Aku terserempak dengan Pika, housemate aku masa foundation year dulu, kat dalam bas, on the way nak balik Kajang hari Jumaat hari tu selepas kelas. Aduh, entah biler entah kali terakhir aku jumpa dia. Semester lepas kot. Still dapat asrama lama, blok F1.
Kita orang exchange perkembangan terbaru masing-masing. Aku cakap la ayah aku meninggal bulan tiga hari tu. Aku cakap mintak maaf sebab tak bagitau awal-awal.
Pastu dia bagitau something yang betul-betul aku tak sangka.
Minah tu kena sakit appendix. Dah operate dah pun semester lepas. Tak dapat amik paper sebab kena bedah cepat. Dia gi Hospital Sungai Buloh untuk pembedahan tu. Dia cakap dia perasan macam ada sesuatu yang tak kena biler ada rasa sakit kat pinggang dia, pastu dia start muntah-muntah.
Ya Allah. Minah nie muda lagi. Sebaya aku jer, 20 tahun. Tapi dah kena sakit.
Pastu aku pike, Ya Allah, aku bersyukur sangat aku tak menghidap penyakit yang teruk. Allah betul-betul sayang kat aku :) Ditambah lagi, aku memang tak suka makan benda-benda yang panas.
Tu citer pasal Pika.
Skang aku nak citer pasal sorang kawan aku yang lain lak. Kawan internet la, tapi kira macam adik angkat la juga.
Aku terima SMS dari dia sementara menunggu waktu berbuka puasa hari yang ke-dua. Dia cakap dia kena rompak. Aku dah mula pike macam-macam dah masa tu. Cedera ke? Masuk hospital ke? Ada sesaper mati ke? Risau pulak aku.
Belum habis baca SMS tu lagi haha
Dia cakap la laptop, graphic tablet dengan Ipod dia kena curi, ikut tingkap. Ini mesti kes letak beg laptop atas meja yang dekat dengan tingkap pastu tingkap tu tak tutup. Tu la, careless lagi. Mahal woo, laptop dia mungkin dalam RM2,000, campur Ipod tu mungkin dalam RM600 pastu campur lagi graphic tablet tu dalam RM700 … amboih.
Rugi dalam RM3,300 tuh. Adoi. Dah la minah nie masih sekolah lagi. Apa la yang dia cakap kat parents dia nanti.
Menangis budak tu. Dah la first day puasa masa tu. Kesian, memang la kesian tapi dah nasib. Allah tengah uji dia kot.
Adeh, aku memang la senang cakap “sabar, sabar”. Agaknya kalau aku yang kena, macam mana? Meraung kot. Masuk Tanjung Rambutan dah aku masa tu.
Aku pulak sangat bergantung pada laptop dengan graphic tablet aku. Pergh. Tak leh jadi nie. Memang kena berhati-hati skang. Tak mo kena macam kawan aku yang sorang lagi tu. Letak laptop atas meja dalam asrama, pastu gi exam. Balik jer exam, hilang. Housemate sorang pun tak ngaku. Tensionnyer.
Sadis. Sabar jer la.
Berita terbaru pulak, aku baru sampai asrama hari ni, dalam tengah hari gitu la. Pastu aku tengok katil roommate Kak Nad dah tak de cadar. Bantal pun tak de, almari pulak kosong. Aku tanya la apa jadi kat roommate baru dia. Dia cakap pagi tadi dia blah macam tu jer. Misteri betul akak tu. Tak sempat nak berkenalan pun.
No comments:
Post a Comment
Meow meow meow?