Saturday, September 27, 2014

The One: Unimom Mezzo

Semalam Cik Iman saje-saje la check Facebook Tateh Bangi. Sekali tengok diorang dah restock Unimom Mezzo. Dalam hati Cik Iman melonjak gembira sambil menjerit "Yes! Akhirnya! Unimom Mezzo, come to mama Iman! Mana kau nak lari haaaaa"


Promote plastik Tateh jap, lawa lak design dia ekeke. Cik Iman terus gi ke kedai lepas gi kelas pagi tu. Ingatkan ramai orang dah sampai sana (Unimom Mezzo cepat habis stock kot, takut la habis), sekali Cik Iman dan beberapa orang customer je ada (belum bangun tido kot, hari Sabtu kan). Bila masuk dan tengok tempat display breast pump, tak de brand Unimom Mezzo. Pastu Cik Iman cakap pekerja tu, kat Facebook cakap dah restock, dah habis pulak ke stocknya? Pekerjanya pun pi tanya pekerja lain (Cik Iman agak dia kerja bahagian layan pelanggan dengan cashier je kot, sebab ada sorang lagi macam uruskan stock). Akhirnya dia pun keluarkan kotak Unimom Mezzo. Cantik ah.


Sebelum Cik Iman pembayaran, Cik Iman apply Member Card, mana la tahu kot-kot Cik Iman datang lagi nak beli sana, leh dapat harga member. Harga asal Unimom Mezzo RM118, dan harga member RM99 je. Tapi Cik Iman kena bayar RM10 extra sebab baru apply member card. 



Ini la kotak yang dinanti-nantikan! Cik Iman bukak dan basuh semua parts dan kering sebelum guna. 

Design dia comel sesangat. Putih dengan pink. Botol dia pun comel. Geram Cik Iman. Tengok gambar dalam Internet, macam besar je pump nie. Sekali bila dah beli, alahai comelnya saiz dia. Leh letak dalam beg tangan pun, bawak gi mana-mana. 

Hasilnya, Cik Iman sangat berpuas hati dengan breast pump nie. Tak sakit dan tak lenguh walaupun manual. Yang bestnya, susu keluar lebih cepat berbanding perah pakai tangan. 5 minit dah 3oz. Kalau pakai tangan, 5 minit baru berapa titik. Nak bestnya lagi, sambil pump, boleh buat benda lain, nak menaip dalam laptop ke, nak makan ke, nak pegang buku ke, nak tengok TV ke, sume boleh. Kalau pakai tangan, payah oo nak buat benda lain. Nak dodoi anak pun boleh kot kalau guna pump nie (ada pulak Cik Iman) 

Tangan Cik Iman lak tengah sakit sebab perah guna tangan. Memang tepat pilihan Cik Iman beli nie pada masa yang amat memerlukan. Tangan dah tak sakit. Tarik handle je pun. Mungkin penat sikit sebab kena pegang tapi Cik Iman anggap macam bersenam untuk tangan la kot.


Nie hasilnya dalam satu sesi. Best sesangat. Akhirnya jumpa gak breast pump idaman Cik Iman. Syukur le. 



Tapi (eh ada tapi lak) yang tak bestnya, silicone shield yang bercantum dengan breast shield tu leh pulak masuk susu, Bila masuk susu, jadi tak puas hati lak sebab bazir susu bertakung kat situ. Tapi tak pe la. Yang penting, Cik Iman berpuas hati sesangat beli natang nie dan sangat berbaloi. 

Memang patut pun jenama nie abis stock kat kedai. Ekeke.

2 comments:

  1. elok ke ni eh? mmg dlm pemilihan nk beli yg baru gantikan yg lame...3 tahun lepas gune pureennye, tp dh xpower la skrang ni, tkr bateri pon xdpt nk pump kuat...eemm
    btw, salam perkenalan...

    ReplyDelete
  2. Cik Iman pun tak berani nak cakap sebab baru beli, baru guna. Tapi ramai review bagus pasal Unimom nie. Cumanya mungkin over time, mungkin ada la kerosakan kat mana-mana. Tipu la kalau kita cakap benda nie leh tahan, lasak. Ada satu review yang Cik Iman baca, silicone diaphram dia kena ganti sebab terkoyak. Tapi ada je spare part leh cari online. Tateh ada jual spare part dia kalu ada demand :)

    ReplyDelete

Meow meow meow?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...