"Aku meninggalkan kamu, wahai masa lampau
Demi kebaikanku di masa hadapan
Untuk perbaikan diriku ini
Yang naif, yang lemah, yang hina, yang kerdil
Yang jahil pengetahuan
Aku tinggalkan kamu di sini
Wahai masa lampau
Kerana kita tiada persefahaman lagi
Aku sudah membesar
Dari kepompong kebodohanku
Untuk mencapai kematangan
Kalaulah engkau tidak menghantuiku
Kalaulah engkau tidak datang mencariku lagi
Kalaulah engkau bolehku lenyapkan
Dari benuk kenangan di hati
Tiada keburukan darimu, wahai masa lampau
Engkau umpama kawan baikku
Yang setia menemaniku dari perjalanan hidup
Dalam perjalanan mencari erti hidup
Dalam mencari erti cinta sejati
Dalam mencari erti menjadi manusia sebenar-benarnya
Engkau adalah peneman pada masa lalu
Dan kini kita berpisah
Untuk masa hadapan yang setia menanti"
Nukilan, Iman Insyirah
24 Jun 2013
12.40am
Tak de keja tetiba feeling nak buat sajak, dah la pukul 8 pagi ada presentation. Bangang tol la Cik Iman nie.
No comments:
Post a Comment
Meow meow meow?