Sunday, May 18, 2014

Bahasa Pendek

Kadang-kadang bila masuk kat dalam Facebook, baca komen-komen orang, kadang-kadang rasa marah, bukan sebab diorang kutuk ke, hina ke apa. Ada jugak orang yang menulis tu macam menulis dalam handphone. Ye, Cik Iman tahu ramai online Facebook pakai smartphone. Boleh online bila-bila masa. Tapi takkan la bahasa pun korang nak korbankan jadi sependek-pendek mungkin. Kadang-kadang nampak macam orang terencat akal yang bagi komen-komen short form.

Nak kata kita tak tahu membaca, macam mana Cik Iman boleh menulis dalam blog nie ye tak. Apa salahnya menaip tu bagi perkataan sempurna. Kita mengajar anak-anak kita macam nie, lepas tu pike apasal anak aku gagal subjek bahasa kat sekolah. Spelling lari, grammar lagi la lari.

Apa susahnya nak menaip "saya" daripada menaip "sy". Korang rushing nak pegi mana pun Cik Iman tak tau. Kalau SMS, tak pe la jugak. Nie Facebook kot. Cuba bayangkan Cik Iman tulis short form kat dalam blog nie. Tak ke naya otak nak baca sume tu.

Cik Iman terlampau jarang guna short form walaupun guna SMS, kecuali ada urusan urgent sahaja. Sakit otak Cik Iman.

No comments:

Post a Comment

Meow meow meow?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...