Showing posts with label super junior. Show all posts
Showing posts with label super junior. Show all posts

Friday, January 16, 2015

Anak Kim Heechul

Eh, jap. Bila masa pulak Kim Heechul kawen? Sungmin je yang kawen kan hari tu. Takkan tetiba ada anak lak. Ke anak nie yang dia rahsiakan dari dunia? Oh tidak!


Heechul Oppa! Sampai hati oppa buat kat Cik Iman cenggini T_T Weh?



Ini dia budak yang dikatakan mempunyai paras rupa yang sama dengan Kim Heechul. Terkejut beruk peminat Kim Heechul bila diorang tengok budak nie. Sape dia nie tetiba?

Nama dia Wen Junhui dari group kpop terbaru yang diberi nama Seventeen yang bakal buat debut pada tahun nie. Tapi betul ke dia anak Kim Heechul?

Okay, kita start dengan tahun Kim Heechul dilahirkan iaitu 1983. Wen JunHui pula dilahirkan pada tahun 1996. So umur budak nie 18 tahun dah. Kim Heechul lak umur 31. So 31 tolak 18 sama dengan 13. Takkan lah Kim Heechul ada anak masa umur 13 dulu? Memang sah lah tak kan.

Lagi satu, tak mungkin budak nie anak Kim Heechul sebab budak nie dilahirkan dan dibesarkan di China. So dia nie Chinese trainee yang bakal buat debut di Korea.

Bikin suspen tol ahahahah

------------------------------

Wednesday, January 7, 2015

Tarikan


Credit gambar: Twitter Eunhyuk kot

Cik Iman pergi ke hospital nak batalkan appointment pembedahan mata nenek Cik Iman sebab 2 hari lepas dia terhentak apa entah lepas jatuh kat dalam tandas. Lepas diberi tarikh appointment yang baru, Cik Iman, Iman Jr dan bonda pergi makan jap kat kafeteria hospital tu. Cicah cekodok dengan kuah kacang serious sedap woo.

Tengah syok makan tu, terdengar kafeteria tu bukak lagu Mamacita dari Super Junior. Cik Iman fikir,

"Aku suka kafeteria nie"

------------------------------------

Saturday, December 13, 2014

Lupa Pulak

Dok sibuk prepare untuk wedding adik Cik Iman esok, terlupa hari nie Lee Sungmin dari kumpulan Super Junior kawen hari nie.

Macam mana la Cik Iman leh lupa. Padahal dok ingat hari-hari. Tetiba lupa. Adik Cik Iman punya pasal la nie. Dok sibuk cari kasut last minit.


Selamat menjadi suami yang terlampau aegyo, Encik Lee Sungmin.

p.s: Tak sangka Sungmin yang kawen dulu, dok ingat sure Leeteuk jadi baby daddy dulu ekekeke

-------------------
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...