Showing posts with label smartphone. Show all posts
Showing posts with label smartphone. Show all posts

Thursday, January 1, 2015

Cik Iman Terjatuh Cinta

Orang dok pakat buat entry pasal tahun baru, Cik Iman cakap pasal benda lain pulaks. Sebenarnya dah lama Cik Iman dok pike pasal nie. Dalam beberapa hari la jugak. Angau macam mana entah. Kena sihir ke apa pun tak tau.


Credit gambar: AndroidAuthority

Al-kisah, Cik Iman mengidam Asus Zenfone 6, sampai terbawak ke mimpi. Tadi pun Cik Iman mimpi gi beli benda alah nie kat kedai, mula-mula tu pekedai bagi try test Asus Zenfone 5 (kecik sikit dari yang 6 punya), pastu dia bagi satu fail yang berisi kertas tebal, dia cakap tu la Asus Zenfone 6. Cik Iman cakap kat dia tak nampak macam Asus Zenfone 6 pun. Beria pekedai tu cakap tu Asus Zenfone 6. Bila Cik Iman bangun tido dah 2015 pulak kan. 

Merepek betul mimpi Cik Iman nie.


Credit gambar: HardwareCanucks

Asus Zenfone nie ada tiga saiz skrin dia, 4 inci, 5 inci dan 6 inci. Adik Cik Iman la yang rekomen brand nie sebab adik ipar pun pakai phone nie. Cik Iman berkenan yang besar gedabak tu, yang 6 inci. Bosan tengok phone kecik ekeke


Specifications untuk ketiga-tiga phone

Yang buat Cik Iman tertariknya sebab spec dia bagus tapi harga murah. Sape tak nak? Tapi Cik Iman masih tengah kumpulkan duit dulu ekeke. Mungkin akhir tahun 2015 baru boleh beli kot, kecuali la korang nak belanja, Cik Iman tak kisah wekeke. Lagi Cik Iman suka.


Asus Zenfone 6 belah kiri, Asus Zenfone 5 belah kanan

Credit gambar: HardWareZone

Harap-harap la impian Cik Iman nie tercapai. Amin~
-------------------

Friday, December 5, 2014

Smartphone + Kamera = Hari-Hari Amik Gambar Makanan

Dulu masa Cik Iman amik Degree, Cik Iman rajin amik gambar. Bukan selpie okeh. Nak kata professional, tak de la professional mana tapi memang Cik Iman minat amek gambar. Cik Iman jenis suka kalau gambar tu clear dan detailed. Kalau amik gambar tu bukan sekali je, boleh kata 100 gambar untuk satu scene. Kalau kawan Cik Iman tengah makan bolognese, 100 keping gak la gambar dia tengah makan bolognese. 


Nie la partner-in-crime Cik Iman dulu. Kawan Cik Iman kalau nampak Cik Iman keluarkan kamera nie memang lari lintang pukang diorang sebab diorang mangsa kamera Cik Iman ekeke. Cik Iman ada tulis pasal kamera masa mula-mula beli dulu, tahun 2009 kat sini. Sekarang dah 2014, dah nazak dah kamera tu. Leh bukak tapi gambar dah tak secantik dulu-dulu. 

Memandangkan sekarang nie kita pakai smartphone, Cik Iman ingat nak le cari smartphone yang leh gi blogging dan amek gambar cantik sekaligus. Tak mo dah kamera lain, phone lain. Banyak sangat barang. 

Cik Iman pun google la "best smartphone camera for photography" dan beberapa website rekemen beberapa smartphone yang sesuai dengan keinginan Cik Iman yang lebih-lebih nie. Antara yang terbest sekarang adalah: 


RM2,199



20.7 megapixels
RM2,399


16.9 megapixels
RM2,149


RM1,898


8 megapixels
RM2,399


41 megapixels
RM1,889


13 megapixels
RM1,024



20.7 megapixels
RM1,699

Cik Iman macam berkenan dengan Samsung Galaxy K Zoom nie selepas tengok GoShop kat Astro hari tu. Kalau order kat GoShop, leh dapat harga RM1,599. Tapi tengok la rezeki macam mana. Entah dapat ke tidak. Kot-kot beli benda lain mana tahu kan.

p.s: Bukan tak nak DLSR tapi tahu je la badan perempuan lepas beranak, mana larat nak angkat barang berat. 

Rujukan dari androidpit , ibtimes , techhive dan tomsguide

-----------------------------

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...