Uit kena tag lagi? Ahaha. Thanks ... err ... manusia (? nak panggil manusia je ke???) sebab tag Cik Iman~ Cik Iman akan sedaya upaya menjawab soalan anda~ Cekidaut~
1. last name nama anda
Orang Melayu ada last name ke? (nama Cik Iman) binti (nama ayah Cik Iman) je yang ada. Mana datang last name tu?
2. antara bnyk2 malayvines, viners mana yg paling anda suka.?
Maafkan la Cik Iman. Cik Iman tak kenal mana-mana malayviners. Selalu tengok vine kucing je wekekekeke
3. klau dibagi 50 buah buku fixi, anak kucing dan tiket ke Vietnam, mana yg akan anda pilih.? *pilih satu je*
Fixi tu apa? Fiksyen kot? Sure la Cik Iman pilih anak kucing. Anak kucing gak yang buat Cik Iman bahagia.
4. filem genre thriller, seram atau lovey dovey.?
Cik Iman minat sume genre tapi kalau nak tengok thriller atau seram, Cik Iman elak tengok waktu malam. Tak pasal-pasal mimpi macam-macam. Kalau tak leh tido pun ada gak.
5. rumah impian.?
Apa-apa rumah pun okay asalkan sejuk dan selamat dari gejala jenayah. Simple kan. Tak mintak banyak pun.
6. list imam/makmum idaman korg.
7. kjapp. ada bynk lagi ke.?alahaii,rehat dngn kitkat japp.
Bak sini KitKat tu.
8. okayy sambung. blogger kesukaan korang.?
Ben Ashaari.
9. prnh trfikir tk org yg korg syang akan tinggalkan korg.?korg rasa boleh facing tk situasi tuh nnti.?
Bukan setakat terfikir. Dah jadi pun. Arwah Abah Cik Iman meninggal tahun 2009 dulu. Memang susah sikit nak mulakan hidup baru tanpa Abah tapi kalau dia tengok Cik Iman lemah gini lagi la dia marah kan Abah kan.
Nak-nak dah ada anak. Lagi la kena kuat ye tak.
10. korg lbih suka brkawan dngn kaum adam taupun hawa.?
Dua-dua boleh je.
11.dh,habis akhirnya.nk tarikh lahir korang.
Cik lahir pada 22 Zulhijjah 1409. Hari Selasa.
Fuh penat jawab ae (macam panjang sangat jawapan tulis wakaka). Sekarang Cik Iman tag korang lak! Jaga-jaga~
Sila jawab soalan-soalan ini dalam masa 1 saat mulai sekarang sekian terima kasih~
- Masa kecik-kecik dulu korang ada cartoon feveret korang tak?
- Korang edit sendiri ke page Blogger korang ataupun korang upah orang ataupun korang amik je template yang sedia ada?
- Korang potong kuku mula dari jari belah mana?
- Kalau korang tahu korang nak mati esok, hari nie korang nak buat apa?
- Korang tengah makan kat kedai, tetiba ada sekor dua kucing datang mintak makanan, korang bagi tak?
- Lembu korang lari time nak sembelih hari raya korban, korang gi kejar ke ataupun korang suh penyembelih atau orang yang korang upah gi kejar?
- Kalau cikgu suh lukis apa-apa je, apa yang korang akan lukis?
- Berapa pasang kasut korang ada sekarang?
- Masih menulis dalam diari? (bukan online diari okeh nie asli punyer diari)
- Beg apa korang pakai? (handbag, sling bag, bagpack etc)
- Warna baju yang korang pakai masa korang jawab soalan nie.
Huhu, di tag.....
ReplyDeleteterima kasih ye tag ina ^^
ReplyDeleteThanks jwab soalan sy yg BNYK merapu tuhh.ahahha nnti sy tag cik iman lagi yee.? ;D
ReplyDeletedone menjawab soalan cik iman :P btw, thanks tag :)
ReplyDelete