Wednesday, November 5, 2014

Ego

Cik Iman ada kelas berkenaan persuasive communication dalam menjaga sumber hutan pagi tadi, tapi perbincangan menyimpang pula ke tudung Fareeda (lecturer bagi contoh tudung Fareeda sebab konon topik nie semua perempuan suka kan)


Cik Iman berkenan dengan tudung yang warna biru lembut dengan warna pink nie. Kalau labuh sikit, dah lama Cik Iman beli ekekeke

Selama nie Cik Iman tertanya-tanya gak kenapa ramai yang minat tudung Fareeda walaupun mahal. Cik Iman tak kisah sangat part design dia, berlian ke, apa ke. Yang Cik Iman tahu, kalau duit tak cukup, tak perlu beli.

Pastu lecturer tanya agak-agak apasal diorang beli tudung nie. Adakah sebab modelnya yang menyebabkan pelanggan rasa tergugat sebab diorang pike "kalau aku tak beli tudung nie kang orang cakap aku kolot"? Tapi bila kita pakai, tak secantik model kat billboard setinggi 10 tingkat bangunan tu. Adalah sebab mutiara berlian emas bagai yang dia letak kat tudung tu?

Ada sorang classmate cakap setiap design tudung Fareeda adalah unik and one of a kind (maksudnya takkan ada dua tudung yang sama). Sampaikan ada orang nak let go tudung Fareeda tu dan jual lebih mahal daripada harga asal. Itupun ada gak orang beli. Dalam pikiran Cik Iman "patut la diorang nie ye ye beratur kat luar kedai nak beli tudung". Dan secara tak sengaja Cik Iman cakap kat lecturer,

"Diorang nie nak sesuatu yang orang lain tak de kot?"

Dan itulah jawapan kepada soalan lecturer tadi. Semua orang nak jadi unik. Kita suka bila kita sorang je dah ada Galaxy Note 4 tapi dalam beberapa bulan, sume orang dok pakat beli Galaxy Note 4 jugak. Rasa macam kita dah tak istimewa di mata orang. Macam juga seorang anak, sebelum adik dia lahir, semua perhatian kat dia, tetiba adik dia dah ada, tumpuan semua beralih pada si adik. Anak nie rasa terbiar sesangat walaupun kononnya mak ayah cakap kasih sayang diorang sama je kat semua anak.

Kita nak sesuatu yang kita boleh cakap "Nie aku punya. Aku sorang je ada tau" secara tak sedar. Nak identiti sendiri yang tak de orang leh fotostat.

p.s: Kot ye pun nak perhatian, takkan sampai sanggup perabis duit kat tudung kot.

--------------------------

8 comments:

  1. Suka perempuan yg pakai tudung bawal..

    ReplyDelete
  2. Hahaha..biar simple dan beridentiti...

    ReplyDelete
  3. Sy ttp setia pd shawl 10 hengget..agak2 dh jemu pakai blh wat lapik meja, balut kotak, wat sarung bantal, diy craft dan len2 lagi..

    ReplyDelete
  4. nak pakai tudung... tapi keadaan tak mengizinkan... ;)

    ReplyDelete
  5. Identiti main peranan dekat sesetengah orang ni Cik Iman. Ada yang jenis tak kisah identiti dia jadi apa sekalipun. hahaha..

    ReplyDelete
  6. Sy tetap dgn shawl biasa je..x oakai bertingkek tingkek mcm fareeda
    jom blogwalking

    ReplyDelete
  7. Sy tetap dgn shawl biasa je..x oakai bertingkek tingkek mcm fareeda
    jom blogwalking

    ReplyDelete

Meow meow meow?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...