Sunday, June 14, 2009
Jauhnyer Berjalan
Hari Khamis ari tu aku ingat nak balik Kajang memandangkan kat hostel aku dah tak de orang. Kang aku kena sampuk ke hapa, naya aku. Lagipun Mosute nak balik JB sebab ada kelas kat UTM sana. Kak Ayu pun nak ikut. Ingat nak settle MUET punyer pendaftaran sekali.
So hari Khamis tu, lepas kelas, aku gi cucuk duit. Ye la. Takkan nak bayar tambang bas dengan daun. Nak kena lempang dengan pak cik Tamil tu ke. Ekekeke. Ti dengan Farah dah gi dulu. Aku balik asrama pas amik duit, beli makanan and everything. Pas makan, aku tido jap. Sebenarnyer dah malas nak bangun tu tapi aku kuatkan juga semangat nak kuar hostel. Pukul 5.30 petang, aku naik bas. Tapi kena berdiri sebab dah ramai orang.
Aku terkejut amat sangat. Apasal? Tambang bas naik daa. Bangang tol. Nasib baik aku dah cucuk duit. Kalo tak, menangis gak aku kat dalam bas tu. Bukan seposen, dua posen. Seringgit, dua ringgit beb. Pergh. Kalo bas biasa pun dah naik harga, mesti bas ekspress pun akan naik harga raya tahun nie. Alamak. Umi, Umi memang kena pindah Kajang la, Umi. Tak sanggup weh.
Aku naik bas tu dengan Kak Syam, housemate aku, yang kebetulan ada kat situ.
Bas tu tak lalu jalan kampung biasa sebab nak elak dari ambik orang kampung on the way. Lagi cepat sampai ye tak.
Pas beli tiket KTM dan I was on the bridge, aku nampak KTM tu datang so aku lari dengan sekuat hati, takut tak sempat sampai. Tapi aku yang sampai dulu kat landasan tu sebelum kereta api tu haha. Buat penat jer. Tapi macam ada perasaan yang best masa lari tadi. Entah la. Aku tak tau nak describe macam mana.
Aku sampai Kajang dalam pukul 8 malam. Terpaksa la aku naik motor Pak Su sebab Mosute ada kat opis sampai pukul 11. So dengan beraninyer aku capai helmet dan pakai natang tu dan naik motor Pak Su. Aku paling benci naik motor sebab biler motor tu bergerak, aku rasa macam nak jatuh. Nak-nak lak kalo orang yang boncengnyer ialah pak sedara aku yang sorang nie. Memang giler.
Aku dok Kajang sampai hari Sabtu. Subuh hari Sabtu tu, Mosute, Kak Ayu dengan aku bertolak ke Johor Bahru. Kenapa awal sangat? Sebab kelas Mosute pukul 2 petang so kena la cepat. Masalahnyer, driver bule pulak tido half way haha.
Sampai jer JB tengah hari tu, Mosute drive ke JJ (Jaya Jusco la) , nak cucuk duit and beli cake yang aku promise kat Kakwan. Black Forest beb. Jangan memain.
Sorry la gambar berkualiti hampeh XD ada la juga gambar nak tunjuk ye tak.
Mosute yang bayarkan sebab aku dah bayarkan tol untuk dia sebab dia tak de duit sebelum tu. Kira adil la tu kan. Balik umah, Mosute suruh Kakwan potong terus sebab dia nak tido sebelum gi kelas petang tu.
Aku suh Kakwan rasmikan dengan memotong kek tu first. Pastu kitorang serbu kek tu macam dah 10 hari tak makan. Aku, Kakwan, Mat, Beby, Kak Ayu dengan Mosute dapat. Umi dah kenyang sangat sebab dia dah makan benda lain. Tok Mi lak, takkan nak kasi dia makan kek lak. Gilo.
Esoknyer, aku kena balik kolej sebab aku ada kelas pagi esok. Umi belikan tiket bas malam semalam, MaraLinear. Bas pukul 9 pagi Ahad. Aku sampai Puduraya dalam pukul 1 petang, dah nak dekat Zuhur dah masa tu. So aku ingat nak merayau jap ke Masjid Jamek. Cadangnyer nak belik kasut plastik yang aku suka tu tapi abang punyer kedai tak bukak la pulak. Mungkin sebab hari nie hari Ahad kot. Pas tu aku macam perasan beg tangan yang dijual kat sana lagi cantik daripada yang kali terakhir aku datang situ. Adeh. Godaan tol.
In the end, aku beli sarung tangan dengan topi. Akhirnyer dapat juga aku beli sarung tangan ngeh ngeh ngeh tapi kempunan tak dapat beli kasut tu.
And rugi juga aku tak dapat jumpa kawan Internet sorang nie. Tak pe la. Lain kali leh jumpa minah tu ;)
Aku balik kolej dalam pukul 4 lebih gitu. Heran. Tak de orang langsung. Aku yang paling awal sampai kat dalam umah tu. Yang aku bertambah herannyer, 2 cupcake yang aku nampak kat atas meja makan kat living room hari Khamis hari tu masih ada kat sana. Eh, takkan pontianak yang kasi lak.
Pas aku, Lisa, roommate aku pulak yang sampai. Dia ajak aku kemas umah. Aku pun bukannyer buat keje sangat so aku pun tolong dia. Sapu, mop, buang sampah. Bertuah ada roommate macam nie X) Berkilat satu umah! Bangga aku hehehe.
Dalam sibuk menyapu, Kak Ros balik dari Johor. Kak Syam balik esok sebab dia tak de kelas. Kak Ros belikan air batu yea yeah. Memang cuaca panas gamat skang nie. Thank you, bebeh 8D
Sekali aku lupa nak daftar MUET daa ....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Meow meow meow?