Aku jumpa Dila semula selepas setahun lebih tak jumpa. Best giler. Aku dah excited macam budak kecik nak pegi zoo hehe. Ye la, selepas bergaduh dan tak bertegur saper hampir setahun, pastu berbaik semula kat YM, saper yang tak terharu. Kawan kamceng beb. Walaupun dah tak sama minat tapi alhamdullillah kitorang berkawan lagi.
Dila ajak pi Kinokuniya. Nak beli kamus Kanji. Tak pernah aku gi Kinokuniya. Jakun tak aku.
So anyway, mula-mula dia cakap Kiah nak datang sekali tapi tak jadi at the last minute. Adeh, sebenarnyer nak juga jumpa Kiah tapi tak de jodoh kot hari tu so aku gi dengan Dila. Mungkin lain kali leh jumpa Kiah.
Aku sampai KL lambat sebab KTM lambat sampai. Dila bukannyer jenis penyabar. Tau dah.
Sampai jer sana, kitorang gi KLCC. Sampai KLCC, Dila ler yang jadi tour guide, aku mana tau jalan nak gi Kinokuniya. Aku pulak sepesen dengan dia so aku tanya "bila nak sampai nieh, bila nak sampai nieh". Nasib baik tak kena lempang.
Besar juga Kinokuniya nie ye. Kalah perpustakaan negara. Okay, tak de la sebesar perpusatakaan negara tapi boleh sesat kat dalam tu.
Ada satu section khas untuk bahasa Jepun ajer. Amboih. Yang herannyer, apasal family Jepun datang Malaysia semata-mata nak beli buku kat sini? Murah sangat ke?
Lama gak mencari, tapi tak de kamus Kanji. Dila amik la buku latihan Kanji pastu kitorang gi belek alat tulis. Sebelum bayar, dia gi cucuk duit dulu. Pastu bayar, dia pi tanya pekerja kat mana kamus. Rupa-rupanyer kat section lain. So kitorang pun gi la sana. Ada rupanyer. Hampeh. Buang tenaga jer.
Pas bayar, duit dia habis so kena cucuk lagi. Barisan pulak panjang so aku gi masuk balik Kinokuniya, check harga komik DC kalau jual kat Malaysia. Mahal giler wa cakap lu. Tak kurang dari RM60. Tak de la setebal mana. Kot cover dia jer yang tebal. Yang jual kat Amerika pun lagi murah dari tu. Nie income tax bodoh punyer pasal la nie. Baik aku cari kat internet jer. Free walaupun tak lengkap. Wikipedia ada hapa. Jadi la costumer dan peminat yang bijak. Sekian terima kasih.
Alah, manga original pun mahal sebenarnyer. Yang murah yang jual kat tepi jalan tu memang cetak rompak la.
Dila ajak pi makan. Tau apa kitorang makan hari tu?
Makanan Jepun.
Aku macam rusa masuk kampung dalam restoren tu. Tengok menu tapi tak tau kebenda natang dalam tu. So Dila la yang tolong order. Aku biarkan jer sebab memang aku tak tau.
Pas makan, Dila ajak pi Petrosains pulak. Ruginyer tak bawak kamera masa tu. Tertinggal kat rumah lak. Tapi first time gi sana memang best. Rasa macam tak nak gi balik rumah pun ada hehe.
Dila tak tau maksud 'jakun' tu hapa.
No comments:
Post a Comment
Meow meow meow?