Sunday, November 10, 2013

Mak Cik Jumpa Orang Femes Haaaaa

Dulu masa kecik-kecik, time dok Johor dulu, selalu juga Cik Iman berangan nak jumpa artis terkenal (bukan ada sebab kukuh pun nak jumpa, ye la, budak-budak la katakan, teruja beno) Siti Nurhaliza lah, Backstreet Boys lah, M. Nasir lah. Entah apasal mimpi kuat nak jumpa orang-orang nie padahal kita suka lagu diorang atau lakonan diorang je, bukan ada apa pun. Lagi baik jumpa Rasullullah s.a.w kan kan kan. Baginda lagi sayang kita daripada manusia-manusia nie kan kan kan.

Anyway, baru-baru nie, suami mintak nak pegi tengok konsert sempena Festival Kesenian Islam di Putrajaya, satu hari konsert Habib Syech (ala, yang nyanyi Ya Hanana tu) dan satu hari lagi untuk various artists macam In-Team (tapi time end credit, pengajur silap tulis UNIC wakaka lawak), Raihan, Maher Zain dan ramai lagi.

Nak cakapnya, sejak Cik Iman dok Selangor nie, dah tak heran dah dengan artis-artis nie. Boleh kata diorang pegi shopping, pegi makan, pegi exercise, pergi dating, pergi honeymoon, naik turun mahkamah (sape la tu~) sume dekat-dekat dengan kitorang. Mengingatkan kita yang diorang pun makhluk Allah juga, tak perlu sanjung menyanjung. Diorang buat kerja diorang, kita buat kerja kita. Dah dok dekat dengan diorang, hilang rasa teruja masa muda-muda dulu. Artis berjiran dengan kita, artis dok satu taman dengan kita, tu sangat biasa bila dok Selangor atau Kuala Lumpur (jarang sangat artis dok negeri lain kecuali diorang dah bersara, nak dok kampung, jaga ayam itik kot)

Cumanya kita kenal ke tak diorang kat luar tu. Kadang-kadang tu terlepas pandang ekeke. Tapi biasanya kitorang tahu tu artis tu, artis nie. Biasa la. Dok pusat tumpuan media. Takkan terlepas punya.

No comments:

Post a Comment

Meow meow meow?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...