Monday, October 13, 2014

Kasih Ibu

Al-kisah (keluar dah ayat femes), hari Rabu minggu lepas Cik Iman sepatutnya ada kelas tapi classmate mesej bagitau ayah lecturer meninggal lak (innalillah) so tak de kelas hari tu. So alang-alang Cik Iman dah keluar tu, Cik Iman teringin lak nak gi beli botol susu Tommee Tippee yang kiut miut tu.



Alah yang nie la. Sebab apa Cik Iman dok berkenan kat botol Tommee Tippee nie? Cik Iman usha review mak-mak Blogger, diorang cakap puting dia seiras dengan nenen ibu. So nak elak budak konpius antara puting botol dengan nenen mak, baik guna botol nie. Iman Jr dah tak nak directfeed lagi dengan Cik Iman tapi Cik Iman takkan give up. Dah cuba macam-macam tips nak bagi dia directfeed balik. Try sua nenen time dia mengantuk la, apa la. Sume Cik Iman dah buat. Tak berjaya jugak. Kalau gini botol nie tak berjaya pun tak pe lah. Dah ikhtiar kan? 



Destinasi pertama Cik Iman ialah kedai baby yang paling besar kat area Bangi, Manjaku. Mula-mula tu dok keliling satu kedai sebab tak jumpa mana diorang letak produk Tommee Tippee so pi la tanya pekerja. Harga satu bijik botol nie dalam RM41. Kalau beli yang dua bijik satu kotak tu dapat la RM51.20 (tu pun tengah promosi tu). So baik beli dua botol, kan kan kan. 


Pastu nak gi Tateh (dekat-dekat je kedai-kedai baby nie), nak beli milk storage jenama Autumnz yang 10 bijik tu. Sekali Cik Iman ternampak sesuatu sebelum sampai kat kedai Tateh nie. 



Eh, ada lagi kedai baby? Namanya Kasih Ibu. Nie memang hit-and-miss Cik Iman cakap. Selalu je Cik Iman lalu area deretan kedai nie bertahun-tahun, apasal Cik Iman tak perasan langsung kedai nie. Sebab warna dia tenggelam berbanding Tateh kot. Serious Cik Iman tak perasan. Maafkan daku wahai Kasih Ibu. Cik Iman betul-betul tak tahu kewujudanmu di situ (padahal satu deret kedai je dengan Tateh, poyo la Cik Iman)

Disebabkan Cik Iman nie suka usha harga barang, Cik Iman pi la masuk kedai Kasih Ibu nie. Mungkin sebab hari tu hari keje, tak ramai orang datang. Masa Cik Iman datang tu ada la sepasang suami isteri dengan anak kecik, beli carseat.


Curik gambar dari website Kasih Ibu ekeke sori~ Nie la rupanya kedainya dari dalam. Banyak stok dan banyak pilihan dari Manjaku dan Tateh. Macam-macam ada.

Banyak barang diorang. Breastpump pun diorang display kat depan, dekat dengan pintu masuk. Cik Iman ada tanya kalau nak bagi costumer try leh ke. Diorang kata tak leh, diorang leh bagi demo je. Ades. Tak pe la.

Sekali Cik Iman tengok stok Unimom Mezzo, Unimom Allegro dengan Unimom Forte berlambak. Bukan macam Tateh, malu-malu nak display. Nie BAM haa semua ada. Amik je dari rak almari tu pastu bayar. Tak de la macam Tateh hari tu, tak de stok, kena tunggu minggu seterusnya. Adui. Tapi harga biasa Unimom Mezzo sini RM118. Dia kena daftar fan club Kasih Ibu baru leh dapat harga murah (Cik Iman rasa semua kedai baby Cik Iman dah daftar jadi ahli hahahaha) Bayar RM5 untuk masuk fan club Kasih Ibu.



Kat kedai nie, Cik Iman beli la milk storage Autumnz 10 bijik yang warna jernih (tak suka yang ada kaler, putih bersih suci konon wekeke), harga member Kasih Ibu RM36. Dan Cik Iman ada jugak beli cekak kepala untuk Iman Jr. Saje nak cantikkan anak dara Cik Iman sorang nie.

Balik rumah, terus try botol Tommee Tippee.


Rasanya Cik Iman yang terlebih teruja nak pakai botol nie. Serious la kiut botol nie. (padahal semua botol Cik Iman dok usha, botol Avent la, botol MAM la, botol kaca la)


Sedapnya susu omnomnomnom

Alhamdullillah Iman Jr tak cerewet pasal botol. Asal leh minum sudah. Baru tadi Cik Iman kononnya nak latih dia directfeed balik, sekali eh dia directfeed betul, tak de nak meraung ke apa. Ya Allah bestnya feeling keibuan Cik Iman masa tu. Tapi sayang, tak lama pastu dia menangis balik sebab Cik Iman dah pam keluar susu agaga. Poyo la Cik Iman. Dera anak ke hapa. 

Hari Sabtu Cik Iman gi Tateh, nak survey Avent punya milk collection shell dengan botol susu kaca. Terperanjat diorang dah ada stok Tommee Tippee. Aduyai. Sabo je la, 

------------------------------

4 comments:

  1. Hye cik iman...salam kenal.Sama la kes kite.Baby xnk sgt direct feed.Tapi sha pakse jugak directfeed sebelom bg botol.Lame2 baby okay.Gudluck cik iman.

    ReplyDelete
  2. takde anak lagi.
    ntahlah tak tahu bila..
    hohoho...

    ReplyDelete
  3. uwaaa masuk blog ni terus disambut dengan kucing. tanjat boboi!

    ReplyDelete
  4. uwaaa masuk blog ni terus disambut dengan kucing. tanjat boboi!

    ReplyDelete

Meow meow meow?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...