Tuesday, April 21, 2009

Hitam, Putih dan Pelangi Kehidupan

Aku suka lagu dia jer, orangnyer aku menyampah sangat :p nananana



2 tahun lepas, bulan Julai tahun 2007, sebelum aku masuk IPTS, aku nak sangat cakap kat abah ...

"Kakak nak kerja, abah. Abah dah sakit macam nie, sape nak tanggung pembelajaran kakak nanti? Takkan umi jer yang kena kerja? Kesian dia. Biar la kakak kerja, abah. Kakak nak kerja supaya adik-adik kakak boleh belajar bila diorang masuk universiti"

Masa tu masa awal-awal dia sakit. Sehari sebelum dia terlantar kat atas katil, aku tunjukkan dia satu video pasal orang siam dinikahkan oleh orang Kelantan. Kelakar giler sebab tok kadi cakap lain, yg orang siam tu cakap lain. Abah gelak giler masa tu.

Tapi nasib baik aku tak cakap kat dia macam tu. Aku masuk juga IPTS nie dan sekarang aku dah semester 2 dalam tahun pertama kat sini. Sebelum tu aku masuk tahun asas setahun.

Agaknyer kalo aku cakap kat dia macam tu, memang kena berleter la kat dia dengan umi. Aku tahu sangat diorang. Lagipun, pendidikan nie memang penting. Aku nak gi mana dengan result SPM aku yang tak seberapa nie? Takkan nak jadi cashier kat 7-evelen tu? Sampai aku ada cucu ke hapa? Aku pun tak nak.

Lagipun aku nak tunaikan hasrat arwah. Nak tengok semua anak-anak dia jadi cikgu. Aku masa kecik dulu ia-ia berangan nak jadi fashion designer la, artist la, singer la, hapa la. Ada sekali tu aku nak jadi ustazah pun ada wakakakaka. Tapi sekolah agama tak abis, nak jadi ustazah kebenda. Hampeh tol la aku nie. Jadi cikgu English pun jadi la. Asalkan cikgu.

Dan aku nak pastikan adik-adik aku jadi cikgu gak. Kalo diorang bantah, aku sekeh pala diorang bila aku balik nanti.

Pas abah meninggal, aku hanya ingat satu jer pesanan dia. Yang lain tak ingat ekeke

"Jangan tinggal sembahyang. Satu benda jer yang membezakan seorang Islam dengan seorang kafir iaitu sembahyang. Kakak jangan ikut perangai kawan Kakak yang tak sembahyang"

Masa tu abah hantar aku balik ke IPTS aku, tahun nie juga la rasanyer dia cakap camtu. Tak sangka lak tu la pesanan dia yang terakhir :(

Anyway, aku dapat tahu dari Mosute yang Kakwan dapat tawaran matriks kat Negeri Sembilan. Mula-mula tu Mosute cakap 'kat Kuala Pilah'. Aku fikir jauh la sangat Kuala Pilah tu, macam kt Perlis ke, Kedah ke. Rupanyer Negeri Sembilan. Hampeh. Nie la akibatnyer kalo subjek Geografi fail. Wakakakaka alah sekali jer aku fail. Pastu aku fail Add Math haha (aku lulus masa SPM jer, dapat B3, jangan memain, mak aku cikgu Add Math).

Yang Kakwan pulak bukannyer nak bagitau dia dapat tawaran tu. Asyik-asyik cakap dapat offer IPTS. Bengong la minah tu.

Aku bersyukur ajer la walaupun aku harapkan dia dapat IPTA terus sebab dia dapat 8A untuk SPM dia hari tu tapi tak pe la. Rezeki kat sana. Setahun pas masuk matriks nanti boleh la dia gi IPTA. Harap-harap la dia dapat kat Kuala Lumpur ke, Selangor ke. Senang dia nak balik Kajang. Boleh jumpa dia kat sana kalo aku balik sekali sekali :D Tapi rasanyer Negeri Sembilan tu dah dekat dah dengan Selangor. Tengok la dulu bulan 5 nanti masa nak hantar dia, aku cuti semester so aku nak tengok la sekali, jauh sangat ke tempat tu. Kalo tak jauh, mungkin boleh jenguk-jenguk dia ekeke.

Umi sebenarnyer dah lama nak pindah, dari tahun 2007 masa abah start sakit dulu lagi. Memang aku ingat lagi time tu umi cakap umi nak pindah. Punya la hantar borang pindah sekolah dan sewaktu dengannyer. Pas abah operate and become healthy again, abah cakap kat umi kalo nak pindah gak umi pindah la, biar abah dok JB. Adeh la. Sayang beno JB tu. Kempunan gak umi masa tu.

Skang abah dah takde so umi la buat keputusan. Tapi dia tanya juga anak-anak dia apa pendapat diorang. Beby dengan Kakwan okay ajer. Aku lagi la okay ekeke. Tapi Mat macam tak mo tinggalkan sekolah dia. Ye la, nak amik SPM tahun nie. Beby pun nak amik PMR tahun nie juga. Susah juga kalo ada yg tak setuju. Mungkin kena tunggu diorang abis peksa dulu baru pindah. Tapi aku rasa la baik pindah cepat.

Aku tak sanggup tengok umah tu lagi. Semua benda yang aku tengok, aku terbayangkan abah. Lagi la sebak hati aku padahal selama nie aku kuatkan hati untuk umi dengan adik-adik. Aku dah tak mau menangis setiap kali aku tidur. Aku asyik teringatkan malam masa dia first time pengsan dalam bilik air tu. Aku takut sebenarnyer bila aku first time balik semula ke rumah tu selepas sebulan arwah meninggal. Tapi aku tak mau tunjuk kat sedara dan kawan-kawan aku so most of time aku asyik ketawa jer. Entah lah.

Ada la satu hari tu umi call masa aku kt IPTS tu tanya "Kakak nak pindah kt KL ke, Kelantan?" Aku cakap mana-mana pun boleh, tapi aku cakap lagi kt dia baik pindah ke Kelantan. Umi kan nak ketenangan. Kalo pindah KL, same jer macam dok JB. Umi boleh pulak cakap "macam mana kalo adik-adik sume masuk universiti nanti kat KL? Kan dah susah umi nak jenguk" Lor, dia boleh pulak pike macam tu. Mosute kan ada, apa susah. Pastu dia cakap, pas aku graduate kang dia pun graduate, dah dapat keje sumer, kang pindah ke Kelantan karang, saper nak tengok-tengokkan anak umi. Berpikiran jauh la pulak dia nie ekeke. Tak kisah la umi nak gi mana pun, asalkan umi bahagia.

Kenapa aku rasa aku dah ada banyak kasut kt asrama aku tapi sumer tak sesuai untuk bawak jalan-jalan? Mungkin masa beli tu ingat nak beli untuk kelas jer adeh la. Serious, tak de selipar yang sesuai. Ada la satu tu tapi roommate aku yang bengong tu pakai selipar tu pastu dia pi seret pulak selipar tu. Jadi licin la tapak dia, aku pakai kat tempat licin memang tak leh nak berdiri betul. Sial la minah tu. Bukannyer nak ganti balik selipar tu. Ingat free ke. Gurau je.

Cakap pasal roommate sorang nie, teringat pulak yang dia terjumpa pontianak kt living room asrama kitorang. Padahal beberapa minit sebelum tu aku kt living room tu baca Mastika dia. Aku suruh la dia keluar sebab dia tengah syok gayut kt phone dia, aku pulak mengantuk giler malam tu, al-maklum, 2-3 pagi masa tu. So dia pun tutup lampu dan keluar dan sambung balik conversation dia tadi. Aku dapat tahu dia jumpa pontianak tu pagi esoknyer. Aku dari luar memang nampak tenang padahal hati Allah ajer yang tahu. Sejak hari tu, aku takut nak stay up sampai 3 pagi, takut aku pun terjumpa pontianak gak. Padahal bukan aku yang jumpa natang tu. Adeh. Dulu aku tak penah takut. Nie minah tu punyer pasal la aku takut. Bengong tol la.

Anyway, kita change topic balik. (Perasan tak aku asyik tukar-tukar topik) Tipis sangat peluang Kakwan nak jadi cikgu Ekonomi atau Matematik (kalo tak mesti dah lama aku jadi cikgu Matematik ye tak), so best opsyen dia kena amik la bahasa ke, hapa. Subjek yang cikgu-cikgu sekarang susah nak ajar. Nak amik Ekonomi dengan Matematik boleh jer, tapi banyak sangat persaingan dengan orang lain lak. Takut gak aku dengan keputusan yang dia nak buat nanti. Kang salah pilih, jadi macam Mosute pulak.

Ya Allah, ampunilah segala dosaku, ibuku, adik-adikku, sedara-maraku dan rakan-rakanku yang dikasihi sekalian. Ya Allah, berikanlah kami kekuatan untuk menghadapi cabaran dan dugaan yang bakal datang dan berikanlah kami kesabaran dan keyakinan untuk menghadapinya. Ya Allah, murahkanlah rezeki kami, panjangkan umur kami dan tempatkanlah Abah bersama orang-orang soleh lagi beriman. Amin Ya Rabbal Alamin.

Sekian sahaja leteran mengarut saya yang entah hapa-hapa untuk hari nie. Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment

Meow meow meow?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...