Sunday, October 6, 2013

Cinta

Masa pi shopping dengan cik abang kat Bangi, ada la Cik Iman ternampak satu buku nie, Travelog Cinta Abadi oleh Raudzhah Roslan. Tengok isi kandungan, macam menarik, so Cik Iman pun beli la. Baca punya baca, sampai la satu chapter di mana penulis mengingatkan satu 'mitos' yang cukup popular time sekolah dulu.

"Tingkatan Empat time untuk honeymoon"

Masa form 3 dulu, tipu la Cik Iman cakap Cik Iman tak teruja nak ada abang angkat ke, adik angkat, angkat la sesape pun. Sape tanak rasa "honeymoon" nie. Kawan sekelas, setingkatan boleh kata ramai yang dah mengangkat, kita ajer yang sibuk dok ulang kaji untuk peperiksaan UPSR dengan PMR (oo ceh kononnya la kita rajin kan hak hak hak padahal homework tak pernah buat, dok buat revision last minute sampai ke universiti, tak pernah berubah perangai). Anak cikgu la katakan (kang ada orang-orang angkat kang, mak tahu sebab dia kerja kat tempat Cik Iman sekolah. Memang tak leh sembunyi ler)

Tipu kalau Cik Iman cakap Cik Iman tak minat sesape masa sekolah dulu. Tapi Cik Iman bukan jenis cakap direct dengan sume orang. Nak-nak dengan orang yang Cik Iman crush on. Time belajar kat universiti pun macam tu gak perangai Cik Iman. Sampai ke akhirat la dia tak tau. Yang tahu pun, kawan-kawan baik je. Ades. Baik bercinta dengan kawan baik sendiri, ye tak.

Akhirnya, zaman "honeymoon" Cik Iman dihabiskan dengan mengulangkaji pelajaran. Buku rujukan la "cinta tanpa syarat" Cik Iman masa muda dulu. Kebanyakan masanya, Cik Iman dok melukis kartun dalam buku teks sebab Cik Iman memang tak leh tumpukan perhatian. Boleh kata orang dok berbalas surat cinta dengan orang-orang angkat tapi Cik Iman asalkan boleh hidup, okay la tu. Tak terfikir pun tak de orang-orang angkat nie, tak leh makan, tak leh enjoy, tak leh happy. Kalau lapar, makan je la. Tipu la sesape yang cakap, kalau dok teringat kat orang-orang angkat, mandi tak basah, makan tak kenyang. Tipu betul.

Tapi mungkin sebab Cik Iman tak tau apa maksud cinta antara manusia, nak-nak dengan orang-orang angkat nie. Yang Cik Iman tahu, kita cinta Allah dan Rasul, sayang pada mak bapak, kawan-kawan baik kita, sedara mara kita, sedara semuslim dan non-muslim, haiwan dan tumbuhan.

Tapi rasanya selepas beberapa tahun, Cik Iman sedar, nak rasa kemanisan cinta, kita yang kena berikan dulu, bukan mengharapkan orang bagi benda alah tu pada kita.

Sedap tak perasaan menyayangi seekor kucing? (Kalau korang suka kucing la kan)

Dia dok meow-meow kat bawah meja tempat korang makan (ataupun dok kat kerusi sebelah korang) mintak secuit makanan (sebenarnya dia nak satu pinggan yang korang makan tu hak hak hak), ada tak korang fikir  

"alolololo kesiannya, meh la aku bagi sikit lauk nie, kesian dia"

atau korang fikir 

"hish kacau orang makan la natang nie"

Pernah tak korang fikir korang nak kucing tu balas balik jasa budi korang? Tak de kan? Tapi korang rasa bahagia sangat bila bagi kucing tu makan. Korang tak bela pun kucing tu. Setakat kucing jalanan sahaja. Bulu tak cantik, mungkin ada kutu, ada kurap. Tapi korang sayang sangat padanya sampai sanggup kongsi makanan atau beli terus satu set makanan lain untuknya. Asalkan kucing tu dapat kenyangkan perutnya.

Nah, kita tak perlu tunggu cinta datang. Ia akan datang bila kita mula menyayangi makhluk Allah yang lain.

Tapi jangan pulak guna teori nie kepada yang berlainan jantina yee. Jangan nak ngada-ngada. Pi jumpa mak bapak dia dulu. Cik Iman masa muda-muda dulu, kalau betul gatal pun tak de la nak pi ngorat anak teruna orang. Malu la sikit. Sekian terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Meow meow meow?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...