Saturday, July 24, 2010

Satu Malam

Apa akan korang buat kalau tiba-tiba ada sekumpulan lelaki India kat depan rumah sewa korang, ugut-ugut housemate dengan sepupu dia, tolak-tolak orang, dan mulut diorang berbau arak?

Aku sebagai penonton hanya boleh tunggu sampai diorang belah.

Tapi diorang tak belah.

Okay la aku nak citer la nie.

So aku balik lewat malam lepas kelas. Biler aku sampai ke rumah sewa aku, aku nampak housemate aku dikelilingi beberapa mamat India.

Aku fikir "aiseh, takkan diorang gi langgar keta mamat India tu sampai kena bawak ke sini? Giler apa"

Aku tengok mamat India tu tolak-tolak sepupu housemate aku, padahal dia tak cakap apa-apa pun. Aku pulak yang risau.

Selepas beberapa ugutan, housemate aku dengan sepupu dia belah, hantar sepupu tu balik asrama. Tetiba mamat India tu datang dekat aku yang tengah kemas barang dalam keta.

"Kici, nanti you jangan bawa boyfriend tau. Nanti laptop suma kena curik, jangan salahkan kitorang"

Aku cakap "okay"

Ler, pak guard rupanya. Apasal lak macam samseng kampung Dusun perangai dia tu?

Aku masuk rumah, tanya housemate yang lain apa yang sebenarnyer berlaku.

Dia cakap lepas laptop jiran sumer kena curi, ada budak report kat polis. Polis tahan pak guard. Pak guard tu marah sebab dia tak buat apa-apa pun.

Malam tu, dia mabuk. Pas tu dia gi round Taman Ilmu dengan sedara mara dia. Nak kasi warning.

Tu yang tolak-tolak sepupu orang tu.

Adeh.

Kalau macam nie, aku rasa pak guard tu yang mengancam keselamatan kitorang, bukannyer pencuri tu.

Jiran dah call polis pun.

No comments:

Post a Comment

Meow meow meow?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...