Monday, March 8, 2010

Bahasa

Pas aku me-rajin-kan diri pegi ke kelas Psycholinguistics hari nie, aku terpike macam mana aku boleh belajar Bahasa Inggeris.

Of course, aku belajar Bahasa Melayu dulu. Mother tongue aku, first language aku. Bahasa Melayu Kelantan sebab family mak dengan ayah aku orang Kelantan. Tak kira la gi mana pun, Johor ke, Kajang ke, Bahasa Kelate tu kena ada. Tapi alhamdullillah, aku masih paham Bahasa Melayu baku. Mungkin sebab aku bersekolah di Johor, bukan di Kelantan. Takkan orang Johor cakap Bahasa Kelantan lak, ye tak. Bahasa Melayu baku memang asalnya dari Johor-Riau. So paham-paham jer la.

Aku tak berapa ingat sangat part macam mana aku belajar Bahasa Inggeris. Ada la sikit ingatan di benuk otak nie yang aku kena gali jauh-jauh.

Seingat aku la, aku tak penah paham aku yang cikgu ajar masa kat tadika haha

Kan selalunyer cikgu tadika kasi satu per satu perkataan dalam Bahasa Inggeris. Pas tu suh budak-budak ikut apa yang dia cakap.

Aku tahu maksud dia kalau cikgu bagitau. Tapi nak suh buat ayat penuh memang aku tak tau. Sumpah.

Aku memang takkan paham kalau cikgu yang mengajar.

Tapi percaya ke korang kalau aku cakap sebenarnyer Spider-Man yang ajar aku Bahasa Inggeris dan membuatkan aku belajar dan menjadi se-professional sebegini? (Ceh, tak de la pro mana pun ekeke)

Memang macam bodoh jer aku cakap Spider-Man yang ajar, tapi memang betul pun. Macam mana tu?

Melalui TV la, apa lagi. Apa, ingat Spider-Man tu orang betul ker.

So anyway, dulu-dulu aku suka tengok Spider-Man kat TV Singapore (ye la, dok Johor dulu, memang la dapat siaran TV Singapore). Kalu Singapore punyer rancangan, dia ada dua. Satu untuk Bahasa Melayu sahaja dan satu lagi untuk Bahasa Inggeris sahaja. Biasanyer aku suka tengok yang Bahasa Inggeris sebab ada kartun dan sebab rancangan Bahasa Melayu Singapore macam skema jer biler diorang bercakap. Cakap Bahasa Melayu yang betul-betul baku la. Kalau orang kita, contohnyer, kita sebut 'kite' tapi orang Singapore sebut betul-betul 'kita'. Macam pertandingan syarahan Bahasa Melayu lak haha

Masa tu, biasanyer citer kartun disiarkan pada waktu petang so biasanyer time aku balik dari sekolah, dah mandi dan makan sumer, sempat la tengok.

Aku pulak memang kemaruk tengok kartun-kartun macam Spider-Man, Batman, X-Men. Alah, yang hero-hero gitu.

Apa? Korang ingat aku baru nak minat pada hero-hero nie ke? Aku tengok dari kecik tau tak. Wa cakap lu.

Nak-nak pulak aku suka dengar lagu tema dia. Keh keh keh. Spider-Man yang aku tengok masa tu jenis yang 90's punyer. Lagu tema lebih best dari yang lama tu, alah, yang 'Spider-Man, Spider-Man, bla bla bla like no one can'. Tak ingat lak lagu dia macam, tapi kelakar la.

Aku paling suka channel Singapore sebab dia tak de subtitle. Aku paling tak suka kalau ada subtitle. Macam tak puas tengok kalau ada subtitle. Dengan cara tu la, aku boleh belajar Bahasa Inggeris dengan baik. Tapi secara tak sedar la.

Sambil-sambil tu menambah minat aku untuk melukis :)

Seriously kan, cikgu ajar Bahasa Inggeris aku tak paham, tapi Spider-Man yang ajar aku paham pulak. Haha.

Aduh, rindu la pulak nak tengok citer-citer tu.

No comments:

Post a Comment

Meow meow meow?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...