Showing posts with label kpop. Show all posts
Showing posts with label kpop. Show all posts

Friday, January 16, 2015

Anak Kim Heechul

Eh, jap. Bila masa pulak Kim Heechul kawen? Sungmin je yang kawen kan hari tu. Takkan tetiba ada anak lak. Ke anak nie yang dia rahsiakan dari dunia? Oh tidak!


Heechul Oppa! Sampai hati oppa buat kat Cik Iman cenggini T_T Weh?



Ini dia budak yang dikatakan mempunyai paras rupa yang sama dengan Kim Heechul. Terkejut beruk peminat Kim Heechul bila diorang tengok budak nie. Sape dia nie tetiba?

Nama dia Wen Junhui dari group kpop terbaru yang diberi nama Seventeen yang bakal buat debut pada tahun nie. Tapi betul ke dia anak Kim Heechul?

Okay, kita start dengan tahun Kim Heechul dilahirkan iaitu 1983. Wen JunHui pula dilahirkan pada tahun 1996. So umur budak nie 18 tahun dah. Kim Heechul lak umur 31. So 31 tolak 18 sama dengan 13. Takkan lah Kim Heechul ada anak masa umur 13 dulu? Memang sah lah tak kan.

Lagi satu, tak mungkin budak nie anak Kim Heechul sebab budak nie dilahirkan dan dibesarkan di China. So dia nie Chinese trainee yang bakal buat debut di Korea.

Bikin suspen tol ahahahah

------------------------------

Sunday, January 11, 2015

Tanggungjawab Seorang Peminat Kpop


Baru tadi Cik Iman ternampak beberapa gambar yang di post di Facebook. Ada satu band Kpop (tak pasti yang mana satu, Cik Iman bukannya kenal semua band, Super Junior je dalam hati ekeke) sedang buat fanmeeting kat Malaysia dan gambar menunjukkan beberapa muslimah bertudung berpelukan dan di-cium di dahi oleh beberapa member band nie. (Cik Iman tak letak gambar sebenar sebab Cik Iman rasa itu akan mengaibkan peminat-peminat nie, tak pasal-pasal Cik Iman tambah saham dosa)

Masya-Allah, begitu senang mereka nie bagi je badan dipeluk, disentuh, dicium macam tu je. Dah la depan khayalak ramai, ye la, fanmeeting kot. Cik Iman nie peminat K-pop gak tapi kalau la Cik Iman jumpa Kim Heechul (Kim Heechul dari Super Junior banyak guna body language dan suka sentuh orang, bukan secara pervert ye) face-to-face, tak denya Cik Iman nak sambut sentuhan dia bagai. Minat memang minat, tapi Cik Iman tahu Cik Iman ada batas. 

Pastu Cik Iman baca komen berapi kat post tu. Memang diorang tambah cili padi kot sebab diorang start cakap pasal "Kpop tu haram" la, "Kpop melalaikan" la, hapa la. Macam muzik lain tak melalaikan kot.

Pada pendapat Cik Iman la kan, kenapa nak salahkan Kpop? Artis belah Korea apa tahu pasal adab tatasusila orang Islam, orang Melayu? Diorang buat apa yang diorang tahu je. Kita nie, peminat-peminat Kpop nie yang patutnya ingat siapa kita. Kita nie muslim, muslimah. Kalau yang disentuh, dipeluk, dicium tu peminat lelaki tak pe la juga, Yang muslimah-muslimah kita nie. Kenapa pakai tudung tapi rela dipegang, disentuh senang-senang macam tu je? Bagi malu peminat muslimah yang lain. Kalau artis tu tak paham, kenapa tak cakap je kat artis tu "I'm a Muslim woman, my religion prohibit me to touch anyone other than my family and my husband". Kalau tahu bahasa Korea lagi bagus.

Paling koman pun, baik jangan gi konsert atau fanmeeting kalau tahu korang lemah bab pegang-memegang nie. Korang kena pukau kot masa jumpa face-to-face dengan artis tu. Gamam. Agaknya artis tu pakai sihir apa la kat korang sampai korang tak leh pikir untuk diri sendiri.

Kita nie muslimah, sayang oi. Jangan sebab korang biarkan badan korang dipegang sana sini, orang Korea label kita "easy" atau "senang nak dapat" ataupun paling kejam pun "murah". K-pop tu K-pop la jugak tapi ingat korang sape.

Sekian bebelan seorang peminat tegar Super Junior  감사합니다 (kamsamnida)~

Update: Group tu B1A4 rupanya. Video diorang peluk-peluk, cium pegang peminat pun dah diupload kat Facebook. Tu pun kalau korang nak tengok la kan. Ada satu Tweet yang cakap member group tu dah tanya dulu peminat-peminat nie "boleh ke sentuh-sentuh nie" (lebih kurang gitu la). Yang Cik Iman herannya macam mana la minah-minah nie leh bagi kebenaran. Dah minat tu cukup la, tak payah nak pegang bagai.

----------------------

Wednesday, January 7, 2015

Tarikan


Credit gambar: Twitter Eunhyuk kot

Cik Iman pergi ke hospital nak batalkan appointment pembedahan mata nenek Cik Iman sebab 2 hari lepas dia terhentak apa entah lepas jatuh kat dalam tandas. Lepas diberi tarikh appointment yang baru, Cik Iman, Iman Jr dan bonda pergi makan jap kat kafeteria hospital tu. Cicah cekodok dengan kuah kacang serious sedap woo.

Tengah syok makan tu, terdengar kafeteria tu bukak lagu Mamacita dari Super Junior. Cik Iman fikir,

"Aku suka kafeteria nie"

------------------------------------

Tuesday, October 14, 2014

Lelaki Berlari

Hari raya korban hari tu, sedara-mara datang mengejut singgah rumah Cik Iman. Mak sedara Cik Iman nie pi la ketuk pintu depan, bagi salam sume, tak de orang jawab. Dia pi tanya jiran mana semua orang, jiran kata kitorang ada je, tak kuar-kuar pas gi semayang raya pagi tu. Mak sedara Cik Iman pi ke pintu belakang, ketuk pintu sliding pun tak de orang jawab, tapi bunyi TV ada je. Dia tak give up, dia pegi la ketuk tingkap bilik, kebetulan Cik Iman ada kat dalam tu dengan Iman Jr. Nasib baik Cik Iman tak tido masa tu, kalau tak naya ahaha.


Aik apa kena mengena Running Man dengan Raya Haji lak nie, Cik Iman? 

Kitorang pun bukak pintu dan bawak masuk semua sedara mara ke ruang tamu. Mak sedara Cik Iman nie pantang nampak baby, dia terus gi amik Iman Jr. Dodoi segala benda. Kebetulan Running Man tengah main kat TV masa nie.

Sepupu: Sape tengok citer nie?
Cik Iman: Entah. Bukan kamu ke yang tengok tadi? (Cik Iman dari dapur)
Sepupu: Tak minat la citer Korea.
Cik Iman: Aish, takkan tak penah tengok Running Man kot.
Sepupu: Apa tu?
Cik Iman: Eh, citer paling popular nie, takkan tak tahu kot?
Sepupu: Tak tau. Memang tak minat la.
Cik Iman: Pergh rugi la tak layan natang nie.
Sepupu: Diorang buat apa dalam citer nie?
Cik Iman: Main kejar-kejar. Satu team gi kejar team yang satu lagi pastu amik nametag diorang.
Sepupu: Ooo ... Sape diorang nie?
Cik Iman: Penyanyi ada, pelawak ada, semua la.
Sepupu: Patut la popular. Minat ae show Korea nie?
Cik Iman: Aaa, minat sesangat. Semua drama, game show, boy band, girl band tahu.
Mak sedara: Patut la anak kamu muka macam orang Korea.


Gee Gee Gee Gee Baby Baby Baby Baby~

Perli ka mak sedara Cik Iman nie. Doa kot. Ye laa, orang Korea kan putih melepak. Tu kot maksud dia. Amiiinnn.

-----------------------------------------

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...