Friday, October 10, 2014

Liebster Award


Uik tetiba lak Cik Iman kena tag ahahaa. Terima kasih la Cik Eda sebab tagkan Cik Iman ekeekek

Soalan-soalan yang Cik Eda tanya pada Cik Iman: 

Blog siapakah yang akan you guys singgah?



Blog saper ek yang Cik Iman dok lepak selalu ye ... Cik Iman suka lepak kat Blog Serious, suka baca blog PerempuanJomblo, BenAshaari, Maria Elena dan ramai lagi. Tapi Cik Iman minat baca blog mak-mak sebab Cik Iman pun mak orang, suka baca review diorang pasal lampin baby, breast pump, botol susu, benda-benda yang berkaitan dengan anak la. Contoh mom blog yang best macam Syani dengan MamaMujahidah. Mama Mujahidah suka betul cakap pasal breast pump. Memang obses (macam Cik Iman la jugak ekeke)

Dulu Cik Iman tak rajin baca blog masa mula-mula buat blog nie. Buat blog pun untuk luahan hati je (ye la, dok belajar degree kat dalam hutan, tension kot, tak caya tanya kawan baik Cik Iman yang sama-sama belajar dalam hutan tu dulu). Sekarang rajin baca sebab suka baca review orang pasal produk-produk. Lagi semangat nak beli kalau memang tengah pike nak beli barang tu.  



You guys suke minum ape?



Masa muda-muda dulu, Cik Iman suka betul minum air berkarbonat macam Pepsi, Coca Cola, 7-up. Minum bukan minum satu tin satu bulan. Tak. Satu botol besar tu boleh habis satu hari. Kadang-kadang 2 botol kalau Cik Iman gila meroyan (tension time amik degree dulu ahaha). Sambung Master, gila 100 Plus pulak. Memang bahaya la Cik Iman kita nie. Masa mengandung baru tahu mengidap kencing manis (Jeng Jeng Jeng). Nie bukan kencing manis time mengandung je, nie memang kencing manis seumur hidup. Sabo je la. 



So sekarang Cik Iman minum air kosong banyak (tapi tipu kalau Cik Iman tak minum air manis sekali sekala ekeke)

You guys selalu cerita ape dalam blog?

Biasanya Cik Iman akan cakap pasal benda-benda yang berlaku seharian. Tapi Cik Iman banyak cakap pasal makanan. Pasal ayam goreng pun nak buat blog. Tak caya? Cik Iman dah buat pun post pasal ayam goreng kat sini. Kalau Cik Iman lapar ataupun tengah mengidam makanan kaw kaw, memang satu post tu cakap pasal makanan ajer. 

Nak buat macam mana. Cik Iman suka makanan sob sob sob (tu yang kencing manis terlajak tu)

Apa warne kesukaan you guys?

Semua Cik Iman suka. Tapi warna putih dengan pink mampu jatuhkan Cik Iman ke lantai sebab comel sesangat. Kalau korang bagi barang warna putih dengan pink, Cik Iman sayang korang ketat-ketat tau. 

Apa penambah baik you guys untuk cantikkan blog?

Cik Iman tak reti main coding-coding nie, HTML bagai, so Cik Iman pakai apa-apa template yang ada dalam Blogger. Nak letak bunga la, nak letak gambar artis Kpop ke, memang tak la. Asal tak berat page Cik Iman sudah. Kan kan kan. Simple je hidup Cik Iman nie. 

You guys suke tengok filem ape?

Percaya tak kalau Cik Iman cakap Cik Iman suka tengok citer superhero. The Avengers, Captain America, Batman, Superman, tu la filem yang Cik Iman suka tengok. Tapi tak de la tak tengok filem genre lain. Cumanya citer superhero nie Cik Iman leh ulang berhari-hari tanpa jemu. Sebab bagi Cik Iman la, hero pakai costume superhero ketat-ketat tu seksi kot sambil bertarung dengan penjahat (gatai la Cik Iman nie) ekekeke Tergoda Cik Iman sekejap di situ. 

Ade ape-ape kekurangan tak dalam blog eda ni..

Tak de apa kekurangan pada blog Cik Eda. Mana ada blog yang perfect, Eda oii. Kekurangan tu kadang-kadang kekuatan kita juga. 

Tempat shopping yang selalu you guys pergi?

Dulu sebelum ada anak, Cik Iman suka lepak kat Alamanda, tengok filem, makan popcorn, window shipping. Sekarang dah ada anak, Cik Iman suka tengok barang baby kat area Bangi, sebab ada kedai Manjaku dan Tateh. Terbaru Cik Iman terjumpa satu kedai baby namanya Kasih Ibu. Nanti ada masa Cik Iman citer sikit pengalaman Cik Iman pegi Kasih Ibu nie. 

Business ape yang you guys jalankan sekarang?

Tak de bisnes apa-apa pun (sedih tak)

Kalau you guys shopping suke beli ape?

Makanan la apa lagi ahahaha Kalau tak beli ais krim yang seringgit tu tiap kali kuar jalan memang tak sah. 

You guys berkerja sebagai ape?

Cik Iman belum keje lagi. Student lagi. Nie final year dah. Insya-Allah, kalau tak de apa-apa masalah, tahun depan leh graduate dah 


Meh sini Cik Iman tag korang lak haaaaa Nak lari mana tu.
  1. Weena Rizwan
  2. Fifie Feyca
  3. Budak
  4. Yun Sing
  5. Maisarah
  6. Abad
  7. Lulu
  8. Spekiey Mama
  9. Nur Nabilah
  10. Munera Sulaiman
Dan inilah soalan-soalan cepumas dari Cik Iman yang korang kena jawab: 
  1. Adakah cita-cita korang masa kat sekolah dulu tercapai sekarang? Contoh: Masa kat sekolah, nak jadi model, tapi bila dah besar jadi cikgu. Masa sekolah dulu nak jadi CEO company best-best, sekarang kerja pejabat je.
  2. Bandingkan handphone korang sekarang nie dengan handphone korang yang pernah korang miliki sebelum nie. 
  3. Katakan la Pejabat Pendaftaran Negara bagi syarat kat korang time nak daftar nama anak nanti, nak namakan anak korang kena sekurang-kurangnya letak 10 nama, kalau tak, tak sah borang tu, apa nama yang korang nak bagi anak korang nie? (lelaki atau perempuan ikut suka hati korang la)
  4. Kalau la korang dapat 1 juta ringgit, apa korang nak buat dengan duit banyak tu? 
  5. Kalau la duit nie betul-betul tumbuh di atas pokok merata tempat, adakah duit nie bernilai lagi? 
  6. Bagi satu tabiat yang korang tak leh nak ubah. (tak kira la baik ke, buruk ke)
  7. Apa pendapat korang kalau lelaki suka warna pink? 
  8. Buah apa korang suka makan dan kenapa?
  9. Pernah kena buli tak time sekolah dulu? Ke korang yang buli orang? (amboi)
  10. Kalau bukak TV (kalau korang masih tengok TV la) korang suka tengok channel mana dan rancangan yang macam mana?
----------------------------

4 comments:

  1. salam cik iman :)

    mekaseh tag budak. dah jawab dah.

    http://rainfallasleep.blogspot.com/2014/10/the-liebster-award-cik-iman.html

    cik iman kakak ke adik sbb budak lahir 1990. takut japgi terkasar bahasa ke apa. hehe

    ReplyDelete
  2. alo beza satu tahun je pun kita. Panggil Cik sudeyyyyy

    ReplyDelete
  3. thank u dear for tagging me.. keep in touch..

    ReplyDelete
  4. terima kasih bbyk kerana sudi Tag abad ..minta maaf kerana abad xreti sngt bnda2 mcm ni..biasalh budak2 baru belajar...

    ReplyDelete

Meow meow meow?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...