Monday, November 17, 2014

Lelaki dan Warna Merah Jambu


"Kalau anak aku lelaki, tak denya aku nak bagi dia pakai baju pink. Kang jadi nyah lak kang, tak kuasa aku"

Selalu Cik Iman dengar family dan kawan-kawan Cik Iman cakap gini pasal warna pink. Apa salah warna pink untuk lelaki sebenarnya? Adakah dengan memakai baju pink terus dia jadi lembut? Adakah warna pink ini akan meruntuhkan kemachoan seorang lelaki? Adakah dengan menyukai warna pink nie lelaki akan suka pada lelaki lain?

Apa logik disebalik kita melarang anak lelaki menyukai warna pink nie? Kenapa kita tak larang pulak anak perempuan pakai warna biru?

Kalaulah korang tahu trend warna biru untuk lelaki dan warna pink untuk perempuan hanya bermula pada tahun 1940-an, dan sebenarnya sebelum trend nie ada sekarang, masyarakat mengenakan warna pink kepada anak lelaki sebab warna pink time tu menandakan keberanian dan warna biru untuk perempuan sebab warna biru adalah kelembutan, sebagaimana sifat seorang perempuan sejati. 

Malah sebelum nie, sebenarnya masyarakat zaman dulu tak letak apa-apa maksud pun pada warna-warna nie. Asal ada, sudah. 

Sejak bila kita bagi makna pada warna?


Sebenarnya apa jaminan anak lelaki korang akan suka lelaki lain kalau dia pakai baju pink? Macam sure je benda tu jadi kan. Memasak biasanya korang kaitkan dengan orang perempuan. Tapi kalau lelaki memasak, tak de pulak korang tuduh lembut atau gay. Lagi korang nak buat menantu ada la. 

Double standard sungguh korang nie. 

-------------------------------

2 comments:

  1. kalau handsome lelaki ni pakai warna apa pun ok je hahahaha

    ReplyDelete
  2. saya suka pink berbanding biru.. bukan setakat anak, en. suami pun ada baju pink.. hehehe.. ok je..

    ReplyDelete

Meow meow meow?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...