli keychain cantik menarik tertarik nie. Korang sure bangga sebab barang nie one of a kind (ceh) dan tak dijual di kedai biasa. RM6.90 je sebijik kalau beli direct dengan Cik Liana.
Geram tol tengok kucing kiut miut nie. Kalau dah namanya peminat kucing, yang nie jugak la yang Cik Iman dok tengok agagagaga tapi Cik Iman halalkan korang beli dulu sebab Cik Iman leh tempah lagi ekeke (mintak lagi comel punya dari korang weeekkkk)
Untuk yang berambut panjang (lelaki pun boleh, kalau nak la kan ekeke), pengikat rambut nie akan menyerlahkan lagi penampilan korang. Caya la cakap Cik Iman.
Bukan setakat pengikat rambut, pin rambut pun ada. Letak kat rambut anak kecik ke, bayi ke, comel nie. Kalau nak rambut lepas tapi macam nampak kosong je penampilan kosong, leh la pakai pin rambut nie nak serikan lagi rambut korang yang cantik kan kan kan. Seringgit je sejibik. Murah dan berbaloi baloi. Dah la murah, cantik lak tu.
Setiap pembelian korang dengan Cik Liana akan disertakan kad peringatan secara free. Best tak? Dah beli aksesori comel, leh dapat barang free tu, sape tak nak woi. Moga-moga pembelian kita mengingatkan kita untuk lebih kepada Allah swt amin.
Lagi satu, jangan lupa tanya kalau Cik Liana boleh buat barang crochet custom made macam topi telinga kucing untuk Iman Jr nie. Belum siap lagi sebab Cik Iman order benda lain nak jadikan hiasan untuk topi tu. Hiasan pulak leh tukar-tukar, tak de la bosan dok tengok benda sama aje ye tak. Nanti kalau dah siap semua, Cik Iman akan uploadkan gambar Iman Jr pakai topi comel nie. Nantikan!
Kalau korang nak Cik Liana buat barang custom made nie, jangan lupa serta gambar atau reference, senang Cik Liana nak buatkan untuk korang. So apa lagi beli la anak-anak bulus a.k.a keychain dan aksesori yang comel di page Cik Liana kita nie.
Kunjung, jangan tak kunjung woi. Anak-anak bulus sedang menunggu korang untuk bawa ke rumah baru mereka, menemani korang makan, berehat, keje, tido, diorang akan ikut korang ke mana-mana jua.
------------------------------
comel
ReplyDeletevery nice key chain :)
ReplyDeletekiut miut
ReplyDeleteMemang comel sangat²...
ReplyDeletewow....it so cute!!!
ReplyDeletecreative idea....
ReplyDeletep/s: lagi creative kalau tak ada word verification untuk komen
comelnyaaaaa ^ ^
ReplyDeletearghhhh ! melting tengok meow meow tu. Rasa macm nak beli je. Nak usha page dulu ^^
ReplyDelete(http://anies-msletoes.blogspot.com/2014/10/assignment-model-company-sendiri.html)