Tuesday, December 23, 2014

Kertas Lebihan Fotostat


Gambar ehsan Google wakakaka

Tipu la Cik Iman cakap kalau gi fotostat kertas, mesti ngam-ngam macam yang kita rancang sebelum kita kuar rumah. Mesti ada yang salah cetak la, salah saiz paper la, salah warna paper la, salah taip la, macam-macam benda yang tak diduga jadinya. 

Cik Iman baru balik dari kedai fotostat yang dekat UPM tu. Seberang dua-tiga jalan dari fakulti landskap (budak UPM sure tahu kedai mana nie). Cantik betul hari tu. Hujan lebat. Abis basah kuyup baju Cik Iman. Nasib tak kena pendrive. 

Dah masukkan pendrive dalam komputer, check data, eh tak de pulak dokumen yang Cik Iman nak print. Hampes. Kena la berlari dalam hujan nak ke keta, laptop ada dalam tu. 

Dah siap copy semua, balik la Cik Iman ke kedai tadi. Tu pun Cik Iman habiskan beberapa minit nak edit beberapa muka surat sampai puas hati. Time nak print mula la buat hal. Kertas tak nak keluar la, sekat la, jam la. Time Cik Iman rushing nie ko nak jam kan, encik fotostat. 

Akibatnya banyak la kertas yang dibazir dan tak diperlukan. Aunty kedai tu tak kisah kalau tak bayar kertas yang 'rosak' tu. "Tak perlu kira itu kertas. Free." kata Aunty tu. Tapi Cik Iman bayar gak untuk kertas lebih tu. Berapa sen je pun kan. Takkan tak mampu nak bayar kot. 

Kat sebelah kedai fotostat tu ada kedai runcit yang biasa Cik Iman gi kalau nak beli air ke, majalah ke, top up ke. Masa nak bayar air kotak, pak cik tu bercakap dengan anak dia (kot) dalam bahasa Tamil dan bagi satu kertas kosong. Anak tu cakap "alaa sikitnya". Cik Iman tanya pak cik tu apa yang anak dia nak. "Nak conteng. Kertas tak cukup". 

Terus teringat kertas lebih yang Cik Iman dapat kat kedai fotostat tadi. 

"Apa kata saya bagi kertas nie kat dia? Lebih dapat kat kedai aunty tadi. Amiklah" Cik Iman bagitau pak cik tu.

"Waa banyak terima kasih cik"  Pastu dia cakap dalam bahasa Tamil suh anak dia gi amik kertas tu dari Cik Iman.

Cik Iman pun bagi la lebihan kertas tu kat anak dia. Happy je dia dapat kertas banyak. Nak lukis apa la tu. Ada pekdah gak kertas lebih nie kan. 

-----------------------------------

2 comments:

  1. cik iman tinggal laptop dalam kereta? takut plak cik iman ..org sekarg ni bukan boleh percaya..

    ReplyDelete

Meow meow meow?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...