Sekadar pengalaman yang ingin dikongsi bersama adik-adikku yang tersayang (sebab aku tahu korang punya tabiat makan sama dengan aku, ye lah, namanyer pun adik) dan kawan-kawan aku yang mengikuti blog nieh.
Memula tu rasa berat nak ngaku yang aku ada masalah. Tapi aku kena gak luahkan dan beritahu kat dalam blog nie supaya orang lebih aware tentang pemakanan diorang.
So it started like more than a week ago. Darah asyik kuar time aku buang air besar. Aku pun selalu gak kuar darah tapi biasanyer tak de la lama mana pun. Dalam sehari dia hilang la. Tapi minggu lepas memang lain. Bukan lain sikit, lain banyak. I mean darah kuar almost every time aku buang air.
Aku sedapkan hati, aku cakap kat diri aku yang esok baik ler tu. Tapi tak juga.
Seminggu kuar darah. It's not period. It was horrible. Aku pulak fobia dengan darah.
Aku perasan yang aku makin banyak habiskan masa untuk tido. Mungkin disebabkan kandungan darah yang hilang tu banyak sangat, mungkin 1/10 out of my body. Macam derma darah kot senang cakap.
Hari ke-7, aku dah panik dah. Aku tak sanggup lagi. Aku takut aku akan jadi macam Abah lak tak pepahal. Pas makan sahur, aku call Umi sambil menangis, citer pasal natang nie.
Rupanyer sumer orang penah alami natang nie. Mak aku, mak sedara aku dengan cousin aku. Adeh. Apasal la korang tak bagitau awal-awal.
Umi cakap usus aku terluka/cedera sebab selalu makan makanan yang keras, macam yang bergoreng dan tak makan bersama kuah. Aku gak yang salah. Aku tengah sakit nieh. So skang aku kena diet. Aku hanya leh makan:
1. Sup
2. Sayur
3. Buah
4. Prun (yang nie sedap giler ahaks)
5. Kurma (no problem, suka sgt makan kurma)
6. Nasi yang berkuah
7. Ayam yang di rebus atau di kukus
8. A lot of plain water
9. Roti cicah milo/vico/horlick/apa-apa la
Kesimpulannyer, aku kena makan benda yang lembut sebab usus aku dah tua, macam umur aku la. Dan aku perlukan banyak serat dalam sistem aku. Maksudnyer aku kena makan sayur dan buah banyak-banyak da.
Ingat senang ke nak tukar cara pemakanan aku nieh. Susah tau. Ye la, selama nie selalu makan ayam goreng jer seumur idup. Mana tak tension bila kena amalkan diet nie for the rest of my life.
Setakat nie, ada la sehari dua yang aku rasa macam nak pengsan disebabkan blood lost nie. Satu hari tengah beli makanan kat bazar depan asrama, pas tu aku rasa macam nak pengsan. Aku hang on gak sampai ke bilik asrama aku. Aku tetiba ilang selera nak berbuka. Pandangan aku jadi gelap. Tapi aku tak mo housemate syak yang aku sakit so aku kuatkan juga badan gi bukak pose dengan diorang.
In the end, Kak Ros tetap rasa I was different. I mean, aku la orang yang paling kuat ketawa kat dalam umah tu, of course la dia rasa lain macam biler aku tak se-aktif sebelum nie.
So moral of the story, ingat la, korang tu dah besar. Masa kecik-kecik tu bule la makan macam-macam, tapi bukan umur kita sahaja yang meningkat. Organ dalaman kita pun makin tua juga. Satu per satu sel hilang dan kita akan sakit. Korang ingat mak bapak korang kasi nasihat untuk apa? Korang gak yang terseksa.
By the way, I was relieved when my aunt told me it wasn't Buasir. Pergh, nasib baik. Kalu tak, lagi seksa.
No comments:
Post a Comment
Meow meow meow?