Showing posts with label unimom mezzo. Show all posts
Showing posts with label unimom mezzo. Show all posts

Wednesday, October 29, 2014

Surat Cinta Melayang Buatmu

Ke hadapan pembantu kedai jual barang bayi yang Cik Iman pegi tadi.

Muka Cik Iman nampak macam nak rompak kedai ke? Cik Iman nak tengok-tengok barang dalam kedai pun dok ikut Cik Iman kat belakang apakehal. Tahu la muka Cik Iman nie tak sesuci Siti Nurhaliza (cait nak banding dengan dia buat apa) tapi Cik Iman takkan sesekali curik barang dari kedai (kecuali ada satu kali tu masa kecik dulu, tapi tu masa kecik kot, dah insaf dah pun)

Padahal ramai lagi pelanggan lain kat dalam kedai tu, dok ikut Cik Iman buat apa. Mentang-mentang la Cik Iman tengah pegang spare part valve Unimom Mezzo kat tangan, ingat Cik Iman nak curik ke benda kecik tu. Baju dengan seluar Cik Iman tak de poket pun. Bawak dompet je kot. Takkan nak letak dalam baju dalam kot, seluar dalam kot. Gilo. Cik Iman usha satu kedai tu, dia ikut lagi. Stalker ke hapa.

Nak je Cik Iman cakap "dah la gemuk, pastu pike bukan-bukan pasal pelanggan", tak baik pulak cakap pasal badan orang. Tak de kena-mengena pun. Bak kata orang Inggeris, don't judge a book by it's cover, ceh. Tapi dia pun satu, don't judge Cik Iman by her clothes tau. Tudung labuh, baju labuh, jangan pike ustazah. Tapi pike Cik Iman nie pencuri lagi la salah.

Last-last, tak jadi beli spare part Unimom Mezzo tu sebab macam tak sama. Cik Iman gi beli puting Pigeon dengan botol Fiffy yang ada handle (mula-mula tu nak beli Tommee Tippee punya tapi botol Tommee Tippee yang Cik Iman beli hari tu pun jarang guna so nampak membazir sangat)


Puting botol jenama Pigeon. 3 bijik RM7


Cik Iman beli yang 5oz punya. RM5.90. Beli sebab nak ajar Iman Jr pegang botol (kononnya)

Nak bagi amaran kat pembantu kedai tu. Kalau kamu buat gak benda nie pada pelanggan, kamu ingat ada ke orang nak gi kedai kamu lagi? Pike la sikit. Nak elak kecurian, bukan gitu caranya. Lagi menyebabkan pelanggan rasa tak selesa ada la. Jangan rasa pelik kalau pelanggan tak nak datang kedai dah sebab kamu. 

Lu pike la sendiri.

Note: Selepas kejadian, Cik Iman pegi kedai lain, tak de jual spare part Unimom Mezzo. Adui. Pastu siap-siap nak gi beli Medela Harmony, dah abis stock. Arom. Tapi masa kat kedai tadi macam berminat nak try Lacte Solo. Tapi tak beli sebab tak serasi. Review pasal model nie pun tak banyak lagi. Ades. Duit ada je tapi tak tau nak beli ke tak. 

-----------------------

Rindu Seorang Omma

Note: Omma tu maksudnya mak dalam bahasa Korea. Sesaje je. 

Hari nie hari pertama Cik Iman terpaksa lepaskan Iman Jr untuk dihantar ke nursery kat sekolah ibunda Cik Iman sebab Cik Iman tak leh fokus pada final projek bila budak kecik tu ada.Final projek tak dak progress langsung. 

 Sedih pulak rasa bila kena lambai goodbye kat budak kecik tu tapi demi masa depan kita sekeluarga, terpaksa juga Cik Iman lupakan anak buat sementara waktu. 3-4 bulan je lagi nak abis belajar. Memang kena berkorban gila-gila kali nie. 

Cik Iman bukan apa. Takut bila dia mula-mula berdiri ke, merangkap ke, bercakap ke, Cik Iman tak de masa tu. Nak capture that moment. Ye la, dia dok dengan Cik Iman sejak lahir lagi kot. Susah nak pisah. Masa dia mula-mula cakap oh ah oh ah eh, Cik Iman ada. Masa kaki dia kuat sampai dia leh tolak badan dia gi ke tepi katil, Cik Iman ada masa tu. Semuanya time Cik Iman ada. 

Tapi apakan daya. 


Unimom Mezzo yang setia menemani (ceh) Silicone massager dengan shield cover tak pakai sebab malas nak basuh parts banyak-banyak wekekeke

Tapi senang la nak pumping bila dia tak de ekeke. Kalau tak, kena stop halfway sebab dok menangis nak orang pegang. Balik rumah nanti Iman Jr hisap susu je. Senang. Harapnya dia dapat bersosial dengan anak-anak cikgu lain kat nursery tu. Kononnya nak cari kawan sebaya la tu. 

Iman Jr: Eh ah oohhh ahh ahhh
Kawan: Ohhh ahhh eh eh eeehh
Iman Jr: Aaaaaaa
Kawan: Oooooooo
Iman Jr: Uweeekkkk
Kawan: Uweeeekkkkkkkk

Lebih kurang macam tu la kot perbualan diorang kat nursery tu. 

--------------------------------

Wednesday, October 22, 2014

Problem Unimom Mezzo

Tak tau la nie perasaan Cik Iman je ke.

Tapi Unimom Mezzo yang Cik Iman beli hari tu macam dah tak power sucking dia berbanding masa beli mula-mula dulu. Ganas sangat ke Cik Iman guna natang tu agaga. Padahal baru beli sebulan kot. Siap ada entry lagi. Breast pump manual kan. Dah berketul otot tangan Cik Iman nie haa.


Silicone Diagphram


Valve

Tengok parts dia macam tak masalah. Diaphragm dengan valve tak de pulak koyak mana-mana. Pelik la. Ke baik Cik Iman cuba beli spare part tu pastu tengok sama ke tak. Ke baik beli breast pump lain.

Entah la.

----------------------------

Saturday, September 27, 2014

The One: Unimom Mezzo

Semalam Cik Iman saje-saje la check Facebook Tateh Bangi. Sekali tengok diorang dah restock Unimom Mezzo. Dalam hati Cik Iman melonjak gembira sambil menjerit "Yes! Akhirnya! Unimom Mezzo, come to mama Iman! Mana kau nak lari haaaaa"


Promote plastik Tateh jap, lawa lak design dia ekeke. Cik Iman terus gi ke kedai lepas gi kelas pagi tu. Ingatkan ramai orang dah sampai sana (Unimom Mezzo cepat habis stock kot, takut la habis), sekali Cik Iman dan beberapa orang customer je ada (belum bangun tido kot, hari Sabtu kan). Bila masuk dan tengok tempat display breast pump, tak de brand Unimom Mezzo. Pastu Cik Iman cakap pekerja tu, kat Facebook cakap dah restock, dah habis pulak ke stocknya? Pekerjanya pun pi tanya pekerja lain (Cik Iman agak dia kerja bahagian layan pelanggan dengan cashier je kot, sebab ada sorang lagi macam uruskan stock). Akhirnya dia pun keluarkan kotak Unimom Mezzo. Cantik ah.


Sebelum Cik Iman pembayaran, Cik Iman apply Member Card, mana la tahu kot-kot Cik Iman datang lagi nak beli sana, leh dapat harga member. Harga asal Unimom Mezzo RM118, dan harga member RM99 je. Tapi Cik Iman kena bayar RM10 extra sebab baru apply member card. 



Ini la kotak yang dinanti-nantikan! Cik Iman bukak dan basuh semua parts dan kering sebelum guna. 

Design dia comel sesangat. Putih dengan pink. Botol dia pun comel. Geram Cik Iman. Tengok gambar dalam Internet, macam besar je pump nie. Sekali bila dah beli, alahai comelnya saiz dia. Leh letak dalam beg tangan pun, bawak gi mana-mana. 

Hasilnya, Cik Iman sangat berpuas hati dengan breast pump nie. Tak sakit dan tak lenguh walaupun manual. Yang bestnya, susu keluar lebih cepat berbanding perah pakai tangan. 5 minit dah 3oz. Kalau pakai tangan, 5 minit baru berapa titik. Nak bestnya lagi, sambil pump, boleh buat benda lain, nak menaip dalam laptop ke, nak makan ke, nak pegang buku ke, nak tengok TV ke, sume boleh. Kalau pakai tangan, payah oo nak buat benda lain. Nak dodoi anak pun boleh kot kalau guna pump nie (ada pulak Cik Iman) 

Tangan Cik Iman lak tengah sakit sebab perah guna tangan. Memang tepat pilihan Cik Iman beli nie pada masa yang amat memerlukan. Tangan dah tak sakit. Tarik handle je pun. Mungkin penat sikit sebab kena pegang tapi Cik Iman anggap macam bersenam untuk tangan la kot.


Nie hasilnya dalam satu sesi. Best sesangat. Akhirnya jumpa gak breast pump idaman Cik Iman. Syukur le. 



Tapi (eh ada tapi lak) yang tak bestnya, silicone shield yang bercantum dengan breast shield tu leh pulak masuk susu, Bila masuk susu, jadi tak puas hati lak sebab bazir susu bertakung kat situ. Tapi tak pe la. Yang penting, Cik Iman berpuas hati sesangat beli natang nie dan sangat berbaloi. 

Memang patut pun jenama nie abis stock kat kedai. Ekeke.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...