Tuesday, September 15, 2009

Buang Sampah

Sampah kat dapur hostel aku dah bertimbun. Ulat-ulat kuning putih merayau dalam plastik besar tu macam manusia merayau kat MidValley.

Eeeiii ....

Dah seminggu dah kot sejak aku buang sampah dan letak plastik baru. Cepat betul plastik tu penuh. Tau la aku dengan housemate aku selalu beli makanan kat luar pastu bawak balik gi rumah nie. Ye la, bulan puasa, mana ada masa nak masak.

Mula-mula aku tengok plastik sampah tu, aku pike:

1. Ah sudah, bau semerbak!
2. Aisey, ulat-ulat kecik tu dah keluar.
3. Tak de orang nak buangkan ke?
4. ...
5. Ye la, ye la, aku buang ler.

So aku pun amik la plastik besar warna hitam dan 2 plastik kecik, buat glove tangan. Aku tak sanggup pegang ulat kecik tu.

Aku letak la sampah tu dalam plastik besar yang baru. Ambik masa juga nak masukkan, ye la, gemuk dah plastik. Boleh pulak roommate aku tanya aku tengah buat apa. Tahu la aku jarang buat keje kat rumah tu. Adoi la. Nak kata perli, tak juga. Aku kenal sangat si Lisa. Memang macam tu la dia.

Dia tolong la juga bukak pintu depan tu. Senang aku nak buang sampah.

Aku bawak turun sampah tu tak pakai selipar. Bagus tak. Haha. Aku nak cepat tadi haa. Tak tahan bau busuk sampah tu.

Selepas buang sampah, aku naik balik ke hostel dan mop lantai. Best la pulak mop-mop lantai nie. Rasa happy sangat sebab bau dah hilang, lantai licin tuh ha. Best sesangat. Boleh main air ekeke

Lantai dapur sudah bersih yea yeah!

Tapi Kak Ros kotorkan balik lantai tu dengan kaki dia. Arrrgggghhhhh Kak Ros jahat! ;__; Penat tau orang mop lantai tu!

p.s: Apasal kat hostel jer aku rajin kemas rumah tapi bila balik rumah kat JB, aku la orang yang paling last buat keje. Hehe, jangan marah ye Umi. Sayang Umi :p

1 comment:

  1. Hi, it's a very great blog.
    I could tell how much efforts you've taken on it.
    Keep doing!

    ReplyDelete

Meow meow meow?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...