Jap lagi mesti ada komen kat post nie nak cari teman malam disebabkan tajuk di atas, caya tak cakap Cik Iman? Tengok la nanti ekeke.
Hari nie Cik Iman bukan nak pasal benda-benda mengarut nie aish, korang nie. Tapi Cik Iman nak cakap pasal satu cerita animasi dari Korea yang menang award di Sitges Film Festival di Sepanyol dan Asia Pacific Screen Awards di Australia pada tahun 2011. Tajuknya dalam version Korea ialah Leafie, A Hen Into The Wild dan version Bahasa Inggeris lak ialah Daisy, A Hen Into The Wild.
Trailer dalam Bahasa Inggeris
Masa mula-mula dengar pasal citer nie, semua orang dok cakap "nie citer itik bishounen nie, macam karakter manga yang hensem terlampau tu, pergh memang hensem bai, ko tengok la". Senang cakap, filem nie penuh dengan itik hensem. Tergoda korang nanti, caya la.
Omak kau itik ensem
Cerita dia simple je. Mengisahkan seekor ayam betina yang lari dari ladang sebab nak hidup bebas di hutan. Pastu dia jaga seekor anak itik nie sebab mak bapak dia kena bunuh dengan seekor musang. Dan bermula la kisah ibu dan anak hidup dalam masyarakat hutan yang banyak sangat komen, kononnya anak kau itik, ko tu ayam, takkan sama cara jaga ayam untuk seekor itik, sebab ko ayam, mana leh berenang, mana leh terbang, ko nak ajar dia berenang/terbang macam mana?
Tapi ibu ayam buat pekak je. Ada aku kisah? Nie anak aku.
Serious la, kalau korang ada masa, tengok la filem nie. Tengok dengan family, dengan anak-anak, dengan kawan-kawan. Tapi lebih baik dengan keluarga la, sebab temanya pun pasal keluarga. Kalau cikgu-cikgu nak mengajar pendidikan moral pun bagus gak filem nie ditontonkan pada anak murid. Ada gak pengajaran.
Memang animasi orang kata sesuai untuk budak-budak je, tapi kalau korang tengok filem nie, korang takkan kata lagi yang nie hanya untuk budak-budak. Mesej yang disampaikan memang sarat dan berat, kalau korang tahu berfikir. Mesejnya, semestinya la pasal pengorbanan seorang ibu pada anak. Biar la ibu dan anak berbeza tapi kasih ibu takkan luntur walau macam mana pun. Dan jangan dengar cakap-cakap buruk tentang kita. Lagi kita dengar, lagi lemah kita jadinya.
----------------------------------------
wah, x pernah tahu dan boleh try tengok ni... hehehe...
ReplyDeleteMommy suka ni kalau cerita Korea.
Huhuhu...ulasan cerita yang bagus ni.
ReplyDeleteTerasa mcm nak tengok pula.
serius nampak macam menarik, kena cuba tengok ni.. ensem itik tu.. hehe
ReplyDeletesalam perkenalan...saya follow sini yer... :D jemput ke blog saya, saya ada giveaway souvenirs dari Paris...
ReplyDeletejindrisska.blogspot.com
macam best je sinopsis jalan cerita...hmmm...
ReplyDeleteboleh la kan tengok dengan anak..menarik ni
ReplyDelete