Tuesday, December 15, 2009

Cikgu Lim

Cikgu Lim, orang yang pernah ajar aku masa form 5 dulu mati dalam tido semalam.

Dengar cakap dari cikgu lain, dia sihat jer beberapa jam sebelum tu, siap main Facebook lagi. SMS lah, makan la. Pendek kata, tak de tanda yang menunjukkan dia sakit. Bini dia kata, dia letih la juga masa tu tapi disebabkan dia nie gila internet, paham-paham jer.

Sedih sangat. Tak sempat nak jumpa dia nak cakap thank you sebab membimbing aku dalam subjek Matematik sampai dapat markah penuh. Full beb. (tapi memang aku pandai Maths pun, mak aku kan cikgu Maths adeh)

Anyway, I just got back from his funeral. Umi dengan aku datang lewat so the ceremony dah abis kot. Tak tau la. Tak de orang menangis pun macam orang lain cakap, kononnyer orang Cina upah orang lain untuk menangis. Berpikiran moden kot bini cikgu Lim. Mana tau.

Family dia kasi tengok mayat cikgu Lim. He was in a coffin yang dibuka separuh supaya boleh tengok muka dia. Memang macam tengah tido. Adeh. Amannyer dia.

Tambah sedihnyer bile aku dapat tahu dia ada sorang anak pompuan, dalam lingkungan 11 - 12 tahun. Pergh. Macam mana la budak tu nak terima kenyataan dan hidup macam biasa selepas nie. Aku harap dia akan menjadi lebih matang dan jadi succesful macam ayah dia.

Keadaan si bini macam mak aku juga. Jaga si suami untuk beberapa masa dia sakit. Memang sama keadaan diorang, so mak aku paham sangat perasaan isteri cikgu Lim.

Ramai rakan guru cikgu Lim datang. Melayu, Cina, India, sumer ada. Guru besar dengan penolong kanan pun datang. Best friend dia, cikgu Melayu, lagi lah. Mesti perit kan, biler best friend kita dah tak de.

Terngiang-ngiang suara cikgu Lim dalam minda aku. Teringat masa dia mengajar aku Maths dulu. Suara dia memang lantang. Memang best. Mula-mula jumpa dia dalam first class tu memang takut la juga tapi lama-lama menarik pulak belajar Matematik dengan dia.

Susah nak cari cikgu macam nie. Yang betul-betul dedicated dan passionate in the things they do.

Apa-apa pun, selamat tinggal ku ucapkan kepada cikgu Lim. Jasamu dikenang selamanya c:

No comments:

Post a Comment

Meow meow meow?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...