Kadang-kadang bila masuk kat dalam Facebook, baca komen-komen orang, kadang-kadang rasa marah, bukan sebab diorang kutuk ke, hina ke apa. Ada jugak orang yang menulis tu macam menulis dalam handphone. Ye, Cik Iman tahu ramai online Facebook pakai smartphone. Boleh online bila-bila masa. Tapi takkan la bahasa pun korang nak korbankan jadi sependek-pendek mungkin. Kadang-kadang nampak macam orang terencat akal yang bagi komen-komen short form.
Nak kata kita tak tahu membaca, macam mana Cik Iman boleh menulis dalam blog nie ye tak. Apa salahnya menaip tu bagi perkataan sempurna. Kita mengajar anak-anak kita macam nie, lepas tu pike apasal anak aku gagal subjek bahasa kat sekolah. Spelling lari, grammar lagi la lari.
Apa susahnya nak menaip "saya" daripada menaip "sy". Korang rushing nak pegi mana pun Cik Iman tak tau. Kalau SMS, tak pe la jugak. Nie Facebook kot. Cuba bayangkan Cik Iman tulis short form kat dalam blog nie. Tak ke naya otak nak baca sume tu.
Cik Iman terlampau jarang guna short form walaupun guna SMS, kecuali ada urusan urgent sahaja. Sakit otak Cik Iman.
Sunday, May 18, 2014
Saturday, May 17, 2014
Lagi pasal makanan.
Mak sedara Cik Iman masak kerang rebus hari nie. Apa lagi, Cik Iman balun la satu mangkuk. Sementara tu, mak sedara dengan nenek tengok satu drama kat dalam handphone mak sedara nie, citer pasal seorang tukang masak yang liat nak kawen.
Mak sedara: Tajuk citer "Cinta Sambal Belacan"
Cik Iman: Pas nie kita buat novel tajuk "Cinta Kerang" pulak meh.

Friday, May 2, 2014
Makan Untuk Hidup
Lama juga ya Cik Iman tak update blog nie, apa khabar Cik Iman sejak berbadan dua nie? Dah berapa minggu dah, Cik Iman? Oh, baru 25 minggu. Cepatnya masa berlalu~
Al-kisah (teka berapa kali Cik Iman guna perkataan nie), Cik Iman disahkan menghidap kencing manis (letak sound effect seram kat sini, sekian terima kasih). Apa? Kencing manis? Muda-muda gini dah kena kencing manis, Cik Iman? Muda mendenya, dah nak jadi mak orang dah pun. Sebelum Cik Iman citer panjang, baik Cik Iman explain dulu jenis-jenis kencing manis yang ada.
Type 1: Nie berlaku bila pankreas tak boleh nak hasilkan insulin, biasanya berlaku dari time korang kecik lagi, so kena selalu pakai insulin setiap kali makan, sepanjang hidup korang.
Type 2: Nie berlaku time korang dah tua ataupun bila korang tak jaga pemakanan. Nie ada dua cara nak kawal insulin, satu: jaga makan, dua: makan ubat telan ataupun cucuk insulin kalau korang nak la.
Diabetes semasa mengandung (Gestational diabetes/GDM): Nie hanya berlaku pada ibu-ibu mengandung. Tapi kadang-kadang tu mungkin melarat walaupun lepas bersalin. Masa nie, ibu hanya leh cucuk insulin sahaja. Kalau makan ubat, takut affect baby.
So Cik Iman mesti yang part ibu mengandung kan? Tak juga. Ada kemungkinan Cik Iman dah ada diabetes sebelum mengandung lagi berdasarkan simptom-simptom yang dinyatakan:
Cakap pasal hospital, Cik Iman kena masuk wad untuk cucuk insulin. Nak check la berapa banyak dos kena pakai sebelum makan gitu. Masuk tu ingatkan 2 hari dah leh kuar, sekali seminggu dok atas katil hospital. Bosannya memang tak leh nak cakap la. Dok berjiran dengan ibu-ibu mengandung yang lain, tunggu budak nak keluar perut. Ada gak yang macam Cik Iman, kena amik insulin. Hari-hari dok cucuk jari, check paras gula, cucuk insulin, tunggu 30 minit, pastu makan, pastu check lagi darah. Seminggu tu dah jadi terbiasa lak cucuk jari nie haha sampai tak leh cucuk sebab kulit dah tebal sangat.
So sekarang masalahnya, bukan tak reti jaga pemakanan tapi jarum untuk meter ukur paras gula tu lak tak de. Adoi. Padahal doktor yang rekomen brand tu. Tension, tension.

- Paras gula darah tinggi (yang nie obvious la kan)
- Dahaga selalu dan kerap kencing waktu malam
- Hilang berat badan secara tiba-tiba (tak de pulak Cik Iman turun berat badan, naik ada la)
- Sentiasa rasa lapar (ingat tak zaman Cik Iman makan megi 2-3 bungkus satu hari, KFC tiga ketul sekali ngap ahahaha)
- Luka lambat sembuh
- Keletihan dan cepat marah
- Terdedah kepada jangkitan kulat
- Penglihatan kabur (setakat nie okay lagi alhamdullilah)
- Kesemutan, kebas, sakit membakar atau bengkak pada tangan atau kaki
- Kulit sekitar leher dan ketiak menjadi gelap
Cakap pasal hospital, Cik Iman kena masuk wad untuk cucuk insulin. Nak check la berapa banyak dos kena pakai sebelum makan gitu. Masuk tu ingatkan 2 hari dah leh kuar, sekali seminggu dok atas katil hospital. Bosannya memang tak leh nak cakap la. Dok berjiran dengan ibu-ibu mengandung yang lain, tunggu budak nak keluar perut. Ada gak yang macam Cik Iman, kena amik insulin. Hari-hari dok cucuk jari, check paras gula, cucuk insulin, tunggu 30 minit, pastu makan, pastu check lagi darah. Seminggu tu dah jadi terbiasa lak cucuk jari nie haha sampai tak leh cucuk sebab kulit dah tebal sangat.
So sekarang masalahnya, bukan tak reti jaga pemakanan tapi jarum untuk meter ukur paras gula tu lak tak de. Adoi. Padahal doktor yang rekomen brand tu. Tension, tension.
Pegi kat sume farmasi yang ada, sume cakap tak de. Satu farmasi cakap belum sampai lagi model nie. Arrgghh dah la kena selalu check paras gula. Keluar wad hari tu terus tak check paras gula. Entah naik ke turun, tak tau la. Kepada pembaca, kalau jumpa jarum untuk lancing device model Accu-Chek jenis FastClix, tolong inform Cik Iman secepat mungkin ye~ Terdesak sangat dah nie.
Siap sertakan gambar lagi kalau perlu ekeke Tolong ye~ Kalau singgah mana-mana farmasi atau Guardian, tolong la tanya-tanya~
Subscribe to:
Comments (Atom)