Friday, April 8, 2011

Options

Niat aku nak jadi cikgu terbantut dan hancur lebur selepas kena observe hari nie (sila rujuk post sebelum nie) so aku ingat nak keje benda lain la.

Tapi apa ek?

1. Masa kat sekolah dulu, aku nak jadi cikgu sebab mak aku cikgu. Tapi biler dah jadi cikgu, walaupun sekadar praktikal pun, aku rasa aku tak layak dan tak de bakat langsung.

2. Dari zaman budak-budak lagi, aku nak jadi comic artist. Dari zaman aku giler meroyan Manga sehinggalah ke komik yang dewasa sikit, memang niat tu masih ada.

3. Lecturer. Tapi nak kena amik master lagi, nak bayar PTPTN lagi. Adoi.

4. Berniaga. Tak tau la berniaga apa, tapi berniaga la apa-apa pun. Kalau tak try, mana nak tau jadi ke tak, ye tak?

5. Amik landskap. Nie pun nak pakai duit gak nieh. Tapi macam sesuai dengan aku jer.

6. Bukak kedai fotostat dan print. Kalau nak untung, kena buat dekat Universiti. Student kan suka print last minute pastu fotostat, kan? Kan? Kan?

7. Ataupun kan, keje kat hotel dengan Zati ke. ?_? Aku boleh ler kemas katil ke hapa.

8. Jadi cikgu tadika kalau gini punyer susah.

9. Bukak tuition sendiri ke.





dah tak de idea dah.

No comments:

Post a Comment

Meow meow meow?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...