Baru-baru nie Cik Iman berkesempatan untuk ziarah best friend Cik Iman sehari sebelum Hari Pekerja. Tapi tak rancang pun nak pegi. Spontan gak jadinya. Tengah chatting kat Facebook, dia ajak datang rumah, Cik Iman terus buat keputusan nak pegi petang tu gak. Memang boleh kata Cik Iman buat keja giler time tu. Terus je Cik Iman pack baju, pack laptop (sebab nak tunjuk kat dia game Ran Online, tu tujuan asalnya).
Dari rumah ke tempat dia, kalau Cik Iman pandu laju, 20 - 30 minit dah sampai dah. Hek eleh, bukannya jauh sangat haha. Kalau Cik Iman tau dekat nie rumah dia, boleh je Cik Iman gi setiap minggu, tak pun sebulan sekali. Dekat yang terlampau. Kawan Cik Iman bagi arahan macam mana nak pegi tempat keja dia (sebab dia belum boleh balik lagi time Cik Iman pegi tu) so Cik Iman just ikut je la arahan tu, pusing kanan, pusing kiri.
Sampai kat tempat kerja dia, sesat dulu, sebab banyak kedai. Terpaksa message dia nak cari kedai tempat dia keja. Jumpa je kedainya, start main game haha. Poyo giler. Time balik, singgah bank, pastu baru gi rumah dia. Pastu kuar balik, kononnya nak tengok Iron Man, tapi singgah kedai dulu nak beli bag laptop. Dia sempat belikan Cik Iman baju T-shirt Superman dengan Captain America. Pergh, rasa macam nak menangis je kat dalam kedai tu. Patutnya Cik Iman yang belikan buah tangan, tapi dia lak yang belikan untuk tetamu. Malunya. Tapi Cik Iman sesangat berterima kasih sebab Cik Iman memang dah lama nak beli T-shirt macam nie tapi mahal kalau beli kat kedai official DC Comics atau Marvel Comics. Dapat murah nie memang layan la. Jadi Superman je setiap malam haha.
On the way, dia tanya nak gi tengok wayang ke, makan dulu sebab dia nak bawak gi makan kat satu tempat yang bertentangan arah dengan tempat wayang. Kebetulan esoknya cuti, mesti ramai orang pegi tengok wayang so kitorang decide pegi makan je la malam tu.
Sedap gak makanan western kat kedai tu. Tetiba jadi rindu lak nak makan sana balik haha.
Malam tu, tido kat umah dia. Pergh, landskap kat laman umah dia cantik giler bai. Jeles lak Cik Iman tengok. Mentang-mentang belajar landskap haha. Tu la first time Cik Iman datang rumah dia sejak dia pindah dari satu negeri ke negeri lain.
Pas mandi, pakai baju Superman, suar tido sume, kawan Cik Iman nak tengok lak The Sims3 dalam laptop Cik Iman. Last-last dia kata macam main kat Xbox je. Pastu dia pi main gitar depan laptop baru warna hijau. Nipis jugak laptop tu.
Disebabkan dia tahu pasal blog nie (kitorang follow blog masing-masing sejak time dok dalam hutan lagi) rasanya dia akan baca entry nie. Tak tau la dia tahu ke tak, yang time Cik Iman jadi roommate dia dulu, Cik Iman cukup benci time dia start petik gitar dan menyanyi haha (kompem dia marah lol). Bonda Cik Iman pun tak berapa suka Cik Iman dok satu bilik dengan dia semata-mata sebab gitar tu (hukum agama apa entah, Cik Iman tak tau, tapi pasal agama la kalau cakap pasal gitar tu).
Tu dulu.
Sekarang, bila dah berjauhan dan bertemu semula setelah sekian lama, kita makin menghargai benda yang suatu ketika kita cukup benci. Dah besar panjang nie, kita teringat betapa naif dan bodohnya kita dulu, betapa selfishnya kita masa muda dulu, betapa kita tak ambil pusing perasaan orang time tu.
Bila Cik Iman dengar dia menyanyi dan petik gitar kat sebelah Cik Iman, Cik Iman tahan rasa nak menangis sebab Cik Iman rasa bertuah sangat kitorang masih bersama walaupun Cik Iman pernah kutuk dia macam-macam masa muda dulu (muda la sangat haha, padahal 2-3 tahun lepas je kot). Kadang-kadang Cik Iman fikir, kenapa dia nak lagi kat Cik Iman walaupun selepas apa yang terjadi kat kitorang dulu. Boleh kata perbuatan bodoh Cik Iman dulu menyebabkan berlakunya perang besar. Sampai tak bercakap seminggu dua.
Of course la Cik Iman tak menangis sebelah dia. Kang apa lak dia fikir.
Dah la dia baru beli T-shirt Superman dengan Captain America untuk Cik Iman. Serious Cik Iman nak menangis. Dengar dia petik gitar dan menyanyi pun nak menangis. Sume benda nak menangis. Giler la Cik Iman nie.
Tetiba Cik Iman hargai nyanyian gitarnya.
Apa sebenarnya yang kau nampak dalam diri aku nie, wahai sahabat?
No comments:
Post a Comment
Meow meow meow?