15 hari orang dah puasa, 15 hari lagi nak raya. Dan hari esok orang cuti Nuzul Al-Quran.
Orang Malaysia dah sibuk fikir nak masak apa raya nie, baju raya baru mana nak pakai hari raya pertama, kedua dan seterusnya (sebab kat Malaysia je rayanya berhari-hari, kadang-kadang tu masuk ke bulan seterusnya), duit raya untuk budak-budak nak bagi berapa, nak hidang biskut apa (jarang sangat orang masak biskut sendiri zaman nie), tu belum lagi dengar lagu raya meleleh-leleh, iklan rayanya lagi.
Yang kita kat sini dok fikir hari nak masuk wad nak induce. Adakah raya pertama, raya kedua, raya ketiga atau sebelum raya lagi budak nie akan keluar.
Suspen, suspen.
No comments:
Post a Comment
Meow meow meow?