Sebenarnyer aku takut nak balik asrama lepas apa yang dah jadi kat roommate aku yang sorang tu. Lebih-lebih lagi esok hari Khamis malam Jumaat, lagi la seram. Kang aku yang terkena esok, tak pegi peksa la aku esok. Nak jawab apa kt mak aku nanti.
Aku ada baca satu artikel pasal pontianak nie. Dia kata dia hidu bau mangsa dari jemuran yang disidai di luar dan dia dapat cari mangsa tu dengan bau badan mangsa jer. So bila aku pike balik, aku memang selalu sidai baju kat balkoni asrama tu. Nak-nak lagi bangunan aku yang paling dekat dengan hutan. Patut la ada natang tu keliling kitorang. Hampeh. Dah la baju aku ada lagi kat balkoni tu. Mampos la. Kena la banyak baca doa dengan ayat-ayat al-Quran/yasin. Nie dah tahap fobia dah nie.
Harap-harap la tak de apa-apa yang buruk berlaku.
Tapi kalau difikirkan balik, buat apa nak takut pada makhluk Allah? Kenapa tak takutkan Allah maha pencipta itu sendiri? Pontianak tu pun nak hidup gak sebab tu dia bunuh orang (eiii seram). Dia pun ada area dia sendiri. Aku rasakan, kalau kita tak kacau dia, mungkin dia tak ganggu, macam apa jadi kt roommate aku tu.
Pernah ke keluar berita seorang manusia mati disebabkan makhluk halus? Rasanyer tak pernah. Semuanyer pasal bunuh diri, kena tikam, kena tembak, terjun bangunan, macam-macam la. Kalau ada pun dalam majalah Mastika jer la.
Pelik, sebelum nie aku tak pernah terfikir pasal hidupan lain wujud kat dunia nie selain kucing dan serangga dan yang sewaktu dengannyer. Aku selalu juga baca pasal pontianak, toyol dan sebagainyer tapi tak pernah terfikir akan kemungkinan yang aku akan terserempak dengan menatang nie. Sekali jer la aku rasa aku jumpa, tu pun dia menjelma sebagai housemate aku. Nasib baik aku tak tegur natang tu. Aku buat derk jer.
Redha jer la. Jangan ada makhluk yang menjelma jadi orang biasa karang. Takut weeehhhh.... Tapi kalau dia menjelma jadi benda yang lebih buruk, aku boleh pengsan agaknyer.
Ya Allah, berikanlah aku kekuatan dan keimanan yang teguh terhadapmu untuk menghadapi makhlukMu yang lain yang wujud di dunia yang fana ini. Sesungguhnya aku adalah hambaMu yang amat kerdil dan lemah. Amin Ya Rabbal Alamin.
No comments:
Post a Comment
Meow meow meow?