8D Aku dah beli kamera sebijik oiii.
Bukan Sony, bukan Olympus dan sewaktu dengannyer (sebab yang tu sumer mahal sangat)
SAMSUNG BEB!
Memula tu nak beli handphone disebabkan Kakwan dah beli handphone. Pastu Mosute kasi ceramah. Dia cakap la aku beli handphone pun nak buat apa jer, hantar SMS, call, basically tu jer la. Daripada aku beli handphone semata-mata nak tangkap gambar, baik aku beli kamera.
So aku pun tukar plan. Beli kamera c: Memang betul gak cakap dia. Macam tak berbaloi la pulak beli handphone semata-mata nak tangkap gambar. Perabih duit ada la.
So kitorang pun gi la Low Yat.
Aku tak target Sony sebab natang tu mahal sangat. Paling murah pun yang 600 ke atas, dah sangat la berkualiti rendah. Berapa megapixel jer kot. Tapi design dia lawa sangat. Ada kaler lak tu.
Kitorang gi la sumer kedai yang ada kamera. Bajet RM500 ja. Ye la, aku kan student, haha.
Kamera nie direkomen oleh first two kedai yang kitorang gi, bezanya yang first pakai bateri biasa dan yang kedua pakai lithium (Boleh charge pakai elektrik).
Yang susahnyer kan, tak de kaler lain, ada hitam jer. Sedih tol. Baru jer berangan nak warna pink. Untuk model Samsung nie jer tak de kaler. Yang lain macam-macam kaler ada, pink, biru, hijau, macam-macam la.
Tapi aku tak beli terus walaupun harga yang ditawar cukup rendah. Sajer nak survey lagi.
Mosute gi beli pendrive. Terkejut dia bila dia dapat tahu harga pendrive naik mendadak.
Aku lak gi tempat aku beli graphic tablet tu balik. Nampaknyer Wacom Bamboo yang baru dah sampai. Kecik la juga natang tu. Pastu aku nampak satu brochure pasal satu tablet (bukan Wacom) yang tak perlu papan macam Wacom, just pakai pen tu letak kat screen laptop.
Laptop jer la, computer tak leh.
Kiranyer korang tak perlu beli Tablet PC. Just beli natang nie dan laptop korang akan bertukar menjadi Tablet PC. Habis citer. Satu note, laptop Sony dan Toshiba tak leh guna natang sebab diorang punyer laptop punyer application lain daripada laptop lain.
Harga dia? RM399. Korang yang tak mampu beli Tablet PC atau Wacom atau mana-mana graphic tablet, korang beli la natang nie.
Memang bagus dan murah, tapi lenguh la tangan sebab kena angkat sentiasa. Tak macam Wacom, letak kat atas meja macam kertas biasa. Tapi ikut preferance orang la. Tak yah la dengar cakap aku.
Nie apasal lak aku gi promote barang lak nie, haha.
So anyway, dah puas gi Low Yat sampai tingkat atas, kitorang gi bawah balik, gi kat kedai yang offer kamera murah tadi.
Pasrah jer la tak de kaler pink. Hitam pun hitam laa ... asalkan leh tangkap gambar.
I'm quite happy with it actually ;) Suka sangat. Cuma aku belum biasa lagi dengan application dia. Tengah belajar la nie, adeh.
Setakat nie kamera nie memang memuaskan hati aku.
Gambar: Okay
Video: Sangat Okay
Sound: Best
:p Murah, tapi best. Tak kisah la jenama Samsung ke, hapa.
lo sukenye dpt hp bru haha.
ReplyDeletewow, camera baru tuh...
ReplyDeletefuh, de pen camtuh eh? hebat, hebat.
kirenye nk lukis kt monitor biase pun bleh la eh?
nice choice!